Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi, hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh Umat Islam setelah sebulan menjalani ibadah puasa.

Dan pastinya, apabila tiba hari raya kita akan saling berkunjung ke rumah sanak-saudara dan ada yang pulang ke kampung halaman sama ada ke rumah ibu bapa mahupun keluarga mertua bagi menyambut hari kemenangan ini bersama-sama.

Suasana kampung yang pada normanya sunyi akan bertukar meriah dan riuh dengan gelak ketawa dan gurau mesra ahli keluarga.

Namun begitu, apabila tibanya hari raya, pasti ada beberapa agenda yang tidak diingini berlaku. Dan salah satu masalah yang sering dikongsi netizen ialah isu anak menantu yang kurang membantu aktiviti-akitiviti persiapan raya dan menganggap diri mereka sebagai tetamu sehingga satu kerja pun tidak boleh dibuat sendiri.

Walaupun itu bukan rumah keluarga kandung kita, namun bukanlah sudah menjadi tanggungjawab untuk kita sama-sama saling membantu apa yang patut.

Ni tidak, sampaikan air basuh tangan pun perlu diambilkan dan dihidang di depan muka.

Mengapa jadi begitu?

Itu belum lagi jenis yang suka terperuk di dalam bilik, hanya keluar waktu makan dan mandi sahaja. Langsung tidak mahu beramah mesra dengan ahli keluarga yang lain.

 

Menantu Disisihkan

Apabila anak-anak sudah berkahwin dan bekeluarga, makin bertambah bilangan ahli keluarga kita. Dengan menantu dan cucu yang semakin ramai, pasti ada masanya akan timbul salah faham antara mereka kerana perbezaan pendapat dan gaya hidup.

Mak mertua masak asam pedas cara ni, menantu pula masak cara begini. Jadi sebagai menantu, mengalah sahaja tidak perlu berkelahi.

Begitu juga dengan cara didikan anak-anak, kita besarkan anak dengan cara yang kita rasa betul,namun dimata mertua ada sahaja yang tidak kena. Anak tidak dibedakkan pun jadi isu, anak dibiarkan makan sendiri pun jadi masalah.

Tidak dinafikan, kadang-kadang ada mertua yang terlalu teliti sehingga seperti ingin mengawal setiap gerak-geri menantu dan memaksa mereka mengikut cara hidup mereka.

Belum lagi isu memilih kasih, menantu yang berpangkat tinggi dan berpendidikan disanjung dan dimanjakan. Namun menantu yang tidak bekerja dianggap membebankan anaknya dan  dilayan seperti orang gaji.

Ini bukan rekaan, namun realiti yang perlu dihadap sesetengah menantu yang kurang bernasib baik.

Perkara ini selalunya akan melarat sehingga tahap mertua sanggup menyisihkan menantu tersebut dan tidak melayan mereka dengan baik.

Wajarkah sesetengah mertua berkelakuan  begini?

 

Didikan Ibu Bapa Sejak Kecil Mainkan Peranan Penting

Apabila bercakap soal adab dan tingkah laku, ramai yang akan sebulatnya menyalahkan ibu bapa apabila seorang anak berkelakuan kurang manis ataupun tidak beradab.

Mungkin kurang tepat namun ada betulnya, bermula dari rumah lah si anak belajar sesuatu, ini kerana ibu bapa dan keluarga  adalah contoh yang akan menjadi ikutan anak-anak.

Ulama juga pernah menyatakan, kerosakan dan kejatuhan akhlak seorang anak itu berpunca dari ayahnya. Disini kita boleh lihat betapa pentingnya peranan si ayah dalam mendidik seorang anak.

Tanggungjawab tersebut bukan hanya jatuh kepada si ibu namun si ayah juga perlu turut sama terlibat secara langsung.

 

Setiap kerja –kerja rumah harian perlu diajar kepada anak-anak dari kecil agar mereka sudah biasa melakukanya walaupun berada di rumah orang lain.

Tanpa mengira jantina anak, perkara-perkara asas kehidupan ini perlu diterapkan didalam jiwa mereka, kerana tanpa sedar ianya akan memudahkan kehidupan mereka dimasa hadapan.

Bayangkan jika anak lelaki anda pandai membasuh, mencuci dan mengemas rumah, bukankan ia akan memudahkan kerja isterinya kelak. Malah contoh yang baik ini akan turut diturunkan kepada anak-anak mereka kelak.

Jadi tidak akan ada lah isu anak menantu dan mertua berperang mulut kerana dapat menantu yang ‘pemalas’.

Seperti kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, apa yang patut dibuat untuk menantu-menantu yang kurang terlibat dengan aktiviti-aktiviti keluarga ni?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN