Gemuk adalah satu perkataan taboo dan sangat sensitif untuk kaum wanita terutamanya. Tidak kira sama ada wanita itu sudah berkahwin ataupun tidak.

Sumber:idntimes.com

Kalau ada orang menggelarkan seseorang wanita itu dengan perkataan gemuk, memang pedih jiwa raga dibuatnya. Pasti makan dalam punya.

Namun, lain pula jadinya apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengeluarkan kenyataan mengenai isteri gemuk antara punca masalah kesuburan.

Isu Pasal Kesuburan

Dr Dzulkefly menyatakan masalah kegemukan dalam kalangan wanita menjadi antara punca masalah kesuburan reproduktif di negara ini.

Sumber:astroawani

Akhir zaman ini, kesuburan daripada pihak lelaki dan wanita menjadi isu. Berat atau kegemukan isteri selain kekurangan (sifat) suami dikenal pasti antara kelemahan.

Ia termasuk sama ada ia berbentuk hormon, struktural, dan juga adalah hasil pemakanan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) susulan peningkatan pasangan mendapatkan rawatan kesuburan di hospital awam dan swasta.

Bukan Menghina

Sumber:CNN Indonesia

Isunya adalah tahap kesuburan wanita dan lelaki di negara ini. Bukan bermaksud untuk menghina, kerana ini adalah fakta daripada menteri kesihatan itu sendiri.

Mungkin masyarakat kita terlalu melatah dengan kenyataan sebegitu, sedangkan ia tidak membawa maksud penghinaan atau sebagainya.

Tetapi, rata-rata masyarakat kita sudah menghukum atau membuat kesimpulan mereka sendiri tanpa mengetahui apa isi didalam kenyataan menteri berkenaan.

Dengan kecaman sebegini, persepsi terhadap wanita atau isteri gemuk ini akan disalahtafsir. Sampai bila-bila orang akan fikir punca masalah kesuburan adalah kegemukan, sedangkan banyak lagi punca berlakunya ketidaksuburan ini.

Statistik Pasangan Buat Rawatan IVF

Malaysia mempunyai empat hospital kerajaan yang menjalankan rawatan ‘In vitro fertilisation’ (IVF).

Hospital yang terlibat adalah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Wanita Kanak-Kanak Likas dan Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu.

Pada tahun 2018, sebanyak 976 kes, pada tahun 2017, sebanyak 1,039 dan pada tahun 2016 adalah sebanyak 685 kes.

Peratus kejayaan pesakit yang menjalani prosedur IVF ini secara puratanya sekitar 19 -28 peratus.

Daripada jumlah pesakit tersebut, pesakit yang berjaya hamil setelah menjalani rawatan IVF pada 2016 adalah seramai 197 orang, pada tahun 2017 adalah seramai 207 orang dan pada tahun 2018 adalah seramai 189 orang.

Apa Itu IVF?

Sumber:SirapLimau

Rawatan IVF pada dasarnya ialah persenyawaan telur di luar badan dengan sperma yang diambil dari lelaki dan telur dari wanita.

Sperma dan telur digabungkan bersama-sama, disenyawakan dan membentuk embrio. Embrio tersebut dimasukkan semula ke dalam badan wanita. Itulah kisah di sebalik rawatan IVF.

Mengapa Pasangan Memilih Rawatan IVF?

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya inginkan cahaya mata bagi melengkapkan keluarga kecil mereka dan rawatan ini adalah rawatan alternatif bagi mengetahui kesuburan setipa pasangan.

Sumber:Dr Zubaidi Hj Ahmad

Bagi lelaki, ia biasanya sperma atau fungsinya terjejas. Contoh sperma yang tidak normal – kepekatan sperma yang rendah, sperma lemah atau saiz sel sperma yang tidak normal. Namun, jika ia adalah satu masalah sperma, anda mungkin mahu jumpa dengan pakar untuk menentukan masalah sebenar sebelum melakukan rawatan IVF.

Sumber:gegar

Bagi wanita pula, terdapat syarat-syarat tertentu yang boleh mempengaruhi pilihan anda untuk rawatan IVF. Gangguan seperti kerosakan tiub fallopian, gangguan ovulasi, kegagalan ovari pramatang atau endometriosis, atau fibroid rahim boleh mengganggu persenyawaan telur.

Juga, jika seseorang pernah mempunyai pengikatan tiub sebelum ini, di mana tiub fallopio dipotong atau disekat untuk mencegah kehamilan, rawatan IVF boleh menjadi pilihan.

Namun, perlu tahu rawatan ini menelan belanja ribuan ringgit juga.

Kesimpulannya, tidak kira anda gemuk atau kurus, jaga pemakanan dan kesihatan diri untuk mendapatkan zuriat anda kelak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN