Lumrah menjadi selebriti setiap tindak tanduk pasti menjadi perhatian orang ramai. Itu yang terjadi kepada pelakon Pujaan Hati Kanda, Mira Filzah apabila dia terus menjadi kritikan orang ramai kerana mengenakan pakaian yang didakwa menampakkan bentuk tubuh badan.

Sumber: IG Mira Filzah

Mira Filzah dikenali sebagai wanita yang ayu dan muslimah, pemakaiannya sebelum ini lebih kepada menutup aurat dengan sempurna. Namun, kini orang ramai melihat penampilannya kini sebaliknya.

Pelakon itu dikatakan lebih terbuka dalam pemilihan pemakaian yang menampakkan susuk tubuhnya, dan imejnya yang bertudung dilihat tidak sesuai.

“Sekarang Dah Boleh Nampak Leher, Nampak Betis”-Netizen

Dipetik dari SirapLaici, Mira Filzah menerusi laman Twitter berkongsi luahan kata menyatakan semua manusia mempunyai perasaan termasuk selebriti, doktor atau kerani.

Sumber:siraplaici

Tetapi salah seorang pengguna Twitter menyerang Mira Filzah dengan menyatakan orang ramai sebagai rakyat marhaen tidak ada kuasa untuk menegur orang lain jika berbuat kesalahan.

Secara sinisnya, pengguna Twiiter dengan nama Syaza Syafiqah berkata, jika seseorang itu berpakaian yang menampakkan leher dan betis sekalipun, tiada siapa berhak untuk menegur.

Mira Filzah Melenting?

Nampaknya pelakon kecil molek ini tidak hanya berdiam diri dengan komen sebegitu, dia terus memberi reaksi kepada kenyataan tersebut.

Sumber:siraplaici

Mira Filzah dilihat berkongsi kata-kata hikmah yang pernah ditulis individu tersebut dengan kapsyen “practice what you preach.”

Pengguna itu menggunakan ayat ” “Be kind to all creatures, never do a good things to get a return, be humble. These will help you to have better & peaceful life!”

Maksud Mira Filzah, mahu menegur orang itu biarlah berpada-pada. Dan secara spontan Mira Filzah mahu pengguna Twitter tersebut mengamalkan apa yang ditulisnya itu.

Sebelum ini pun, Mira Filzah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa itulah dirinya yang sebenar sebelum masuk ke industri hiburan.

Kepada peminat diluar sana, jangan hanya pandai tegur orang tetapi diri sendiri pun masih belajar lagi untuk hormat orang lain.

Artis Sekarang Tak Boleh Ditegur

Nampaknya perbalahan antara netizen menjadi kencang apabila ada segelintir daripada mereka mengatakan artis sekarang ini seolah-olah tidak boleh ditegur.

Sumber: FB Bawang Channel

Artis merupakan idola untuk peminatnya, baik artis itu baiklah peminatnya. Artis sepatutnya menunjukkan teladan yang baik untuk dijadikan inspirasi bagi peminat-peminat mereka itu.

Kalau sudah berpakaian sehingga nampak susuk tubuh, merokok dan sebagainya, takkan peminat tidak boleh tegur, sekurang-kurangnya mereka boleh perbaiki kesilapan di masa akan datang.

Nabila Dan Neelofa Juga Pernah Dikecam

Sumber:BeautifulNara

Terbaru, penyanyi, Nabila Razali juga dikecam peminatnya kerana mengenakan pakaian yang dianggap kurang sopan hingga menampakkan bentuk badan.

Nabila mengenakan pakaian yang jarang sehingga menampakkan susuk tubunya itu. Bagaimanapun dia mengakui kesilapannya itu dan menerima semua teguran netizen dengan hati yang terbuka.

Sementara itu, pengacara Meletop, Neelofa juga antara artis yang tidak terlepas daripada perhatian peminatnya.

Sumber:OhBulan

Neelofa dikritik mengenai fesyen yang digayakannya kini dan rata-rata peminatnya tidak menyukai penampilan Neelofa yang bertudung dan sudah pun mengerjakan Haji.

Tetapi peminat pun nak tegur biarlah elok bicaranya, kalau artis kegemaran tidak baik, tidak payah menjejaki langkahnya, begitu juga sebaliknya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah Mira Filzah merupakan mangsa fesyen?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN