Sebut sahaja Misha Omar, ramai yang terbayang-bayang sosok artis yang bersuara merdu kelahiran Machang,Kelantan. Beliau merupakan seorang artis yang pernah menjadi fenomena pada awal 2000-an dahulu menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta.
Beliau juga membuktikan beliau merupakan artis versatile kerana mampu menceburi bidang lain seperti menjadi penulis lirik, penggubah lagu, pelakon, model iklan, pengacara dan ahli perniagaan.
Sejak Dari Kecil
Angan-angan Misha Omar untuk menjadi pembaca berita sejak kecil akhirnya tercapai apabila beliau diberi peluang untuk membacakan berita menerusi Segmen Komuniti Awani di saluran Astro Awani pada hari Ahad yang lalu.
Misha Omar, 37, yang juga dikenali sebagai Kak Mitch memuat naik video membaca beritanya berdurasi 13 minit di laman media sosial Instagram. Menerusi video tersebut, beliau membaca berita tentang pulihara tanah bencah, kelas istemewa ProKhas dan survival wayang kulit.
Mungkin tidak ramai yang menyangka penyanyi bersuara romantis tersebut terkenal dengan lagu Sampai Bila mempunyai bakat tersendiri dalam bidang pengacaraan. Misha yang tampil dengan blazer dan rambut yang pendek kelihatan bersahaja ketika bersiaran.
Warga Maya Memuji Kebolehan Misha
Bagi warga maya, mereka memuji penyampaian Misha Omar yang jelas sedap didengar. Ada yang mahukan beliau terus menjadi pembaca berita setiap hari di Astro Awani dan ada juga yang tidak boleh fokus terhadap kandungan berita tersebut memandangkan kemerduan suara Kak Mitch.
Dalam masa yang sama, beliau mengakui tugas menjadi pembaca berita bukan tugas yang mudah dan sangat mencabar. Ini kerana beliau sendiri berasa gementar untuk menyampaikan berita walaupun beliau sering berada di khalayak ramai.
Penghargaan Kepada Astro Awani
Sungguhpun begitu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Awani kerana kesudian mengundang beliau selaku selebriti jemputan. Beliau berasa berbesar hati kerana diberi peluang menyampaikan berita, bidang yang menjadi cita-citanya sejak dari kecil.
Astro Awani mengambil langkah terkehadapan dengan mewujudkan Segmen Komuniti Awani sebagai platform menghimpunkan kisah-kisah kemanusiaan yang dikongsi oleh orang awam, dengan tujuan memberi kesedaran dan menanam nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia.
Artis Lain Turut Terlibat
Selain beliau, terdapat artis-artis lain yang turut sama mengacarakan Segmen Komuniti Awani ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Alif Satar, Adibah Noor dan Nora Danish. Segmen Komuniti Awani menghebahkan kisah tentang kemanusiaan.
Bagi peminat artis-artis tempatan yang ingin melihat artis mereka βberaksiβ sebagai penyampai berita, mereka boleh menonton Astro Awani dalam Segmen Komuniti Awani yang akan bersiaran pada pukul 8.15 malam di saluran Astro 501.
KATA ORANG
Bila kak Mitch baca berita..congrats kak Mitch you did a great job.. πβ€οΈ #mishaomar pic.twitter.com/xIbQjO0e11
— rara (@nrara34) April 15, 2019
Impian ke dah tak laku? π
— Shawn (@shawngarrenx) April 15, 2019
Hihi... Terkejut tetibe bukak awani kat channel 110 ade kak @iammishaomar . Dah ade bakat tu kak ππ
— kak chik β¨ (@aiaiey) April 15, 2019
misha ni comel je dia. hahah
— M (@M86519119) April 15, 2019