Semalam, tular di media sosial mengenai kisah seorang murid tahun lima yang mendakwa cedera dirotan gurunya menggunakan pembaris sepanjang satu meter hanya kerana tidak membawa buku teks dan latihan ke sekolah.
Mangsa yang dirotan guru mata pelajaran Pendidikan Islam itu dikatakan mengalami bengkak dan lebam pada bahagian betis sehingga sukar melakukan aktiviti harian ketika ini.
Akibat dari itu, bapanya membuat aduan kepada pihak polis kerana anaknya itu bukan setakat dirotan tetapi turut dimalukan di hadapan rakan apabila guru terbabit menyindir anaknya supaya mengikuti kelas Pendidikan Moral.
Kejadian yang menimpa keluarga ini bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial yang dilihat menyokong tindakan guru tersebut.Â
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dalam mendidik kerana telah melampaui batas hingga ke tahap mencederakan.
Â
Rotan Boleh Dalam Mendidik Tetapi Harus Ikut Prosedur
Profesion perguruan bukanlah satu kerja yang mudah memandangkan guru perlu mengajar dalam masa yang sama mendidik anak muridnya.
Merotan dengan menghukum atas kesalahan yang dilakukan murid itu adalah perlu dalam mendidik.
Tetapi, biarlah mengikut prosedur supaya tidak mendatangkan kecederaan pada murid.
Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 juga telah memperuntukkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi menjalankan hukuman rotan yang mana guru tidak boleh sesuka hati meroton anak muridnya.
Murid sekarang, tidak seperti murid dahulu yang mana sekiranya dipukul mahupun dirotan, ibu bapa tidak masuk campur kecuali kes-kes berat seperti gejala ponteng, buli dan sebagainya.
Â
Prosedur Yang Perlu Dipatuhi Guru Bagi Menjalankan Hukuman Rotan
Mengikut peraturan tersebut, hukuman merotan adalah dikecualikan kepada murid perempuan.
Bagi murid lelaki, hukuman hendaklah menggunakan rotan yang ringan di telapak tangan atau punggung yang berlapik dengan pakaian.
Tetapi, tidak semua guru boleh merotan murid! Hanya guru besar atau guru yang diberi kuasa sahaja yang boleh melakukannya.
Sekiranya mahu merotan murid terbabit, semua hukuman yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.
Rekod tersebut dibuat untuk dijadikan simpanan sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar.
Malah, guru yang dipertanggungjawabkan melaksana hukuman rotan tidak boleh merotan murid berkenaan dan menampar disebabkan perasaan dendam atau marah.
Selain itu, hukuman rotan di khalayak ramai sama ada di tapak perhimpunan mahupun di tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran juga adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Hal ini kerana, tindakan itu boleh menjatuhkan maruah dan memberi impak negatif yang lebih besar terhadap keperibadian murid itu.
Â
Ibu Bapa Tidak Boleh Terlalu Manjakan Anak
Dalam hal ini, tidak wajar sekiranya kita membuat andaian serta tuduhan yang tidak berasas memandangkan kita tidak tahu pokok pangkal ceritanya.
Ada yang menyalahkan ibu bapa tersebut kerana terlalu memanjakan anak.
Sekiranya guru memukul anak mereka, ibu bapa terus datang ke sekolah dan menyalahkan guru tanpa usul periksa walhal apa yang dilakukan guru tersebut adalah untuk mendisiplinkan murid itu.
Jika murid tersebut mendengar kata, mana mungkin guru akan merotannya.
Sebagai ibu bapa, walau sesibuk mana pun, anda perlu luangkan lebih masa bersama anak dengan mengambil berat mengenai tingkah laku anak di sekolah.
KATA ORANG
Meh. Pernah dulu tak bawak buku, teacher tampar guna pemadam black board. Dapat bedak free. Chill jeee, brooo. Parents skrg lembik, anak pun lembik.
— Diana Roslan (@rdianaroslan) April 11, 2019
Anak dia confirm tak pernh bawa buku byk kali. Jarang laa ckgu marah kalau first time tak bawa.
— Afiq Aiman (@afiqemang) April 12, 2019
Nama pun sekolah, disitu la anak anak disekolahkan. Tapi kalau sampai lebam dan bengkak memang tak patut. Patut ya cikgu rotan tapak tangan sebagai peringatan cukup. Tak perlu sampai lebam.
— Nazrin (@meetnazrin) April 11, 2019
Bodoh punya bapak. Anak ko cikgu tak peduli baru kau tau. Lantak lah dia nak jadi pandai ke jadi bebal mcm kau
— muhammad herman (@HermanMohd) April 11, 2019