Jumaat lalu, di laman sosial Kementerian Pertahanan Malaysia yang diterajui oleh menterinya, Mohamad Sabu telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

 

Sumber: Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia

Kunjungan hormat di pejabat menteri bukanlah sesuatu yang asing tetapi agak janggal apabila kunjungan tersebut daripada menteri sendiri.

Kedua-dua menteri ini adalah dari pentadbiran yang sama iaitu Pakatan Harapan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Apa Tujuan?

Apa yang menjadi persoalan oleh netizen ialah apa tujuan Khalid melakukan kunjungan hormat ke kementerian yang diterajui Mohamad Sabu itu?

Ini kerana jika diikutkan sebagai anggota kabinet, Mohamad Sabu dan Khalid wajib bertemu setiap minggu pada hari Rabu dalam mesyuarat mingguan kabinet.

Gambar Sekadar Hiasan

Dalam Amanah pula, biasanya setiap bulan pasti ada mesyuarat yang mempertemukan mereka sama ada di peringkat pimpinan tertinggi atau pengurusan parti.

Adakah perlu untuk melakukan kunjungan hormat sesama menteri ini?

 

Buat Kerja

Mungkin kunjungan hormat ini dilakukan bagi membincangkan sesuatu perkara berkaitan Kementerian Pertahanan dengan menteri wilayah persekutuan ini.

Sumber: Kementerian Pertahanan

Atau adakah mereka sebenarnya sedang menunjukkan kepada rakyat yang mereka sedang membuat kerja supaya rakyat dapat melihat apa yang dilakukan menteri.

Walaubagaimanapun, netizen menganggap tidak ada keperluan untuk saling berkunjung seperti ini.

 

Boleh Jumpa di Luar

Jika mereka hanya bertemu untuk bertanya khabar, tidak boleh ke mereka hanya berjumpa di luar seperti kedai mamak, ‘club house’ .

Persoalan lain, pernahkah di mana-mana dunia ini, ada menteri melakukan kunjungan hormat ke atas sesama rakan menteri sendiri?

Bukankah kunjung hormat biasanya dilakukan pihak luar, bukannya sesama menteri dan sesama parti?

 

Najib Sinis

Dalam pada masa sama, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam posting laman Facebooknya dengan sinis memerli pertemuan dua orang menteri Pakatan Harapan itu.

Katanya, semasa zaman BN, menteri sering menerima kunjungan hormat dari pemimpin luar negara.

Sebaliknya kata Najib, dalam keadaan negara semakin hambar sekarang, kunjungan sesama menteri pun satu aktiviti sihat.

Beliau juga sempat mempersoal betapa serius mereka semasa isi buku lawatan.

 

 

KATA ANDA

Ada keperluan kunjungan hormat sesame menteri?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN