Beberapa hari lalu, pelakon Bella Dally menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan sudah berbadan dua gara-gara memuat naik sebuah video yang memberi bayangan akan mendapat cahaya mata.

Sumber: Instagram Bella Dally

Dalam video yang dimuatnaik di laman Instagram, Bella menunjukkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garisan positif hamil hingga menimbulkan teka teki dalam kalangan peminat uang teruja dengan khabar gembira itu.

Malah, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan meninggalkan ucapan tahniah kepada pelakon Wawa Zainal, Mira Filzah, Nelydia Senrose, Bella Astillah dan Hanez Suraya yang menyampaikan ucapan tahniah selain doa dan tidak sabar untuk melihat Bella menimang cahaya mata.

Sumber: Info Sebenar

Namun malangnya, itu semua hanyalah gimik kepada pelancaran produk kosmetiknya selepas Bella memuat naik satu video yang merungkai persoalan ramai mengenai status ‘kehamilan’ tersebut berdasarkan tarikh yang terdapat dalam video berkenaan.

 

Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Video yang dimuat naik Bella itu bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai dengan pelbagai ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya.

Sumber: Info Sebenar

Bagaimanapun, sesetengah peminatnya meluahkan rasa kecewa dengan gimik pelancaran produk barunya itu yang dianggap seolah-olah memberi berita palsu kepada peminat.

Sumber: Info Sebenar

Senang cerita, memang ramai yang tidak senang hati dengan cara Bella melancarkan gimiknya yang menggunakan alat uji kehamilan.

Pada mereka, banyak lagi cara lain yang boleh digunakan Bella untuk melancarkan produk kosmetik terbarunya tanpa perlu membuatkan peminat rasa tertipu dengan cara sebegini.

 

Boleh Timbulkan Fitnah

Bila fikirkan balik apa yang dilakukan Bella, memang diakui selebriti masa kini gemar melakukan gimik yang keterlaluan untuk mendapatkan perhatian ramai sekaligus melariskan jualannya.

Sekarang ini memang diakui setiap kali nak lancarkan lagu baru atau apa sahaja produk sekalipun, ada sesetengah artis pasti akan membuat gimik yang dilihat seperti satu ‘trend’ pula.

Tetapi ingat tindakan sebegini boleh menimbulkan fitnah. Mana tidaknya, apa yang dilakukan Bella ini boleh dikatakan melibatkan soal kehidupan ‘peribadi’.

Sumber:

Jika membabitkan mengenai perkara-perkara sebegini, pasti netizen akan mudah sekali percaya dan mengharapkan yang terbaik buat Bella tambahan pula dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan keduanya bersama seorang ahli perniagaan pada 30 Mac lalu.

Siapa yang tak bengang kalau kena tipu begini kan?

Banyak lagi cara lain yang Bella boleh lakukan untuk lakukan gimik tanpa perlu mengaitkannya dengan alat uji kehamilan yang sama sekali boleh mempermainkan perasaan ramai pihak.

Tidak salah lalukan cara sebegini kerana ia mungkin antara salah satu teknik atau cara yang berkesan untuk melariskan sesuatu jualan dan menaikkan sesuatu produk itu tetapi berpada-padalah. 

Negara kita tidak seperti di negara Thailand yang mana dari segi pengiklanan mereka, boleh dikatakan hampir kesemuanya tidak masuk akal dan adakalanya menghiburkan dalam memberi mesej kepada orang ramai. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah gimik yang dilakukan Bella ini keterlaluan bagi anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN