Masih ada rakyat Malaysia yang terlalu negatif terhadap Menteri Pendidikan Maszlee Malik, walaupun memberikan cadangan yang baik kali ini.

Baru-baru ini, Mazlee mencadangkan agar penerima zakat atau asnaf diberi bantuan berbentuk buku selain wang atau makanan.

Sumber: Oh Bulan

Menurutnya, langkah ini bagi meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan asnaf.

Niat yang baik tetapi disalah erti oleh rakyat. Mungkin mereka mengambil contoh cadangan-cadangan Mazlee sebelum ini seperti guna kolam renang hotel, kasut sekolah hitam, isu 1MDB dimasukkan kedalam buku sejarah sekolah dan lain-lain lagi.

 

Orang Miskin Perlukan Wang Bukan Buku

Sumber: FB Astro Awani

Rata-rata mereka tidak membaca isi kandungan secara penuh kenyataan Mazlee, mereka mengutuk apa yang diperkatakan oleh menteri pendidikan itu, kononnya orang miskin perlukan makanan, wang, bukannya buku.

Sumber: FB Astro Awani

Terdapat segelintir juga menyatakan Mazlee tidak boleh dipercayai sebagai menteri dan sebagainya.

Namun sebenarnya apa yang dikatakan Maszlee ialah diberikan buku kepada anak-anak asnaf untuk mereka

Sumber: FB Astro Awani

menjadi seorang yang berilmu, untuk mereka menghasilkan imaginasi yang akan mendorong diri untuk maju di dalam pelajaran dan juga kerjaya

 

Sumber: FB Astro Awani

Inilah sikap rakyat yang negatif terhadap kerajaan itu sendiri. Menilai dan merujuk perkara lain dalam isu yang berlainan. Sikap malas membaca inilah yang perlu dihapuskan dalam kalangan rakyat di negara kita.

Sumber: FB Astro Awani

Bukan hanya bijak mengutuk sahaja sebaliknya perbaiki diri masing-masing. Jangan disebabkan perkara lain akan memusnahkan niat yang baik ini.

Walaubagaimanapun, hanya segelintir sahaja mereka yang mengutuk, sebilangan besar bersetuju dengan cadangan Mazlee ini yang dilihat dapat memupuk semangat membaca dalam kalangan rakyat kita.

Sumber: FB Astro Awani

 

Sikap Membaca Masih Rendah di Malaysia

Cadangan untuk memberi buku itu diusulkan Maszlee berikutan laporan tabiat pembaca di negara ini yang dikatakan masih berada di tahap yang rendah berbanding negara lain.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada 2005, rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku setahun.

Jumlah itu meningkat kepada 15 naskhah pada 2014 namun ia masih jauh berbanding di negara maju di mana kadar purata bacaan ialah 40 judul buku setahun.

Mengikut laporan “Adult and Youth Literacy National Regional and Global Trends 1985-2015”, kadar celik huruf rakyat Malaysia pula hampir ke angka 94.94 peratus.

Tambah Maszlee, kerajaan sedang dalam perancangan menyasarkan penerbitan negara agar mencapai 31,700 judul setahun menjelang 2020 berbanding 19,713 judul pada 2017.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah pemberian buku dianggap sebagai usaha negatif?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN