Tindakan Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, P. Waytha Moorthy menubuhkan parti masyarakat India yang baharu menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat. Ini memandangkan parti yang baru ditubuhkan itu tidak mencerminkan jawatan yang digalas oleh beliau selaku Menteri Perpaduan.

Sumber: Malaysiakini

Berdasarkan laporan Astro Awani, Waytha berkata parti baharu yang diasaskannya iaitu Malaysian Advancement Party (MAP) akan berperanan untuk mempertahankan kepentingan kaum India di negara ini khususnya dalam aspek ekonomi, politik, sosial, pendidikan, agama dan kebudayaan.

Susulan parti baharu yang berjaya ditubuhkannya, beliau meletakkan jawatan selaku Pengerusi Hindraf dengan memberi ruang kepada kumpulan tersebut mengadakan mesyuarat agung khas bagi melantik pengerusi baharu.

Adakah beliau akan berlaku adil kepada semua kaum?

Perkara ini ditimbulkan memandangkan, tindak-tanduk yang beliau lakukan selama ini menyaksikan beliau tidak bertindak secara adil dan berat sebelah. Misalnya dalam isu rusuhan kuil haram di Subang. Tanpa usul periksa, beliau telah menyebelahi perusuh dengan menyalahkan tindakan pihak polis dalam mengawal keadaan.

Sedangkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato’ Mohd Azis Jamman telah mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh pihak polis yang telah mengikut prosedur dalam mententeramkan keadaan dari terus marak.

Sumber: My Suara

Sikap tidak bertanggungjawab Waythamoortyh selaku menteri yang terus menyalahkan pihak polis tanpa usul periksa telah menyebabkan perusuh-perusuh kuil mengambil kesempatan melakukan rusuhan seterusnya mengakibatkan berlakunya tragedi yang mengorbankan Muhammad Adib.

Malah, kesemua pegawai beliau yang dilantik datangnya dari satu kaum sahaja. Sekiranya pegawai pun sudah tidak mencerminkan citra perpaduan, bagaimana beliau ingin memanifestasikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Ramai Yang Mahu Beliau Berundur Dari Kabinet

Ketidaksetujuan orang ramai terhadap perlantikan beliau selaku menteri sudah lama diperkatakan sedari awal pembentukan kabinet oleh Pakatan Harapan (PH). Ini memandangkan, persepsi negatif masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu terhadap gerakan Hindraf sangat jelas ekoran tuntutan hak kepada masyarakat Hindu yang tidak masuk akal seperti kemasukan ke UiTM dan tuntutan tanah rancangan seakan konsep FELDA.

Sumber: Malaysiakini

Sungguh pun begitu, selaku Perdana Menteri, Mahathir tetap melantik beliau bagi tujuan menguatkan lagi sokongan komuniti India terhadap PH. Tetapi beliau telah gagal dalam melaksanakan tugasnya sebagai jambatan yang menghubungkan perpaduan dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib dalam insiden rusuhan kuil haram di Subang.

Begitu juga dengan pembawaan usul meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dibawa secara tergesa-gesa di Parlimen mendatangkan penentangan dalam kalangan masyarakat Melayu kerana kekhuatiran institusi raja-raja Melayu akan terkesan.

Parti Baharu Beri Mesej Salah Kepada Rakyat

Tindakan Waythamoorthy bukan sahaja tidak disenangi oleh orang ramai, dalam masa yang sama turut diselar oleh rakan Pakatan Harapan sendiri. Memetik laporan Malaysiakini, ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Waythamoorthy telah memberi mesej yang salah bagi perpaduan kaum apabila menubuhkan parti berasaskan kaum di negara ini.

Sumber: The Star

Meskipun menjadi hak kepada semua untuk menubuhkan parti, namun begitu tindakan beliau tetap menimbulkan persoalan. Adakah beliau ingin menjadi menteri kepada satu kaum atau menjadi menteri kepada rakyat Malaysia?

Yang pasti, imej beliau di mata rakyat akan terus menurun dengan perkembangan terbaru ini. Malah, boleh dikatakan bahawa kapasiti beliau selaku Menteri Perpaduan sudah tidak lagi relevan dan perlu dinilai semula.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apakah pandangan anda mengenai tindakan Waythamoorthy?
13 votes · 13 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN