Sumber:

Selepas penyebaran video seks intim melibatkan individu mirip seorang Menteri baru-baru ini, satu lagi episod baru timbul apabila sebuah manuskrip bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ didedahkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Datuk Johari Abdul, semalam.

Pendedahan yang dibuat itu sekali lagi mencetuskan suasana ‘panas’ terhadap situasi politik negara masa kini yang dilihat semakin marak dengan budaya politik kotor yang cuba diketengahkan pihak tertentu. 

 

Sarat Dengan Fitnah Dan Tohmahan Pada Anwar

Sumber: Suara TV

Difahamkam, manuskrip yang didakwa ditulis oleh Yahaya Ismail itu diterima beliau pada 10 Jun. Buku tersebut didapati sarat dengan fitnah, tohmahan keji mengenai homoseksualiti, korupsi dan ejen Zionis Israel serta Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam manuskrip itu terdapat juga elemen yang mempersoal tindakan Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan penuh kepada Anwar serta memperlekehkan institusi Raja-raja Melayu.  

Bukan itu sahaja, Johari turut memaklumkan bahawa bab 15 yang bertajuk ‘Azmin Ali Bakal PM’ di dalam buku itu turut mempromosikan pemimpin lain yang dikatakan lebih layak menjadi perdana menteri.

 

Anwar Dakwa Penulis Ugut Minta Bayaran Tinggi

Turut difahamkan, penulis tersebut juga menghubungi Johari untuk memintanya berjumpa dengan Anwar dan memaklumkan bahawa buku itu telah siap yang mana ada pihak telah menawarkan kepadanya wang berjumlah RM400,000.

Sumber: sinar harian

Selain itu, penulis tersebut turut mengatakan bahawa sekiranya Anwar boleh menaikkan sedikit wang tersebut, dia bersedia menyerahkan manuskrip itu kepada Anwar.

Apabila penulis itu berkata sedemikian, memang sudah jelas ada unsur ugutan yang mana sekiranya wang tersebut tidak dibayar, buku itu akan diterbitkan dan didedah pada umum.

 

PakYa Nafi Bukan Ugut

Sumber: Malaysiakini

Penulis manuskrip yang lebih dikenali sebagai PakYa (penulis buku politik sejak 1970-an)  itu menafikan dakwaan ugutan yang dibuat terhadap Anwar sebaliknya menawarkan untuk menjual hak cipta buku tersebut kepada Anwar.

Menurutnya, dia hanya memberi manuskrip tersebut kepada Johari untuk dibaca dan membeli karyanya sekiranya mahu.

Bukan itu sahaja, Pakya juga turut mengemukakan pada beberapa individu lain untuk mereka beli dan meletakkan pada harga RM400,000 dan tidak timbul soal peras ugut seperti yang didakwa.

 

Serah Kepada Polis Untuk Siasat

Disebabkan ugutan yang diterima itu, Anwar menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tindakan yang dilakukan penulis tersebut sama sekali perlu disiasat dan diambil tindakan wajar kerana ia sama sekali telah melanggar prinsip kebebasan dalam memberi pandangan.

 

Kes Sama Yang Pernah Berlaku

Pada 8 Julai 2005, Datuk Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah penulis buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” dijatuhkan hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Ampang kerana didapati bersalah menulis maklumat palsu dalam buku berkenaan.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan penulis itu membayar sebanyak RM4.5 juta kepada Anwar dalam satu saman fitnah.

 

Tak Salah Tulis Buku, Asalkan Tidak Memudaratkan Ketenteraman Awam!

Dalam kes ini, walaupun kerajaan pada hari ini memberi kebebasan kepada mana-mana pihak untuk memberi pendapat dan pandangan mereka, namun tidak bermakna seseorang itu boleh menggunakan ‘tiket’ tersebut untuk mencetuskan konflik yang boleh membawa kemudaratan terhadap masyarakat sejagat.

Gambar sekadar hiasan

Sebelum menulis sesuatu buku, mana-mana penulis pasti akan semak terlebih dahulu mengenai fakta serta isi kandungan yang ditulisnya itu.

Bukan hanya menulis secara semberono dengan fakta yang tidak sahih ditambah pula dengan pelbagai fitnah dan tohmahan kotor terhadap seseorang pemimpin itu.

Perlu diingat bahawa setiap buku yang diterbitkan itu adalah sebagai wadah untuk menyebarkan dan memulihara ilmu dan fikiran.

Namun sekiranya intipati dalam buku itu sendiri penuh dengan fitnah kotor terhadap seseorang pemimpin, undang-undang yang ada tidak akan teragak untuk mengenakan tindakan terhadap penulis terbabit yang sengaja mahu menyinggung dan menjejaskan hak orang lain serta menimbulkan ancaman kepada negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, salahkah PakYa menerbitkan buku seperti ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN