Penemuan bangkai ikan paus spesis humpback sepanjang 10.9 meter  di tengah hutan Amazon menjadi satu fenomena aneh yang berlaku. Penemuan ini telah membuatkan pakar di Brazil kebingungan bagaimana haiwan laut itu boleh berada begitu jauh dari habitat asalnya di Pulau Marajo di muara Sungai Amazon.

Sumber: NSTP

Disedari Ahli Jabatan Kesihatan

Penemuan bangkai paus tersebut disedari oleh Dirlene Silva dari Jabatan Kesihatan, Sanitasi dan Alam Sekitar (Semma) selepas melihat hering iaitu burung pemangsa yang memakan bangkai menghurungi kawasan tersebut.

Pasukan pakar dari Semma turut dikerah ke tempat kejadian untuk memeriksa bangkai dipercayai anak paus berusia 12 bulan, serta mengumpulkan maklumat yang mungkin dapat membantu memberikan penjelasan lanjut.

Air Pasang Dan Ombak Besar

Berdasarkan laporan Harian Metro, saintis percaya paus tersebut mati di laut sebelum bangkainya terdampar ke daratan akibat air pasang dan ombak besar. Namun berdasarkan laporan Daily Miror, ahli pakar yakin mamalia tersebut mungkin mendarat di kawasan sekitar setelah air pasang dan ombak besar.

Berdasarkan maklumat di Facebook Institut Bicho D’agua yang berpengkalan di pulau itu, ahli biologi mengesyaki anak paus terperangkap dalam pokok bakau selepas terdampar di situ akibat ombak besar. Manakala akhbar The Maritime Herald beranggapan kemungkinan haiwan itu terbunuh akibat makan bahan plastik di laut sebelum bangkainya dihanyutkan arus ke kawasan tersebut.

Sumber: Jogja.tribunnews

Kini bangkai paus tersebut sedang dalam proses penelitian. Ahli biologi dari Institut Bicho D’agua telah dipanggil untuk mengetahui penyebab kematian haiwan terbabit. Dianggarkan pemeriksaan yang dilakukan memakan masa selama sepuluh hari. Maka timbul persoalan, apakah faktor yang memungkinkan ikan paus ini terdampar?

Faktor Paus Terdampar

Berdasarkan IFL Science, faktor badai matahari menjadi faktor ikan paus terdampar di daratan. Ledakan tenaga elektromagnetik dari matahari mampu menghancurkan navigasi yang dimiliki oleh ikan paus. Kehancuran navigasi menyebabkan haiwan ini hilang arah lalu terdampar ke daratan.

Selain itu, paus merupakan haiwan yang kerap bermigrasi. Mereka bermigrasi puluhan ribu kilometer setiap tahun, mencari makan di laut kutub sebelum berpindah ke perairan yang lebih hangat untuk membiak. Maka proses migrasi memungkinkan seekor paus terdampar di daratan.

Sumber: Shutterstock

Faktor penggunaan sonar turut menyebabkan haiwan ini terdampar di darat. Penggunaan sonar di laut telah menyebabkan berlakunya gelombang yang kuat di kawasan laut mengakibatkan pencemaran bunyi. Bunyi yang bising memberi tekanan kepada hidupan laut lantas menyebabkan haiwan tersebut di permukaan darat.

Terdapat beberapa faktor lain juga yang menyebabkan ikan paus terdampar iaitu faktor lingkungan seperti cuaca buruk dan penyakit. Sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang mampu memindahkan bangkai paus tersebut ekoran ukurannya yang besar dan berat.

Paus Di Ambang Kepupusan?

Meskipun jumlah populasi paus semakin meningkat, namun International Unions for Conservation of Nature and Natural Resources mencatat bahawa spesis ini sebenarnya dalam keadaan terancam.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah faktor cuaca yang tidak menentu ketika ini menyebabkan ikan paus terdampar ke darat
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN