Ada diantara kita pasti akan merancang untuk pergi bercuti setiap tahun tidak kira dalam atau luar negara. Ada yang telah merancang berbulan atau bertahun lebih awal.

Dan mungkin tanpa disangka kebetulan tarikh yang dipilih bagi percutian tersebut kita telah disahkan hamil.  

Apa yang membelengu bakal ibu ini adakah selamat untuk mereka meneruskan rancangan percutian tersebut atau membatalkan sahaja?

Ini  kerana mereka khuatir perjalanan untuk ke destinasi tersebut membahayakan kandungan terutama kepada mereka yang masih pada peringkat awal kehamilan.

 

Melancong Ketika Hamil Selamat

Secara umumnya, keadaan anda selamat untuk pergi bercuti sekiranya tiada sebarang kompilasi yang dihadapi ibu. Sebelum anda pergi, pastikan anda berjumpa doktor atau pakar ginekologi bagi mendapatkan nasihat bagi keadaan kandungan anda.

Untuk pengetahuan, anda boleh berjalan-jalan hampir sepanjang tempoh kehamilan, tetapi sebaiknya adalah ketika trimester pertengahan. Dalam 12 minggu pertama anda mungkin berasa penat dan mual, malah risiko keguguran adalah lebih tinggi.

Manakala beberapa minggu sebelum dijangka bersalin, adalah lebih baik berada di rumah atau tidak berjalan jauh kerana bimbang anda melahirkan bayi pra matang.

Tetapi jangan meneruskan rancangan anda untuk melancong sekiranya berhadapan dengan komplikasi seperti perdarahan faraj, kehamilan berganda atau mempunyai sejarah diabetes gestasi, hipertensi, pre-eklampsia, ketidaknormalan plasenta, keguguran atau kehamilan ektopik (janin membesar di luar rahim).

 

Boleh ke Ibu Hamil Menaiki Pesawat ?

Selain dari tempoh perjalanan, apa yang menjadi kebimbangan bakal ibu ini untuk melancong adalah sekiranya mereka menaiki kapal terbang. Ada diantara kita pasti melancong ke negara luar yang tiada kenderaan darat.

Tiada masalah jika mahu menaiki pesawat, tetapi bincang sebarang masalah kesihatan atau komplikasi dengan doktor sebelum pergi. Ini kerana wanita hamil lebih cenderung untuk melahirkan selepas kandungan berusia 37 minggu (atau 34 minggu jika bayi kembar).

Malah kebanyakan syarikat penerbangan tidak akan membenarkan anda terbang dalam minggu terakhir kehamilan.

Jangan bimbang penerbangan jarak jauh tidak meninggikan risiko kelahiran pramatang atau keguguran, dan radiasi yang diterima dari angkasa kosmik tidak menjejaskan kesihatan janin.

 Selain itu, bagi penerbangan jarak jauh, ketinggian yang dicapai akan menyebabkan tekanan udara yang lebih rendah di dalam kabin kapal terbang jika dibandingkan dengan tekanan udara di permukaan bumi. Ini menyebabkan tekanan oxygen yang rendah, dan kandungan oxygen di dalam darah akan jatuh sebanyak 10%.

Ini tidak akan membahayakan janin jika ibu sihat, tetapi ibu yang mempunyai penyakit jantung dimana kandungan oxygen di dalam darah sudah pun lebih rendah daripada biasa tidak akan dibenarkan terbang jarak jauh.

Anda juga perlu menyemak tiket penerbangan anda sama ada perlindungan insurans perubatan untuk rawatan kebidanan dan neonatal di luar negeri. Kebanyakan insurans perubatan tidak akan memberi perlindungan ini.

Kita tidak dapat menjangka apa akan berlaku. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

 

Persediaan Sebelum Melancong

Walaubagaimanapun, sebelum anda melancong, buatlah sedikit kajian mengenai apa yang boleh dan dilarang lakukan semasa melancong ketika hamil.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah:

1) Dapatkan ‘pensijilan’

– Sebagai tindakan berhati-hati, minta doktor memberi surat yang mengesahkan anda sihat untuk mengembara. Surat ini seharusnya bertarikh melebihi satu bulan daripada tarikh perjalanan anda.Anda juga perlu membawa buku rekod kesihatan mengandung supaya mudah sekiranya berlaku kecemasan kepada kandungan anda.

2) Vaksin

– Tanya doktor yang merawat anda mengenai suntikan yang wajar diambil untuk destinasi percutian anda. Vaksin hidup yang dilemahkan sangat tidak digalakkan ketika hamil.

 

 

3) Pelajari mengenai rawatan khusus

– Ketahui bagaimana anda boleh merawat penyakit ketika berjalan (contohnya mabuk gerak, mabuk ketinggian, menyesuaikan diri dengan perubahan iklim)

4) Pemanduan selamat

Seperti mana-mana perjalanan di dalam kereta ketika hamil, anda dapat mengelak keletihan dan pening dengan minum dengan kerap, makan makanan semula jadi dan memberi tenaga (seperti buah dan kacang) dan berhenti untuk berehat. Pastikan peredaran udara segar dan pakai tali pinggang keledar antara payudara dan di bawah perut.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah bahaya melancong ketika hamil?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN