Pemain tengah Arsenal dan juga Jerman telah mengumumkan persaraannya daripada bermain untuk pasukkan antarabangsa. Persaraan pemain tengah tersebut berpunca daripada perjumpaan beliau dengan Presiden Turki.
Mesut Ozil telah mengeluarkan kenyataan pada Ahad, 22 Julai 2018, menyatakan persaraannya dan menerangkan tindakan beliau.
Mesut Ozil telah menerima kritikan dan juga di kecam atas sebab berjumpa dan bergambar dengan Presiden Turki Recip Tayyip Erdogan.
Mesut Ozil
Mesut Ozil merupakan antara pemain terbaik untuk Jerman. Beliau juga dianggap sebagai pemain tengah terbaik di dunia bola sepak kerana kebolehan beliau untuk memberi hantaran bola dengan begitu baik.
Mesut Ozil telah bermain di Liga terbaik di Eropah seperti Liga Jerman (Bundesliga), Liga Sepanyol (La Liga) dan kini Liga Inggeris (EPL).
Beliau juga pernah bermain dalam pasukan Schalke 04, Werder Bremen, Real Madrid dan kini Arsenal.
Untuk pengetahuan, Mesut Ozil berketurunan Turki dan berwarganegara Jerman.
Kontroversi
Menerima kritikan bukan perkara baru bagi Mesut Ozil. Malah beliau sering disalahkan apabila pasukan tidak bermain dengan begitu baik.
Itu juga berlaku apabila bekas pasukan Juara Dunia disingkirkan daripada Piala Dunia di peringkat kumpulan.
Mesut Ozil telah bermain di perlawanan antara Jerman dan Mexico di mana Jerman kalah dengan keputusan 1-0. Namun yang disalahkan hanyalah Mesut Ozil.
Piala Dunia kali ini berbeza daripada yang lepas kerana pemain yang sering dan hanya dikritik ialah pemain tengah tersebut. Ini kerana kontroversi telah mencetus apabila beliau berjumpa dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Turut mengkritik beliau kerana berjumpa Presiden Turki tersebut ialah ahli politik Jerman Angela Merkel kerana hubungan diplomatik antara Jerman dan Turki begitu renggang.
Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) turut mengkritik tindakan Ozil kerana berjumpa dan bergambar dengan Erdogan seolah-seolah menunjukkan beliau menyokong Erdogan pada Pilihan Raya Turki pada ketika itu.
Beliau juga telah dikecam dengan kata-kata rasisme.
Kenyataan Mesut Ozil
Pada 22 Julai 2018 iaitu pada hari ahad, Mesut Ozil telah mengeluarkan kenyataan menerangkan tindakan beliau berjumpa dengan Presiden Turki tersebut.
Beliau mengatakan bahawa perjumpaan dengan Erdogan tidak berunsur politik tetapi hanyalah sebagai berniat baik dan menghormati jemputan yang diberi kepada beliau. Beliau juga mengatakan bahawa perjumpaan itu hanyalah satu tanda kehormatan sebagai presiden kepada negara asal usul ibu bapanya.
Mesut Ozil juga menerangkan bahawa walaupun beliau berwarganegara Jerman tetapi beliau berketurunan Turki dan jikalau beliau menolak jemputan yang diberi oleh Erdogan, ianya dianggap sebagai satu tindakan yang tidak sopan atau tidak menghormati bukan sahaja kepada Erdogan tetapi juga kepada keturunannya sendiri.
Dalam kenyataan itu, Mesut Ozil berkata bahawa beliau sudah penat dan juga menyampah dengan layanan yang bersifat rasisme terhadap dirinya apabila sering dikecam dan dikritik.
Dalam kenyataan tersebut Mesut Ozil juga berkata dirinya dilayan seolah-olah tidak diterima masyarakat. Beliau hanyalah dilayan sebagai warganegara Jerman apabila pasukannya menang tetapi akan dilayan sebagai pedatang asing dan dikritik serta dikecam apabila pasukkannya kalah.
Beliau menutup kenyataanya dengan mengecam presiden DFB, ahli politik yang menggunakan perjumpaannya sebagai agenda politik dan juga media yang memburukkan imejnya.
Dengan itu, Mesut Ozil mengambil keputusan untuk tidak lagi manyarungkan pakaian jersey kebangsaannya kerana layanan diberikan sebagai pedatang asing dan bukan warganegara Jerman.
KATA ORANG
LOEW MARAH OZIL
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 30, 2018
Joachim Loew berang dengan Mesut Ozil dengan mengatakan pemain itu ‘melebih-lebih’ dalam isu serangan perkauman. Loew juga mendakwa Ozil sengaja tak angkat panggilan atau balas mesej darin ya sejak bersara dari skuad Jerman. -Mirror#SekilasDariUK pic.twitter.com/vJjM6SrFwO
Simpati dgn Mesut Ozil, bersara awal dari skuad Jerman krn isu perkauman. Aku slalu mengikuti perkembangan beliau dari awal sblm dia mula dikenali & terkenal smasa di Madrid. Rmai lagi pmain keturunan Turki beraksi buat Jerman. Tak tau la nsib mreka.
— echo_friendly (@safwanezany) July 24, 2018
Ozil bersara, "Saya Jerman bila menang, jadi pendatang bila kalah"
— One Media Online (@1mediaonline) July 24, 2018
MESUT Ozil mengambil keputusan bersara daripada aksi antarabangsa Jerman.
Perancang skuad Arsenal berusia 29 tahun itu terpaksa membuat keputusan bersara kerana mendakwa dijadikan propa… https://t.co/k77TYW4Gki pic.twitter.com/aTngM0gzEP