Pada 29 April lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan penempatan ke Program Matrikulasi ditambah daripada 25,000 kepada 40,000 tempat.

Penambahan itu membolehkan penambahan pengambilan pelajar bukan Melayu tanpa menjejaskan kuota bumiputera.

Gambar Sekadar Hiasan

Keputusan kabinet itu dibuat selepas rungutan daripada pemimpin kaum India yang mendakwa pelajar cemerlang kaum India tidak dapat tawaran ke matrikulasi

Walaubagaimanapun, kerajaan dikritik selepas ia mendedahkan 90% tempat dalam program matrikulasi untuk Bumiputera manakala selebihnya untuk bukan Bumiputera.

Matrikulasi adalah alternatif kepada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang lebih susah dan sukar lulus.

Program matrikulasi hanya 1 tahun manakala pelajar STPM perlu menjalani 2 tahun pengajian.

 

Jalan Mudah Masuk Universiti

Menurut  Ahli Akademi Teo Kok Seong , program matrikulasi diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan pelajar Bumiputera di universiti awam, yang menjadi keutamaan selepas Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1970.

Gambar Sekadar Hiasan

Teo berkata Bumiputera mempunyai jalan alternatif dan laluan lebih mudah untuk mendaftar kursus Sains di universiti awam berbanding bukan Bumiputera menerusi program matrikulasi pra-universiti.

Selain matrikulasi, pelajar Bumiputera mempunyai pilihan untuk mengambil kursus asas yang dipanggil Asasi sebagai laluan kepada pelbagai kursus di universiti awam.

Jelasnya walaupun dasar itu tidak adil dengan 2 laluan untuk orang Melayu dan bukan Melayu, mesti diakui ia sebahagian daripada rancangan tindakan afirmatif untuk orang Melayu.

 

Tun M Mengaku Matrikulasi ‘pintu belakang’ Melayu Masuk Universiti

Dalam pada masa sama, baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara turut mengakui bahawa sistem Matrikulasi memang diwujudkan untuk menjadi “pintu belakang” buat orang Melayu memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata ini kerana ramai pelajar Melayu tidak mahu melalui Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) untuk ke pengajian tinggi.

Gambar Sekadar Hiasan

Namun katanya, kerajaan juga beri  peluang kepada bukan Melayu untuk masuk ke matrikulasi dan ini bermakna mereka juga melalui pintu belakang.

Tetapi peningkatan pengambilan pelajar bukan melayu masih tidak meredakan rasa tidak puas hati sesetengah pihak kerana sistem kuota berasaskan kaum masih kekal.

 

Matrikulasi laluan alternatif, bukan ‘pintu belakang’

Keilmuan Nasional menyanggah dakwaan  Tun Mahathir bahawa program matrikulasi yang dikelolakan Kementerian Pendidikan sebagai ‘pintu belakang’ kepada pelajar Melayu untuk masuk ke universiti.

Pengerusinya, Zambri Mohd. Isa berkata, sebaliknya matrikulasi adalah laluan alternatif bagi masyarakat Melayu yang tidak berminat mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada suatu ketika dahulu.

Jelasnya, antara faktor penubuhan program matrikulasi ialah bilangan tempat untuk mengambil STPM amat terhad dan kebanyakan sekolah yang menyediakan STPM tidak menyediakan asrama atau tempat tinggal.

Sumber: Astro Awani

Malah, seperti yang kita sedia maklum majoriti pelajar Melayu adalah terdiri daripada golongan pelajar miskin yang memerlukan bantuan dan sokongan seperti kemudahan asrama dan bantuan khas kepada mereka.

Disebabkan itu katanya, mereka memasuki program matrikulasi untuk memberikan peluang menyambung pelajaran sebelum melangkah ke universiti.

Adalah tidak wajar orang ramai menganggap pelajar yang menyertai program matrikulasi tidak mempunyai kelayakan akademik yang baik kerana rata-rata pelajar Melayu tersebut mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

 

Ramai Penuntut Matrikulasi Tidak Setuju

Rata-rata netizen terutama penuntut matrikulasi turut tidak bersetuju dengan kenyataan Tun Mahathir mereka mengikut jalan belakang.

Menurut mereka, untuk mendapat tempat di matrikulasi bukan mudah dan mereka perlu bekerja keras belajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang bagi melayakkan diri ke universiti.

Sumber : Facebook

Malah, ramai juga yang meluahkan rasa sedih kerana kenyataan Tun Mahathir itu seolah-olah merendahkan orang melayu sedangkan mereka juga berusaha untuk melayakkan diri dan memang sepatutnya orang melayu mendapat keistimewaan.

Sumber : Facebook

Bagi orang bukan bumiputera pula, mereka mengharapkan agar kerajaan mengkaji semula peratusan kuota untuk mereka dinaikkan supaya golongan berpendapatan rendah dari kalangan bumiputera boleh melayakkan diri ke matrikulasi.  

 

Matrikulasi Tidak Relevan

Sementara itu, lain pula pendapat Bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin yang menyifatkan program matrikulasi sudah tidak relevan kerana tujuan asal bagi mengimbangi agihan kaum di universiti sudah ditangani.

Namun katanya, jika matrikulasi dihapuskan ia akan menjadi isu bagi pembangkang untuk mengkritik kerajaan.

Dalam pada masa sama, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata program itu sepatutnya menggunakan sistem berasaskan merit dengan mengkhususkan kuota untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Apa-apa pun kerajaan seharusnya membuat keputusan yang adil untuk semua orang kerana pendidikan adalah

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda mengenai isu ini?
29 votes · 29 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN