Terbaru, hari ini merupakan hari kedua misi pengeluarkan SUV Putih yang dikatakan terjunam kedalam laut di Jambatan Pulau Pinang selepas dirempuh kereta Toyota Vios sekitar jam 2.50 pagi Isnin lalu.
Insiden berlaku apabila kereta SUV tersebut di rempuh sebuah kereta Vios berwarna hitam menyebabkan pemandu SUV hilang kawalan dan terus merempuh bahu jalan dan terjunam ke dalam laut.
Pada petang hari kejadian, mangsa yang dipercayai seorang pelajar kolej swasta berusia 20 tahun, Moey Yun Peng, dilaporkan hilang oleh bapanya kerana tidak pulang kerumah.
Pemandu Vios Positif Ganja
Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang dikatakan merempuh laju SUV berkenaan disahkan positif ganja menurut laporan ujian air kencing yang dilakukan keatasnya.
Selain itu, pemandu kereta VIOS dan SUV yang telibat didalam kemalangan tersebut merupakan rakan dan kedua-dua mereka dikatakan baru pulang dari sambutan hari lahir rakan mereka.
Pihak polis meyatakan bahawa kes ini masih dalam siatan untuk memastikan adakah kedua-dua kenderaan ni berlumba sehingga mengakibatkan kemalangan.
SUV Mangsa Ditemui 15 Meter Dari Tempat Kejadian
Hasil mengeluarkan mangsa dan kenderaan yang terjatuh kedalam itu bermula seawal 7 pagi.
Usaha mencari tersebut melibatkan beberapa badan kerajaan iaitu usaha pasukan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Setakat ini, dikatakan sudah dua kali usaha mengeluarkan SUV dari laut selepas usaha yang pertama gagal ekoran air laut yang deras menyukarkan anggota penyelamat untuk menjalankan tugas.
Kronologi Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang
(Sumber Harian Metro)
- 20 September 2010: Suami isteri muda maut selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang dalam satu kemalangan kira-kira 1.30 pagi.
- 1 November 2012: Seorang kerani akaun maut apabila kenderaan dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke laut di KM 7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown dalam kejadian 3.30 pagi.
3. 30 Oktober 2015: Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Kilometer 1.4 Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian 9.30 pagi. Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam dalam lumpur di bawah jambatan itu.
- 12 November 2015: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkannya tercampak jatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang di KM0.6 menghala ke Perai dalam kejadian 5.49 pagi.
- 20 Januari 2019: Sebuah kereta dipandu seorang penuntut kolej swasta terhumban ke laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di KM4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dalam kejadian pada 2.54 pagi Isnin.
Lagi Isu Memandu Dibawah Pengaruh Ganja, Netizen Berang
Rata-rata netizen mengharapkan hukuman yang setimpal dikenakan terhadap pemandu VIOS tersebut.
Video rakaman melalui ‘dashcam’ seorang individu lain jelas menunjukkan kenderaan VIOS tersebut memandu laju di lorong paling kiri yang patutnya memandu perlahan.
Ditambah pula dengan hasil ujian air kencingnya yang positif ganja membangkitkan lagi kemarahan netizen diatas sikap pemandu VIOS tersebut yang dikatakan menyalahi undang-undang pemanduan di Malaysia dan memandu secara bahaya yang boleh membahayakan pemandu lain.
Penggunaan dadah dan alkohol ketika pemanduan pastinya mampu meragut bukan sahaja nyawa pemandu malah nyawa pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.
Sudah tiba masa untuk semua pengguna jalan rayan bersikap lebih prihatin kerana nyawa tidak akan dapat ditukar ganti.
KATA ORANG
Cubaan pertama menaikkan SUV dari laut gagal
— Bagan Serai (@baganseraiku) January 21, 2019
PULAU PINANG 21 Jan. - Percubaan pertama untuk membawa naik kenderaan SUV Mazda CX5 yang terjunam ke dalam laut kira-kira pukul 6.30 petang ini gagal selepas satu tali yang digunakan tidak dapat memegang kenderaan tersebut.
Sudah banyak kali dipesan, jalan raya bukannya litar lumba.
— Don Gotti (@DonGottiThe3rd) January 21, 2019
Sudah banyak kali dipesan, dadah itu merbahaya.
Apabila kedua2nya dibuat, dasyat kecelakaan yang boleh berlaku.
Saya harap pemandu yang menyebabkan SUV terjunam dari Jambatan P.Pinang dikenakan hukuman yg setimpal.
Toyota Vios laju gila hantam SUV putih sampai terjunam dalam laut di Jambatan Pulau Pinang.
— Yang Brohormat (@The_UglyOrgan) January 20, 2019
Pemandu Vios umur 20an hanya cedera ringan. Harap-harap bukan sebab kau mabuk.pic.twitter.com/N4kMrPxaaF
Omg.
— DasOtter 🇲🇾 (@memeranglaut) January 20, 2019
Also the bad thing is its the white suv yang terjunam, not the speeding black Toyota.