Mereka yang mempunyai tahap kesibukan yang tinggi dan terkejar-kejar untuk ke tempat kerja, makanan seperti sandwich sentiasa menjadi pilihan kerana cepat untuk didapatkan.

sumber: gettyimages

Tetapi baru-baru ini, telah berlaku satu kejadian di negara Perancis berdekatan Paris di mana seorang pelayan maut ditembak oleh seorang pelanggan yang berang kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pesanannya.

 

Tembak Kerana Hilang Sabar

Semuanya bermula dengan seorang pelanggan yang agaknya tidak boleh menahan kesabarannya disebabkan menunggu terlalu lama untuk mendapatkan pesanannya sebelum bertindak menembak pelayan di restoran tersebut.

sumber: infosebenar

Menurut sumber daripada theguardian.com, rakan sekerja mangsa terus menghubungi pihak polis selepas berlakunya tembakan dan suspek telah melarikan diri setelah melepaskan tembakan.

Namun, usaha untuk menyelamatkan rakan sekerja yang ditembak itu tidak berjaya kerana mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian. Tidak diterima dek akal hanya kerana sandwich sahaja, kita sanggup membunuh orang lain.

 

Ada Restoran Sandwich Yang Memang Cepat

Sebut sahaja restoran francais Subway, pasti ramai yang sudah menggambarkan bagaimana suasana di dalam restoran tersebut. Pelanggan boleh melihat sendiri di hadapan mereka bagaimana pekerja menyediakan sandwich yang dipesan.

Jika anda pernah mengunjungi restoran ini, anda mungkin akan melihat mereka menyediakan satu sandwich dalam masa lebih kurang tiga minit sahaja.

 

 

Bukan itu sahaja, syarikat francais ini ada menganjurkan pertandingan menyediakan sandwich terpantas yang dipanggil ‘Sub Jammers’ kepada semua ‘sandwich artist’ yang bertanding.

 

 

Tetapi, jika terlalu laju sangat, bimbang anda pula tidak berselera untuk menikmati sandwich yang dipesan seperti yang tertera di dalam video di atas. Walau apa pun, banyakkan bersabar jika mengunjungi tempat-tempat yang sesak seperti restoran. Bukan anda seorang sahaja yang menunggu, kerana orang lain juga turut menunggu pesanan mereka siap.

 

Mudah Untuk Disediakan

Sandwich merupakan makanan yang cepat, mudah untuk dihidangkan dan merupakan makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan kita.

sumber: bbc good food

Hanya menggunakan roti, lada, bawang, keju, telur, sayur, buah dan sedikit hirisan daging sudah cukup untuk melengkapan pengambilan nutrisi bukan sahaja di waktu pagi, malah pada setiap masa.

Mengikut sumber yang diperolehi dari thepatriots, pada sekitar tahun 1900-an, sandwich mula terkenal di Amerika Syarikat dan menjadi makanan penting bagi mereka. Hampir semua masyarakat di sana gemar menikmati sandwich kerana mudah untuk disediakan dan sesuai untuk dinikmati oleh semua lapisan umur.

Mungkin selepas ini pelanggan yang menembak pelayan restoran tersebut boleh mempelajari bagaimana untuk membuat sandwich dengan mudah hanya di rumah (mungkin di dalam penjara) sahaja tidak perlu bersusah payah menunggu lama.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda penggemar sandwich?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN