Baru-baru ini kita dikejutkan dengan musibah yang melanda masyarakat Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

sumber: ismaweb

Kematian yang melibatkan lebih kurang 14 orang itu berlaku dikatakan berpunca daripada sumber air yang mereka gunakan telah tercemar.

 

Kuala Koh Dilanda Penyakit Misteri?

Kejadian itu dikatakan bermula apabila polis menerima dua laporan kematian mengejut penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan dan diikuti dengan kematian yang lain.

sumber: sinar

Menurut sumber dari media, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata siasatan kes kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut bukan mati akibat penyakit misteri seperti yang dihebohkan. 

Hal ini kerana berdasarkan kepada hasil bedah siasat yang telah dibuat, laporan menunjukkan punca kematian adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru atau ‘pneumonia’.

Namun, punca kematian yang disangkakan oleh pencemaran bahan kimia lombong bijih besi pada sumber air tandak dinafikan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan dan kawasan berkenaan disahkan tiada pencemaran air seperti yang digembar gemburkan.

 

Proses Saringan Bantu Kesan Pesakit

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menafikan dakwaan yang dibuat oleh Agensi Berita Tempatan berkaitan seorang lagi penduduk Orang Asli Kuala Koh meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu .

 

 

Pesakit yang dimaksudkan tersebut berumur tiga tahun masih lagi mendapat rawatan di wad intensif Kanak-Kanak di HRPZ II seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media mereka.

Berdasarkan kenyataan media yang dibuat, jumlah penduduk yang telah disaring sehingga 8 Jun 2019 adalah seramai 155 orang dengan 83 orang mempunyai gejala. 

sumber: portal berita RTM

Namun buat masa ini, aktiviti pencegahan dan juga kawalan telah dilakukan dan mereka memberi nasihat supaya pergerakan masuk individu ke perkampungan itu dihadkan bagi mengelakkan penyakit terus merebak. 

 

Bagaimana Pneumonia Terjadi?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bagaimana terjadinya jangkitan kuman di paru-paru atau dikenali sebagai Pneumonia ini.

Menurut sumber dari portal myhealth.gov, Pneumonia disebabkan oleh virus atau bakteria yang boleh melibatkan keadaan yang tidak serius sehingga kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap Pneumonia ialah demam panas, batuk, sakit dada, tiada selera makan, pernafasan laju atau susah bernafas dan muntah.

Penduduk Orang Asli mendakwa mereka yang jatuh sakit atau yang telah meninggal dunia telah menunjukkan simptom-simpton seperti hilang selera makan, badan cengkung dan sering batuk.

 

Hulur Bantuan Bukan Mencari Populariti

Banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) sedang giat mencari bantuan untuk membantu penduduk Orang Asli di Kuala Koh yang dikatakan sedang putus bekalan makanan disebabkan musibah yang melanda mereka ketika ini.

 

 

Namun, bagi Sahabat Jariah menulis di laman Facebooknya, mempersoalkan mengapa ramai orang-orang kenamaan (VVIP) masuk ke kampung Kuala Koh? Adakah hanya mahu mencari populariti ataupun hanya mahu menjadi hero penyelamat?

 

 

Tambah mereka lagi, jika mahu periksa air atau mencari kubur, lebih baik utamakan masyarakat Orang Asli Kuala Koh yang sedang mengalami kebuluran dan masih dalam kelaparan supaya mereka cepat sembuh dari penyakit. 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah dengan memberi bantuan makanan dan bekalan air bersih sahaja mampu menyelesaikan masalah yang terjadi?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN