Sumber: vitdaily

Jika dahulu Muar dikenali sebagai bandar pencen kerana sebahagian besar warganya merupakan dari golongan yang sudah bersara dan hanya menjalankan kerja sendiri. Ditambah pula dengan bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar bandar tersebut juga kelihatan unik kerana berciri klasik.

Sumber: emilinda

Naiktaraf Kepada Bandar Diraja

Dari segi ekonomi perkembangan pembangunan bandar ini berkadar biasa tidak naik dan tidak turun. Apabila bandar ini telah dinaiktaraf menjadi Bandar Diraja pada tahun 2012, pelbagai usaha menaik taraf ekonomi bandar telah bermula.

Bagaimanapun, gelaran Bandar Diraja itu telah memberikan satu cabaran besar kepada pembangunan ekonomi di Muar kerana ia terikat dengan syarat pembangunan Bandar Diraja.

Antara syarat pembangunan Bandar Diraja antaranya rumah bertingkat tidak boleh lebih 7 tingkat, pusat hiburan sekurang-kurangnya dalam lingkungan 3 batu radius dari pusat pentadbiran kerajaan negeri di Muar.

Bandar Terbersih Asia Tenggara

Jolokkan Muar bukan sahaja sebagai Bandar Diraja tetapi telah dipilih sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara selain Pulau Pinang dan Putrajaya. Majlis Perbandaran Muar (MPM) dinobatkan anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017 semasa Mesyuarat ASEAN Tourism Forum 2018 yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand.

Pengiktirafan tersebut telah memberi nilai tambah kepada bandar Muar untuk meningkatkan pelancongan domestik dan antarabangsa ditambah pula dengan nilai-nilai warisan sejarah silam yang terdapat di daerah ini.

Peningkatan Harga Rumah

Disebabkan gelaran Bandar Diraja maka ia memberi impak kepada peningkatan harga rumah khususnya di kawasan bandar ekoran pembelian rumah yang banyak oleh pihak pelabur. Jika melalui jalan-jalan utama seperti Lebuh AMJ, terdapat banyak taman perumahan yang didirikan tetapi banyak yang kosong disebabkan harga yang tinggi.

Akibatnya, ramai penduduk tempatan khususnya orang muda yang baru bekerja hanya mampu menyewa dari membeli rumah. Malah, pemilikan harta orang Melayu di bandar Maharani dianggarkan sekitar 15 peratus sahaja disebabkan harga yang tinggi dan tidak mampu dimiliki.

Inisiatif Dari Syed Saddiq

Usaha Menteri Belia & Sukan merangkap ahli Parlimen Muar  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu mengubah imej Muar dari ‘bandar orang pencen’ kepada bandar ‘orang muda’ harus dipuji. Ketika merasmikan Festival Belia ‘Bando Muo’ di Tanjung Emas, beliau berkata golongan belia akan diberikan tempat dan ruang untuk mengembangkan kreativiti dan inovasi.

Sumber: Utusan Online

Jika peluang pekerjaan tidak diberikan secara serius, maka dikhuatiri semakin ramai golongan muda akan berhijrah ke bandar-bandar utama seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Secara tidak langsung gelaran ‘bandar pencen’ akan terus sebati pada daerah Muar.

Kawalan harga rumah dan pembinaan rumah mampu milik perlu diberi perhatian yang serius dalam usaha memastikan masyarakat tempatan mempunyai rumah sendiri khususnya golongan muda.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Muar Dikekalkan Sebagai Bandar Pencen?
13 votes · 13 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN