Dengar sahaja Happy Meal McDonald’s pasti akan terlintas dalam fikiran anak-anak kita mainan apa yang mereka akan pilih atau dapat.

sumber: McD Malaysia

Terbaru, McDonald’s Malaysia telah bekerjasama dengan penulis dan pelukis ilustrasi terkenal di dunia iaitu Cressida Cowell dengan siri buku yang bertajuk ‘Treetop Twins Adventures’.

Menurut Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Eugene Lee, program ini diwujudkan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

 

Budaya Membaca Semakin Pudar

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia .

Dengan adanya penganjuran jualan buku dengan harga yang murah seperti seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Big Bad Wolf, Karangkraf Jualan Gudang dan banyak lagi tetapi budaya membaca masih lagi ditahap yang sederhana.

sumber: rojak daily

Mungkin boleh dilihat pada zaman teknologi yang moden hari ini, serba sedikit menjadikan kita terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan peribadi. Tidak ramai yang menghabiskan masa rehat mereka dengan membaca dan lebih memilih untuk lakukan hobi mereka yang lain.

sumber: time out

Selain itu, ibu bapa juga tidak begitu memainkan peranan dalam memupuk amalan membaca kepada anak-anak semenjak mereka kecil.

Anak-anak jarang didedahkan dengan bahan bacaan sehinggakan anak itu tidak berminat untuk membaca apabila mereka meningkat dewasa.  

 

Sokong Aspirasi Kerajaan

Program itu membolehkan ibu bapa meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dengan membaca buku serta dalam masa yang sama dapat menyerap minat membaca dalam diri anak-anak. 

sumber: moe.gov

Usaha ini merupakan tanda sokongan McDonald’s kepada kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaan.

sumber: pujonohitorigoto. wordpress

Terdahulu, Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh masa selama 10 tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga tahun 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan.

Kempen itu bertujuan membentuk masyarakat untuk membudayakan amalan membaca serta membaca untuk pengetahuan. 

Jadi selepas ini jika ke McDonald’s untuk beli Happy Meal untuk anak-anak, bolehlah minta buku untuk pupuk minat membaca kepada mereka. #MalaysiaMembaca . 

KATA ORANG

KATA ANDA

Antara mainan dan buku manakah yang anda pilih jika membeli set Happy Meal di McDonald’s?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN