Tidak dapat dinafikan rakyat Malaysia pada masa kini dilihat suka mencuba benda-benda baru baik dalam berfesyen dan hidangan tempatan.

Jadi, tidak mustahil zaman sekarang ini, semua orang dilihat berlumba-lumba untuk menampilkan pelbagai keunikan dalam bentuk ‘hipster’ hingga kadang-kala ia dilihat seperti tidak masuk akal.

Sumber: Says.com

Jika sebelum ini tular nasi kukus dihidangkan di dalam tin namun yang terbaru, tular beberapa gambar air kopi dihidangkan di dalam tin minuman susu pula!

Gambar tersebut dipercayai tular di Pulau Pinang di mana sebuah kedai makan di situ mengambil cara yang unik dengan menghidangkan air menggunakan bekas tin susu.

Walaupun hidangan air tersebut dihidang di dalam tin dan boleh dianggap sebagai ‘rare’ namun ia sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

 

Hidang Air Dalam Tin Susu Membahayakan Pengguna

Sumber: Amazing Nara

Sebagai peniaga, anda mungkin mahu mencetuskan idea yang berlainan dari peniaga lain untuk menarik perhatian pelanggan datang makan ke kedai anda bukan?

Namun, anda perlu ingat, setiap apa yang anda lakukan itu termasuklah menghidangkan air di dalam tin minuman susu itu sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada pelanggan.

Walaupun tindakan itu dilihat unik, namun keselamatan pelanggan harus diberi keutamaan.

Mana tidaknya, kalau nak buka tin minuman susu sekalipun, kita pasti akan berhati-hati ketika membukanya kerana bimbang akan mencederakan jari sendiri.

Inikan pula, meminum air yang dihidangkan di dalam bekas tin susu yang mana penutup tin yang tajam tersebut tidak dibuang dan dikhuatiri akan mencederakan bahagian jari atau bibir.

Risiko menghidangkan air di dalam tin tersebut bukan sahaja mendatangkan bahaya malah ia juga boleh mendatangkan bahaya luka atau trauma pada kawasan muka dan juga risiko keracunan makanan jika tin yang digunakan itu karat atau kotor.

 

Berisiko Mendapat Penyakit Bahaya

Sumber: Says.com

Dalam perkara ini, ada juga baiknya tindakan yang dilakukan peniaga itu ditularkan ke media sosial.

Ini kerana, masyarakat akan lebih cakna dan berdebat sesama sendiri tentang kesan baik dan buruknya perkara itu.

Sumber: Says.com

Akibat dari desakan yang dibuat netizen di media sosial yang mahukan penjelasan sebenar dari segi kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam terpanggil untuk memberikan komen mengenai hidangan air di dalam tin minuman susu menerusi laman rasmi Facebook mereka.

Komen yang dikongsikan KKM itu menerusi pegawai perubatannya turut menyatakan beberapa sebab mengapa rakyat Malaysia perlu mengelakkan diri dari meminum atau memakan hidangan dalam tin.

Hal itu kerana, sekiranya seseorang individu itu gemar untuk memakan atau meminum apa jua yang dihidangkan dalam tin, individu tersebut berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis.

Bukan sahaja penyakit kencing manis malah pengguna juga berisiko untuk mendapat penyakit tiga serangkai termasuk serangan penyakit kencing tikus (Leptospirosis), kancing gigi (Tetanus infection) serta trauma luka akibat besi tajam dan penyakit bahaya lain.

Sumber: Era Baru

Dalam hal ini, tidak kira perkara tersebut dilihat ‘hipster; untuk menarik perhatian orang ramai namun keselamatan dan kesihatan pengguna harus dititik beratkan.

Disebalik keunikan sesuatu makanan itu, orang ramai juga dinasihat untukm menilai keunikan makanan yang viral bagi mengelakkan implikasi dalam jangka masa yang panjang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga yang didakwa menyajikan makanan atau minuman kepada pengguna menerusi tin minuman susu seperti ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN