Memiliki payudara cantik dan sihat adalah anugerah yang tidak ternilai dan sangat beruntung bagi mereka yang memilikinya.

Sumber:Remaja

Meskipun tidak boleh menolak faktor genetik, kaum wanita sekalian perlu tahu tabiat tertentu juga boleh mempengaruhi bentuk payudara anda.

Selain sebab semulajadi seperti bersalin, menyusu badan dan penambahan usia, sebenarnya terdapat beberapa hal lain yang membuatkan payudara anda kelihatan kendur dan tidak cantik.

Merokok Dan Bersukan Antara Faktor Payudara Kendur

Tahukah anda? Merokok dan bersukan boleh menyebabkan payudara anda menjadi kendur dan tidak cantik.

Sumber:IDN Times

Bunyinya agak mengarut tetapi sebenarnya tabiat merokok boleh menyebabkan payudara mengendur disebabkan bahan kimia yang terdapat di dalamnya mampu merosakkan sel-sel kulit.

Sumber:blog.nashata.com

Manakala bagi aktiviti sukan seperti berlari dan melompat menyebabkan payudara anda akan terhayun dan keadaan ini akan membuatkan kulit payudara mengendur selain merosakkan kolagen yang ada pada bahagian itu.

Pakai Kasut Tumit Tinggi Boleh Kendur Juga

Hasil kajian saintis dari New York, mendapati amalan pemakaian kasut tumit tinggi secara berterusan juga menjadi punca kepada payudara kendur, menyebabkan otot kecut pada bahagian dada menjadi lemah.

Sumber:Shopee Malaysia

Kasut tinggi juga menyebabkan tumit sehingga ke belakang badan menjadi tegang.

Pada masa sama, ramai wanita bekerjaya yang kerap menggunakan kasut tinggi berhadapan dengan sakit pinggang.

Ramai Wanita Tidak Setuju

Rata-rata wanita tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, ada antara mereka menentang terutama aktiviti bersukan yang boleh mengendurkan payudara.

Ada yang mengatakan senaman mampu buat payudara tidak kendur. Betul ke? Jawapannya bergantung kepada senaman jenis apa.

Senaman yang anda perlu buat untuk mengelak payudara jatuh atau kendur ialah senaman dada, bukannya senaman lain.

Mungkin para wanita perlu merujuk kepada pakar dalam isu ini supaya mereka lebih berpengetahuan dalam perkara-perkara sebegini.

Faktor Lain Yang Buat Payudara Kendur

Selain itu, banyak lagi faktor lain yang menyebabkan payudara wanita ini menjadi kendur, antaranya adalah penurunan berat badan mendadak.

Sumber:Hello Sehat

Berat badan yang turun secara drastik boleh membuatkan kulit pada bahagian dada mengendur disebabkan kehilangan banyak lemak.

Sumber:wanista.com

Dan tidak menggunakan losen juga menyebabkan payudara terdedah kepada sinaran matahari walaupun memakai baju boleh menyebabkan penurunan kandungan kolagen di dada serta merosakkan jaringan kulit.

Sebaiknya amalkan penggunaan losen agar payudara anda tidak cepat ‘tua’ sebelum waktunya serta memberikan kelembapan apabila terkena sinaran matahari.

Sumber:Tribun Timur – Tribunnews.com

Dan pemilihan bra yang salah juga menyebabkan tidak menyokong payudara anda dengan betul dan tidak selesa juga penyebab ia cepat mengendur.

Sebaiknya pilih bra dengan tali penyokong yang besar dan mempunyai besi di bahagian bawah agar dapat menampung berat serta memberi sokongan kepada payudara anda.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda seorang wanita percaya merokok dan bersukan mengendurkan payudara?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN