Dalam hidup ini, kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia, yang mana kadang kala boleh buat kita tersenyum , malah tidak kurang juga membuatkan kita rasa ingin marah.

Bukan itu sahaja, manusia juga mempunyai ragam pelik seperti baru-baru ini tular seorang pelancong lelaki warga China menghisap rokok menggunakan peralatan ‘pelik’ di khalayak ramai di Pulau Langkawi.

Sumber: Metro

Aksinya itu dirakam ketika beliau menghisap rokok menggunakan peralatan diperbuat daripada aluminium di hadapan sebuah pusat beli-belah dan kawasan pelancongan tersebut.

 

Macam Ekzos Motor

Yang menjadi perhatian warganet adalah alat yang digunakan lelaki itu bentuknya seperti ekzos motor dan lelaki tersebut menyedut melalui muncung alat itu sambil bercangkung.

Rata-rata warganet menyangka alat itu adalah betul-betul ekzos motor yang diambil dan diubahsuai untuk dijadikan alat menghisap tembakau.

Sumber:youtube.com.

Ini memang pelik kerana mungkin kali pertama kita sebagai rakyat Malaysia melihat benda tersebut. Tetapi di China tiada halangan untuk menggunakannya.

Difahamkan alat itu dibawa dari China dan lelaki berkenaan menggunakannya ketika melancong di Pulau Langkawi.

 

Jangan Ada Yang Nak Cuba Pula

Yang merisaukan warganet adalah tindakan pelik warga China itu akan menjadi ikutan rakyat Malaysia. Perbuatan, perkara atau benda pelik memang akan menjadi ikutan rakyat Malaysia.

Tengok sahajalah cabaran yang ada, semua mereka akan tiru dan tidak mustahil ini juga akan menjadi ikutan.

 

Akhirnya Ditahan Pihak Polis

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, rentetan penularan video itu, lelaki berusia 60 tahun itu akhirnya ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber:Tokopedia

Mohd Iqbal berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki warga China itu menggunakan alatan itu untuk menghisap sejenis tumbuhan dinamakan ‘kao ye’ atau ‘hong yen’ (Tembakau Merah).

Beliau berkata, pelancong asing itu memberitahu sebelum ini pihak kastam ada membuat pemeriksaan menerusi mesin pengesan dan alatan itu dibenarkan kerana tiada pelanggaran undang-undang.

Malah, hasil pemeriksaan urin ke atas lelaki itu turut mendapati dia bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Berikutan itu, dia yang tiba di negara ini bersama isteri dan rombongan dibebaskan selepas proses dokumentasi oleh pihak polis selesai.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah aksi pelik itu perlu ditunjukkan di Malaysia?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN