Xenofobia bermaksud ketakutan atau kebencian yang tidak munasabah kepada warga asing, orang yang tidak dikenali atau perkara yang dianggap asing dan juga pelik.

Perasaan prasangka dan kebencian terhadap warga asing boleh dikatakan berleluasa dan berlaku di mana-mana sahaja, ditambah pula dengan kes salah laku yang melibatkan mereka di negara ini.

 

Kerana Mulut Badan Binasa

Merujuk kepada berita yang dikeluarkan oleh Channel News Asia (CNA) ,seorang lelaki warganegara Singapura telah dijatuhi hukuman penjara beserta denda setelah mengaku bersalah atas perbuatan melemparkan kata-kata berbaur perkauman beserta kesalahan-kesalahannya yang lain.

sumber: CNA

Menurut CNA, lelaki tersebut telah menghamburkan kata-kata kesat antaranya “You f****** dirty people, go out”, “F*** off” dan “I don’t like to take with Indian, you smelly’.

Mangsa yang merupakan warganegara India itu bekerja sebagai pekerja binaan yang berada di lapangan terbang (ketika kejadian) untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan bagi terowong MRT.

Lelaki yang dikenali sebagai William Aw Chin Chai tersebut dikatakan turut melakukan salahlaku lain antaranya memijak kaki seorang wanita dan menyimbah mee ke arah dua orang lelaki tanpa sebab.

Ada yang menyatakan William Aw mengalami tekanan disebabkan tidak mempunyai kerja tetapi adakah itu boleh dijadikan alasan untuk kita melayan orang lain dengan buruk?

 

Hina Sangatkah Mereka?

Warga asing dikatakan sering melakukan jenayah seperti membunuh, merogol dan merompak. Kita sering dimomokkan dengan keburukan warga asing dan kononnya kadar jenayah meningkat adalah disebabkan kehadiran mereka di negara kita.

sumber: awani

Pergi kemana-mana sahaja, pasti akan timbul perasaan benci apabila melihat pelajar warga asing yang suka menunjuk-nunjuk, berlagak dan warga asing berjalan secara berkumpulan yang mempunyai bau badan yang mampu ‘mengharumkan seluruh gerabak keretapi.

Seperti contoh kes di mana pemandu Grab tidak menerima warga asing menjadi pelanggan mereka kerana bimbang kereta yang dipandu akan berbau . Jika direnungkan kembali, apa salah mereka kepada kita sehingga kita sanggup melayan mereka sebegitu rupa?

 

Buang Rasa Benci Dalam Diri

Dalam kehidupan seharian kita, warga asing yang datang sebagai pekerja dan pelajar sering dituduh sebagai punca kepada segala masalah yang berlaku. Tetapi berlainan pula dengan warga asing yang datang dari negara Barat, Korea dan Jepun, mereka terus akan disanjung, dihormati secara berlebih-lebihan.

sumber: the malaysian times

Bak kata Hishamuddin Rais dalam artikelnya “Rasisme Perkauman Dan Sejarahnya’ menyatakan, “kebencian dan tidak suka kepada orang lain sahaja bukan rasisme, kebencian tak tentu hala ini timbul dari prasangka yang disalut kebodohan”.

Sebenarnya, ramai rakyat di Malaysia ini adalah waris yang datang dari negara asing tidak kira di mana-mana negara sekali pun sejak dari dahulu lagi.

Sepatutnya kita perlu bersikap adil kepada warga asing yang datang ke negara kita kerana mereka rata-rata datang hanya untuk merasai nikmat yang tidak ada di negara mereka.

Mereka sanggup meninggalkan keluarga selama bertahun-tahun lamanya demi mencari rezeki yang halal untuk diberikan kepada keluarga di kampung halaman. Layanlah mereka dengan baik kerana mereka juga manusia seperti kita dan buangkan sikap benci terhadap mereka walaupun yang melakukan jenayah hanyalah segelintir sahaja.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda boleh menerima kehadiran warga asing di negara kita?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN