Kebebasan media yang diharapkan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) benar-benar terlaksana apabila pengamal media utama semakin berani dan terbuka dalam setiap laporan masing-masing.

Media utama sama ada elektro­nik, berce­tak atau media atas talian dilihat semakin berani dan terbuka mengkritik kerajaan, termasuk mengkritik menteri-menteri kerajaan.

Media masa utama contohnya Radio Televi­syen Malaysia (RTM) yang dimiliki penuh kerajaan, TV3 dan Astro juga berani menjemput pemimpin-pemimpin utama pembangkang sebagai tetamu bual bicara mereka, sudah tentu sebahagiannya digunakan untuk mengkritik kerajaan.

Sehingga kini tidak nampak kerajaan cuba untuk menyekat situasi ini, media masih dibiarkan bebas menjalankan peranan dan fungsi mereka.

 

Ruang Media Yang Bebas Satu Pencapaian Yang Baik Untuk Rakyat Malaysia

Kerajaan PH memberi kebebasan kepada media mengkritik kerajaan bagi memastikan kesalahan dilakukan kerajaan lama tidak berulang.

Ruang media yang makin baik dan bebas ini adalah satu pencapaian besar untuk rakyat Malaysia, walaupun kesannya tidak dirasai serta merta.

Tetapi media yang bebaslah yang akan membongkar penipuan menteri, melaporkan penganiayaan, menyiasat skandal dan lain-lain.

Mutu penulisan dan objektivit laporan semakin baik. Mungkin kerana mereka perlu bersaing, mungkin kerana pengamal media meraikan kebebasan yang diperolehi sekarang.

Sumber: FB Rafizi Ramli

Rafizi Ramli dalam satu artikel menyatakan matlamat mewujudkan media yang adil, benar dan beramanah adalah yang paling mudah untuk dicapai dan paling baik prestasinya setakat ini.

Dalam gelangangang reformasi tahun 1998 dahulu, ada tiga perkara yang beliau fikirkan matlamat utama yang perlu dicapai demi menjamin keadilan di negara ini:

Membebaskan institusi rakyat seperti kehakiman, pendakwaan, SPR, penguatkuasaan seperti polis dan badan-badan kerajaan dari diperkuda demi kelangsungan politik parti pemerintah

Mewujudkan sistem dua parti supaya rakyat sentiasa mempunyai pilihan untuk menukar kerajaan; dan parti politik kerajaan dan pembangkang bersaing memenangi hati rakyat dengan cara yang sihat

Mewujudkan media yang adil, benar dan beramanah supaya rakyat mendapat maklumat yang tepat dan telus, seterusnya dapat membuat keputusan yang baik untuk mereka dan keluarga mereka

Beliau tidak malu untuk mengaku bahawa beliau sudah mula membaca kembali Utusan Malaysia sekali-sekala. Begitu juga dengan media-media yang lain seperti Berita Harian, yang sebelum ini beliau tinggalkan selama berdekad.

 

Media Bebas Beri Pandangan, Teguran Sesuatu Isu

Kerajaan PH dilihat tidak kebal daripada kritikan dan pihak media berhak menegur kerajaan negeri dan persekutuan yang ada sekarang.

Sumber: The Australian

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu media menjadi suara rakyat yang bebas memberi pandangan dan teguran berkaitan sesuatu isu.

Menurutnya, sesebuah negara dan seseorang pemimpin akan rosak sekiranya terlalu bergantung kepada media pengampu yang hanya pandai memuji.

Media berhak menegur dan mengkritik kerajaan yang ada sekarang kerana kerajaan dipilih oleh rakyat dengan sumbangan daripada pihak media.

Pemimpin PH juga tak boleh melenting sekiranya dikritik tetapi bersedia untuk menjawab kritikan yang diberi dengan hujah yang mantap.

 

Zaman BN, Media Disekat

Sumber: MalaysiaInternet.my

Portal berita The Malaysian Insider dihentikan operasinya pada minit pertama 15 Mac 2016. 59 pekerja hilang pekerjaan.

Pemberhentian operasi kononnya disebabkan kegagalan mencapai persetujuan mendapatkan pemilik baharu dan berpunca daripada kerugian RM10 juta (AS$2.4 juta) dalam masa 20 bulan di bawah The Edge Media Group.

Akan tetapi ia berlaku hampir tiga minggu selepas pengawal selia internet , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) megeluarkan arahan menyekat portal tersebut berhubung laporan agensi anti rasuah kebangsaan mempunyai bukti mencukupi mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak di atas kesalahan jenayah, walaupun peguam negara mengatakan tiada bukti mencukupi.

Sumber: Says.com

Siasatan agensi anti rasuah bermula Julai lalu selepas the Wall Street Journal mendedahkan hampir AS$700 juta ditemui dalam akaun bank bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, kartunis politik, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque pernah disekat karyanya.

Sumber: Lobak Merah

Zunar terkenal sebagai kartunis yang kritikal terhadap isu semasa dan pemimpin negara.

Sejak beberapa tahun sebelum ini beliau sering menjadikan Najib dan Rosmah sebagai idea karya-karyanya.

Beberapa buku kartunnya diharamkan zaman pemerintahan Najib dan BN.

Najib juga pernah menyaman portal Malaysiakini yang didakwa menyebarkan berita palsu tentang skandal 1MDB untuk memburukkan imej Najib.

Pemimpin-pemimpin pembangkang zaman pemerintahan Najib juga turut disaman apabila bercakap soal skandal 1MDB.

 

Media Pula Didakwa Salah Lapor

Tidak dinafikan menteri-menteri dalam kalangan pemimpin-pemimpin PH sedang berusaha untuk memenuhi manifesto mereka dan menyelesaikan masalah rakyat.

Tetapi kita lihat terdapat pemimpin PH selalu mendakwa media salah lapor kenyataan mereka, sedangkan media menulis apa yang diperkatakan mereka tanpa mengubah maksud sedikit pun.

Sumber: The Coverage

Ia pernah berlaku apabila Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyifatkan kenyataannya berhubung ketetapan agar anggota parlimen pembangkang meminta kebenaran daripada kementerian untuk masuk sekolah kerajaan “disalah lapor”.

Sebaliknya, beliau mengulangi kenyataannya di Dewan Rakyat dua hari lepas bahawa wakil rakyat bukan kerajaan perlu mengikut prosedur untuk berbuat demikian.

Dalam kenyataannya di Dewan Rakyat sesi tahun lalu, Maszlee dilapor menegaskan bahawa anggota parlimen pembangkang yang ingin masuk sekolah kerajaan perlu mendapat kebenaran daripada kementerian melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.

Sumber: Malay Mail

Sementara itu, Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad juga pernah menafikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup pusat tahfiz tidak berdaftar dan beroperasi secara haram di ibu kota.

Beliau sebaliknya menyalahkan media salah lapor kenyataannya kelmarin.

Ulasnya, Kementerian Wilayah telah mengambil keputusan untuk mewajibkan semua pusat tahfiz di Kuala Lumpur didaftarkan untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik.

Oleh itu, laporan sesetengah media yang pusat-pusat tahfiz tidak berdaftar di Kuala Lumpur akan segera ditutup adalah tidak tepat dan salah lapor.

KATA ORANG

.

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah media terlalu beas di bawah pemerintahan PH?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN