Ada segelintir pengamal media dengan kuasa mata pena membantu menangkis berita palsu dan menerangkan kebenaran kepada rakyat, tetapi ada juga yang sebaliknya.

Sumber: Perak Today

Namun, media arus perdana merupakan sumber utama berita, benar dan perlu diyakini berbanding media sosial.

Pengolahan berita juga ada tatatertibnya, bukan semberono sahaja berita itu disampaikan kepada rakyat.

Media Arus Perdana Adalah Golongan Profesional

Begitulah juga pandangan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin bahawa media arus perdana adalah sumber asli yang sepatutnya diyakini oleh semua orang.

Sumber: Perak Today

Media arus perdana adalah golongan profesional yang terlatih, diberi tauliah dan lesen, malah tertakluk pada undang-undang dan sentiasa mematuhi etika dalam mendapatkan sumber maklumat yang betul.

Bukan sahaja wartawan malah tulang belakang media arus perdana ini juga termasuk pengarang dan penyunting berita yang mana akan semak dahulu berita bagi memastikan ketepatan sumber maklumat yang disahkan benar dan tepat.

Media Sosial Banyak Sembang Seperti Di Kedai Kopi

Kadir Jasin merupakan wartawan veteran yang pernah berkhidmat di media arus perdana. Beliau juga tidak setuju bahawa ramai orang memilih berita di media sosial yang mereka sendiri tidak tahu sama ada ia sahih atau tidak.

Sumber: Republika

Media sosial adalah media untuk bersosial yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk berkata apa yang mereka inginkan sama seperti di kedai kopi.

Jadi orang ramai tidak perlu keliru dengan sumber daripada media sosial kerana maklumat tepat hanya boleh diperolehi daripada akhbar, radio, laman web dan televisyen.

Namun, adakah media arus perdana di era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dikongkong seperti era pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN)?

Media Arus Perdana Tidak Sampaikan Berita Secara Menyeluruh

Tidak dinafikan rata-rata masyarakat hari ini lebih mempercayai maklumat kepada media sosial sahaja.

Antara puncanya adalah mereka malas untuk membaca akhbar serta menonton televisyen arus perdana.

Sumber:dppwp.wordpress.com

Mereka juga mungkin terlalu bergantung dengan info yang disampaikan dalam kumpulan WhatsApp hingga tidak mustahil menerima maklumat yang salah.

Tetapi ada pula yang mengatakan bahawa media arus perdana hari ini menyampaikan berita secara tidak menyeluruh dan hanya memfokuskan agenda kerajaan pada hari ini.

Ia lebih kurang sama apa yang dilakukan oleh zaman pemerintahan kerajaan Umno BN sebelum ini. Yang mana hanya memfokuskan kepada parti pemerintah sahaja dan tidak menyeluruh.

Tetapi rasanya media sosial atau media digital lebih mudah bagi orang ramai untuk akses apa-apa berita sekalipun, media arus perdana juga sudah menggunakan media sosial seperti facebook, Youtube untuk sampaikan berita.

Lebih 4000 Akaun Palsu Media Sosial Diambil Tindakan

Pada tahun 2018, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan terhadap 4,358 akaun palsu bagi tempoh Januari tahun lepas hingga Februari.

Sumber: Ditjen Aptika

Daripada jumlah tersebut, 80 peratus daripadanya telah dipadam oleh penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing.

SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan terhadap 40 laman sesawang, portal dan blog yang menyebarkan kandungan maklumat serta berita berunsur palsu.

Ini antara sebab kenapa media arus perdana perlu diyakini dan dipercayai oleh masyarakat kita.

Wartawan Segera VS Wartawan Tulen

Memang pada zaman teknologi maklumat dan kuasa media sosial ketika ini, pelbagai berita disebarkan begitu mudah, baik yang tulen mahupun rekaan dan palsu. ‘Wartawan segera’ semakin bertambah, menyaingi media arus perdana dan menulis apa sahaja.

Sumber: Utusan

Bagi wartawan tulen, khidmat mereka adalah menyampaikan apa yang benar kepada masyarakat dan apa yang boleh disumbang bagi membantu membina negara tanpa mengharapkan ganjaran mahupun pengiktirafan.

Sumber: Berita Harian

Pengamal media sebenarnya pemangkin kepada kehidupan masyarakat, sama ada di bandar mahupun luar bandar serta kawasan pedalaman. Demi nilai berita dan kemanusiaan, mereka sanggup meredah lautan dan belantara demi mencari dan mengesan berita untuk tatapan masyarakat.

Diharap masyarakat dapat membezakan wartawan segera dengan wartawan tulen dan dari sumber berita yang mana patut mereka percayai.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa media arus perdana sampaikan berita yang tulen dan sahih?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN