Sebut sahaja Maya Karin, siapa sahaja yang tidak kenal bukan?

Sejak kebelakangan ini, Maya Karin boleh dikatakan lantang bersuara di media sosial lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan alam sekitar.

Terbaru, Maya Karin telah berkongsi pengalaman beliau berjumpa dengan seorang pelajar di Terengganu melalui perkongsian di laman media sosialnya, Twitter.

Apa yang cuba dikongsikan oleh beliau adalah pelajar tersebut yang tidak mengetahui asas bahasa Inggeris.

Menerusi perkongsian itu, beliau bertanya tentang umur pelajar tersebut dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mendapat jawapan dan hanya mendapat jawapan ketika ditanya dalam bahasa Malaysia.

Berikutan itu, beliau berasa terkilan dan menyuarakan hal itu dengan menyeru Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik agar memandang perkara ini dengan serius.

 

Cetus Perbalahan Di Kalangan Netizen

Namun, apa yang disuarakannya itu nampaknya telah mencetuskan perbalahan netizen di media sosial.

Sumber: https://www.edisiviral.com

Ada yang mengecam tindakan Maya Karin dengan mengatakan ada pelajar yang malu untuk berbahasa Inggeris dan tidak pelik kerana persekitaran yang berbeza.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan tindakannya itu seolah-olah mahu memperlekehkan orang Terengganu dan mempersendakan kanak-kanak yang tidak pandai berbahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, sesetengah netizen faham akan maksud yang ingin disampaikan oleh Maya dimana mereka beranggapan ia hanya asas bahasa Inggeris yang perlu dipelajari oleh semua orang.

 

Tampil Jelas Perkara Sebenar

Selepas dikecam hebat, Maya Karin menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk memperlehkehkan sesiapa dan tidak hanya fokus kepada rakyat negeri itu sahaja sebaliknya mahu orang ramai beri perhatian kepada mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar.

Sumber: Siakap Keli

Dalam masa yang sama, perkongsian yang dimuat naiknya itu juga tidak bertujuan untuk mengagung-agungkan bahasa Inggeris kerana hakikatnya ia menjadi bahasa global kini.

Atas sebab itu, dia turut menyarankan orang ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa supaya buang perasaan malu untuk cuba bertutur dalam bahasa Inggeris kerana apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa, ia berpotensi membuka peluang yang lebih besar untuk kelestarian seseorang individu itu sendiri.

 

Hati-Hati Sebelum Ulas Kenyataan

Dalam isu sebegini, Maya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum meskipun tiada niat untuk memperlekehkan mana-mana pihak.

Maklumlah apabila melibatkan isu sensitif seperti ‘bahasa’, pasti akan ada pihak yang cepat sentap kerana tidak semua pengguna media sosial akan melihat konteks sebenar yang disampaikan seseorang sebelum mengulas mengenainya.

Walau apa pun, ambil iktibar apa yang disampaikan oleh Maya kerana tidak rugi pun sekiranya kita pandai menguasai lebih dari satu bahasa terutamanya bahasa Inggeris walaupun Bahasa Malaysia merupakan bahasa ibunda kita.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah wajar Maya Karin memuat naik status sebegitu di media sosial untuk membuka mata orang ramai mengenai pentingnya menguasai bahasa Inggeris meskipun bahasa Malaysia merupakan bahasa ibunda kita?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN