Masalah isteri tidak puas ketika di ranjang merupakan satu isu yang jarang dibualkan antara pasangan kerana si isteri takut jika si suami terasa hati dan tidak tahu bagaimana cara untuk memberitahu tentang rasa kepuasan itu pada suaminya.

Kini, sudah menjadi satu trend dalam kalangan lelaki dewasa yang berusaha mencari alternatif untuk membesarkan saiz anggota sulit mereka dengan menggunakan cara moden.

 

Boleh Ancam Nyawa Jika Salah Rawatan

Menurut sumber daripada Harian Metro, suntikan minyak tanah, minyak zaitun, minyak kasturi dan juga silikon merupakan pilihan sesetengah lelaki dewasa di negara ini yang digunakan untuk membesarkan anggota sulit mereka ke saiz yang diidam-idamkan.

sumber: dr fam xeng inn

Pakar Urologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fam Xeng Inn menyatakan bahawa kemunculan benda asing di dalam badan akan meransang tindak balas sel darah putih dan akan membentuk ketulan keras di lapisan bawah kulit.

Tindak balas itu dikenali sebagai granuloma yang boleh menyebabkan anggota sulit lelaki membengkak dan mengeras dengan bentuk yang teruk.

Mendapatkan rawatan daripada terapi kosmetik yang tidak bertauliah berisko untuk mengancam nyawa sehingga kulit anggota sulit rosak dan terpaksa dibuang sepenuhnya dan digantikan dengan kulit peha.

Selain menggunakan suntikan secara terus ke dalam kulit, ada juga yang menggunakan pam vakum yang boleh dibeli secara atas talian dengan mudah. Penggunaan pam vakum ini juga boleh menyebabkan kulit anggota sulit melecet dan lebam.

 

Masalah Micropenis Perlu Rawatan  

Perasaan tidak puas dengan saiz anggota sulit sendiri boleh berubah kepada obses sehingga menganggap mereka mengalami sindrom anggota sulit kecil.

sumber: medical news today

Menurut Pensyarah dan Pakar Peruding Perubatan Keluarga, Pusar Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Shaiful Bahari Ismail, masalah micropenis ini bukan hanya disebabkan saiz, tetapi ia juga membabitkan masalah ketidakseimbangan sistem endokrin yang boleh menjejaskan tahap kesihatan lelaki.

Mereka yang mengalami masalah saiz anggota sulit yang kecil perlulah mendapatkan penilaian kesihatan secara menyeluruh dan tidak perlu merahsiakan perkara ini daripada pasangan sehingga mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan alternatif secara senyap.

 

Saiz Kecil Pun Boleh Puaskan Isteri

Isu kesihatan lelaki yang tidak putus-putus dibincangkan oleh sesetengah lelaki seluruh dunia ialah soal panjang dan pendeknya anggota sulit mereka. Bagi sesetengah lelaki, mereka merasakan saiz anggota kemaluan amat penting.

sumber: medical news today

Tetapi tanggapan tersebut perlu dibuang kerana anggota sulit suami kecil bukan lagi satu masalah jika pasangan bijak mengendalikannya. Sumber daripada theasianparent.com, Elizabeth McGrath yang merupakan seorang pakar terapi seks dari San Francisco ada berkongsi caranya di Daily Dot.

Menurutnya, setiap isteri yang tidak puas ketika di ranjang kerana anggota sulit suami kecil perlu bijak mengalihkan perhatian mereka serta perlu tahu cara untuk meningkatkan rasa puas.

Elizabeth juga menegaskan bahawa suami atau lelaki tidak perlu malu kerana seks bukanlah memberi fokus tentang betapa besar saiz anggota sulit sebaliknya adalah bagaimana cara untuk memastikan pasangan untuk terus rasa puas.

 

Tak Pasal-Pasal Dituduh Mencuri

Baru-baru ini tular di mana seorang lelaki telah dituduh mencuri pakai Scoots Menswear di Stoke-on-Trent, United Kingdom. Sumber yang dipetik daripada mStar, Steve Whitehurst yang berumur 47 tahun terkejut apabila pekerja tersebut menuduhnya mencuri disebabkan dia berada dalam keadaan yang mencurigakan.

sumber: mirror

Ketika dia meninggalkan stor Potteries Shopping Center, pekerja wanita dan kakitangan keselamatan dilaporkan telah mengepungnya di pintu keluar. Semuanya berlaku gara-gara pekerja tersebut melihat seluar jeans yang dipakainya kelihatan kembung.

Ketika di tahan, dia memberitahu bahawa anggota sulitnya mempunyai ukuran sepanjang 10 inci yang menyebabkan seluarnya kelihatan kembung.

Walaupun dia membeli barangan di kedai tersebut, dia tetap dituduh menyumbatkan pakaian di dalam seluar jeans yang dipakainya walaupun sudah membuktikannya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pernahkah anda mendengar tentang suntikan membesarkan anggota sulit lelaki sebelum ini?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN