Kehamilan bukan sahaja akan membuatkan si ibu berasa teruja malah orang di sekelilingnya juga akan turut teruja dan lebih prihatin terhadap si ibu sepanjang kehamilan lebih-lebih lagi jika ia merupakan kehamilan pertama buat si ibu.

 

Pasti banyak perkara yang akan bermain di fikiran si ibu tentang bagaimana hari-hari mendatang akan dilalui dengna adanya bayi kecil di dalam perut yang akan dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari.

Bukan senang buat si ibu untuk melalui fasa kehamilan dengan mudah, ditambah pula dengan alahan dan perubahan hormon dan fizikal badan yang dialami mereka.

Namun, antara perkara lain yang sering ditakuti oleh ibu-ibu hamil ialah pantang larang dan mitos-mitos kehamilan yang sering diperkatakan oleh masyarakat seluruh dunia sehingga mereka berasa tidak senang atau terpaksa menjadi lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara.

Pantang larang dari segi pemakanan dan perlakukan sering diingatkan oleh para ibu kerana katanya akan memberi kesan kepada bayi kelak dan banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku.

Sebagai contoh, ibu hamil dilarang meminum kopi dan makan sesuatu besama kicap kerana kononnya akan membuatkan bayi yang dikandung lahir dengan warna kulit yang gelap.

Mitos dan pantang larang yang diingatkan adakala menghantui si ibu itu sendiri kerana seperti dipaksa untuk dituruti dan tidak bebas untuk menentukan kehendak dan pendapat mereka sendiri.

Sejauh mana kesahihannya akan dakwaan yang dibuat? Adakah benar warna kulit bayi boleh dipengaruhi hanya dengan pemakanan yang diambil oleh s ibu semasa hamil?

 

Mitos Lucu Tentang Pemakanan Ibu Hamil

  1. Tembikai dan Strawberi

Di kalangan masyarakat luar negara, ramai ibu-ibu yang diingatkan untuk cuba mengelak dari memakan dua jenis buah-buahan ini kerana ditakuti boleh mengakibatkan bayi lahir dengan mempunyai tanda lahir berbentuk buah yang dikenali sebagai Hemangiomas.

Hemangiomas merupakan tanda lahir berwarna merah yang sedikit timbul menjadikan ia terlihat seperti buah strawberi.

Namun, mengikut pakar perubatan keadaan ini selalunya berpunca dari masalah berat badan janin yang kurang, kelahiran kembar ataupun bayi pramatang.

 

  1. Air Kelapa

Pernahkah anda terlihat bayi yang lahir dengan selaput kulit berwarna putih seperti keju yang menutupi seluruh badan mereka? Atau anak anda sendiri pernah lahir seperti itu?

Tahukan anda selaput tersebut sebenarnya dikenali sebagai Vernix Caseosa yang berfungsi untuk melindungi kulit bayi daripada mengecut dan mengelak daripada terkena jangkitan kuman ketika di dalam perut.

Yang lucunya, ramai yang menganggap ianya merupakan air mani si bapa yang melekat pada badan bayi. Menurut doktor, rata-rata bayi yang lahir kurang dari 40 minggu akan keluar dalam keadaan begini dan ia bukanlah satu perkara yang merbahaya.

Jadi ibu-ibu dan bapa-bapa tidak perlulah risau jika anda melihat ‘selaput keju’ tebal ini ketika bayi diteran keluar.

Dengan itu, wujudlah mitos di mana si ibu disarankan untuk meminum air kelapa agar bayi yang dilahirkan keluar dalam keadaan kulit yang licin dan bersih.

Benar dan berkesankah dakwaan tersebut? Mungkin anda boleh cuba di dalam kehamilan akan datang.

 

Makanan Ibu Hamil Memberi Kesan Kepada Janin

Tiada bukti yang spesifik mahupun kajian yang pernah dibuat dapat mengesahkan dakwaan-dakwaan yang kononnya makanan dan minum yang diambil ibu ketika hamil akan mempengaruhi warna kulit si bayi.

Namun, jika berbicara tentang kesan pemakanan ketika hamil yang mampu memberi kesan kepada tahap kesihatan bayi, ya ini terbukti benar.

Antara benda yang dilarang keras oleh doktor untuk diambil ibu hamil adalah meminum arak dan merokok, malah pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan diproses juga disarankan untuk dielak kerana dikatakan boleh menyebabkan bayi lahir dengan mempunyai masalah penyakit kronik dan mampu menganggu dan membantutkan perkembangan bayi.

Jika bukan ketika lahir, ia boleh berlaku ketika mereka mula meningkat dewasa.

Bagi seorang ibu, makanan berkhasiat dan vitamin-vitamin yang diberikan oleh pihak klinik wajib diambil sepanjang kehamilan bagi memastikan bayi yang dikandung mendapat nutrien dan keperluan vitamin yang secukupnya.

Malah amalan pemakanan yang tinggi khasiat juga terbukti mampu mempengaruhi tahap IQ bayi anda kelak.

Tetapi jangan pua terpengaruh dengan produk-produk buatan yang kononnya boleh menjadikan anak anda bijak,putih, lawa dan sebagainya. Jadikan makanan semulajadi sebagai pilihan no. 1 anda dan bayi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN