Pernahkah anda mendengar cerita-cerita menyeramkan tentang saka dan hantu yang sering dijadikan belaan manusia untuk tujuan tertentu.

Malahan suatu ketika dahulu, jin atau mahluk halus ini sering digunakan oleh orang untuk menjaga rumah dan kampung malah untuk membantu menjaga tanaman.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalamannya yang mengalami masalah kemerahan mata yang melampau sehinggakan rawatan dari hospital juga tetap tidak mampu memulihkan masalah mata yang dihadapinya.

Demi mencari solusi, gadis tersebut nekad berjumpa dengan seorang ustazah untuk mencuba kaedah rawatan Islam sebagai salah satu ikhtiar demi kesembuhannya.

Ketika proses rawatan dijalankan, amat memeranjatkan apabila ustazah yang merawatnya memberitahu bahawa badannya menjadi laluan keluar masuk jin dek kerana amalan ibadah harian sebagai seorang muslim sering terabai dan tidak berwudhuk dengan sempurna apabila ingin menunaikan solat.

Keadaan kesihatan mata wanita berkenaan kembali pulih dan kembali kepada asal apabila dia kembali beribadah dan bersujud kepada Allah.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan cerita ini dan benarkah wanita tersebut sering menjadi tempat mahkluk halus bersinggah dan tinggal?

Namun begitu, ia cukup menakutkan untuk seseorang mengetahui dirinya sering didampingi mahkluk halus.

Siapa yang ingin diri mereka digunakan oleh makhluk halus sebagai tempat persinggahan.

Tambahan pulak sehingga menjadikan penampilan diri mereka jadi menakutkan.

Peringatan ringkas oleh ustazah untuk menjaga solat dengan baik dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah wajar diikuti.

                                                                                                                                     Saka dan Pedamping, Apa Kesannya?

Mempunyai saka mahupun pendamping merupakan isu yang tidak asing lagi dengan masyarakat melayu. Malah sejak dari zaman nenek moyang kita sudah ramai yang menjinakkan diri dengan pembelaan saka dan hantu bagi memenuhi keperluan mereka yang tertentu.

Pasti ramai yang tahu, bukan mudah untuk membela makhluk halus ini, kebanyakannya pasti perlu dijaga dengan baik dari segi makanan mahupun sembahan supaya makhluk tersebut tidak memberikan kecelakaan kepada tuan mereka.

Ritual seperti penyembelihan kambing hitam, ayam, pulut, telur malah membakar batu kemian untuk memuja belaan mereka seperti sudah menjadi rutin yang perlu dilakukan.

Ramai yang tidak sedar risiko apabila mereka bersetuju untuk menjadi tuan, contohnya apabila sudah tiba ajal mereka, saka mahupun belaan mereka itu mestilah diturunkan kepada pewaris samada anak mahupun ahli keluarga lain.

Belaan mereka tidak boleh dibiarkan tidak bertuan kerana akan memudaratkan diri dan potensi ahli keluarga untuk diganggu sangat tinggi.

Malahan sebelum ini, terdapat banyak kisah-kisah kematian nenek dan atuk yang membela saka dikatakan sudah lama meninggal tapi tidak betul-betul mati dimata zahir dan pandangan orang.

Ini kerana saka yang dibela hidup didalam badan tuannya dan menampakkan seolah-olah si tuan masih hidup padahal sudah lama tiada.

Namun begitu kepercayaan yang kononnya saka mampu menggunakan badan tuannya yang sudah mati tidak wajar dipercayai lagi-lagi bagi yang beragama Islam.

Kita harus percaya bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu hanya dengan izin Allah bukan kerana kehebatan makhluk mahupun jin.

Sebelum ini juga ada kes dimana ramai individu yang sering sakit-sakit badan, wanita tidak boleh hamil, sering keguguran, menjadi panas baran berpunca daripada kehadiran saka didalam badan mereka tanpa mereka sedari.

Hanya selepas berjumpa dengan ustaz-ustaz dan melalui proses ‘scanning’ barulah pesakit tahu bahawa ada benda yang mendampingi mereka selama ini.

Tidak hairanlah ada sesetengah kes, apabila pesakit datang berjumpa dengan doktor namun tetap tidak sembuh-sembuh. Ini kerana kebanyakan mereka terkena penyakit ghaib yang hanya boleh diketahui dengan rawatan Islam.

 

Menyekutukan Allah? Jangan Sampai Jatuh Syirik

Jika dilihat revolusi penyebaran Islam di Malaysia ianya hanya bermula sekitar tahun 1980 dimana kedatangan ulamak-ulamak luar secara tidak langsung berjaya menawan hati masyarakat melayu untuk menerima Islam.

Kepercayaan dan tradisi masyarakat melayu Islam juga jauh berbeza dengan apa yang diamalkan sekarang.

Kurang kesedaran yang betul tentang agama Islam mungkin menjadi punca ada individu yang bertindak menggunakan saka sebagai pelindung mereka dan orang sekeliling.

Jika dilihat dari segi hukum, perbuatan membela saka dan jin adalah syirik kerana boleh mengundang seseorang untuk menyekutukan Allah.

Kita perlu lebih berhati-hati apabila melakukan sesuatu agar tidak terpesong jauh dari ajaran agama.

Dan kesimpulan bagi kisah ini, kita patut sentiasa mendekatkan diri dengan Allah agar dapat menjadi dinding untuk kita berlindung dari sesuatu yang ghaib dan tidak baik.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda percaya, sakit mata yang dihadapi mangsa kerana jin?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN