Tarikh 31 Ogos setiap tahun menjadi tarikh penting buat rakyat Malaysia di mana sambutan Hari Kebangsaan diadakan. 

sumber: astro awani

Nyanyian lagu-lagu patriotik akan berkumandang sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan dan Jalur Gemilang sentiasa berkibar serta dikendalikan dengan penuh hormat.   

sumber: mazidulakmal.blogspot

Bukan itu sahaja, terdapat juga bendera yang sudah lusuh dan koyak dikibarkan di setiap tempat setiap tahun dan perkara ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia.

Bendera Lusuh Masih Berkibar

Seorang pelancong Jepun menegur keadaan Jalur Gemilang yang kelihatan lusuh sewaktu dia menaiki sebuah teksi di sekitar Shah Alam.

Pemandu teksi berkenaan, Zulkifli Ramesh Abdullah yang berusia 46 tahun itu menyatakan perbualannya bersama penumpang Jepun tersebut merujuk kepada keadaan bendera yang digantung di sepanjang jalan dari Seksyen 17 sehingga Seksyen 20 yang berada dalam keadaan lusuh dan koyak. 

sumber: sinar

Dia bagaimanapun terus membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk pihak berkenaan menurunkan bendera yang lusuh dan rosak kerana memberi imej yang buruk di Shah Alam.

Bagaimanapun, aduan yang telah dibuat pada 18 Februari 2019 lalu katanya sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak MBSA.

Pihak MBSA memberi maklum balas bahawa bendera berkenaan bukan digantung oleh pihaknya kerana saiznya yang kecil dan tidak mengikut spesifikasi biasa yang dipasang oleh MBSA. 

sumber: twitter asnankadir

Selain itu, pengguna di laman Twitter juga ada berkongsi gambar bendera Malaysia yang kelihatan lusuh di sekitar Shah Alam dan menggesa pihak MBSA untuk mengambil tindakan pantas untuk menggantikan dengan yang baharu.

Guna Bendera Berkualiti

Terdahulu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pernah dikecam para netizen kerana tidak sensitif dengan isu bendera lusuh dan tidak digantikan dengan yang baharu berkenaan dengan Jalur Gemilang yang koyak berkibar di Dataran Merdeka pada 2016 lalu. 

sumber: NewMalaysianPost

Pihak DBKL walaubagaimanapun mengambil langkah dengan menurunkan bendera lusuh dan menggantikan bendera yang baharu setiap tiga bulan.

Penggunaan bendera yang berkualiti perlu supaya bendera yang menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia itu lebih tahan lebih lama dan tidak cepat koyak.

Kibar Bendera Setiap Masa

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, budaya merosakkan, mencacatkan dan memusnahkan bendera negara sendiri tidak sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat Malaysia.

Jalur Gemilang sepatutnya dibiarkan bebas berkibar tanpa menjadi mangsa terhadap sebarang fahaman berbeza yang berlaku dalam kalangan rakyat negara ini .

Katanya lagi, bendera Malaysia hendaklah dikibarkan pada setiap masa bukan hanya dikibarkan pada sambutan bulan kemerdekaan. Sudah tentu rakyat yang sayangkan negara akan mengibarkan bendera negara tanpa rasa segan silu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlu atau tidak rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang setiap masa walaupun bukan pada Bulan Kemerdekaan?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN