Kecoh di Dewan Negara semalam apabila Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan memberi jaminan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan Sejarah.

Perkara tersebut timbul dalam sesi soal jawab sebagai mengulas kenyataan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mengingatkan bahawa sejarah buruk akan diulangi jika rakyat tidak tahu tentang sejarah.

Lantas, Maszlee kemudiannya berkata beliau mahu memasukkan isu tersebut sebagai pengajaran supaya tidak diulangi generasi masa depan.

Kenyataan yang dibuat Maszlee itu bagaimanapun dikecam netizen media sosial dengan ada yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang melampaui batas malah tidak kurang juga ada yang menyokong untuk dimasukkan ke dalam sukatan tersebut.

Tidak kurang juga, beberapa pemimpin politik seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menempelak tindakan Maszlee malah Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim juga dilihat turut sama melahirkan kebimbangannya terhadap Kementerian Pendidikan sekiranya membiarkan Maszlee memimpin kementerian berkenaan.

Namun pada hari ini, Maszlee menafikan semula laporan media semalam sebagai tidak tepat kerana ia merujuk kepada sejarah Malaysia secara amnya.

 

Nafi Mahu Masukkan 1MDB Dalam Subjek Sejarah

Sumber: FeedMe Malaysia

Walaupun semalam, Maszlee dilaporkan berkata, isu berkaitan skandal 1MDB dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah di sekolah.

Namun, hari ini, setiausaha akhbarnya, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata perkataan sejarah yang disebut Maszlee itu tidak merujuk kepada sukatan pelajaran, sebaliknya merujuk kepada sejarah Malaysia secara am.

Sumber: Astro Awani

Malah, laporan media semalam dikatakan adalah tidak tepat kerana keputusan untuk memasukkan isu 1MDB ke dalam subjek Sejarah terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.

 

 

Relevan Atau Tidak Sekiranya Isu 1MDB Dimasukkan Dalam Sukatan Sejarah?

Sumber: World of Buzz

Tidak dinafikan, seluruh rakyat Malaysia amat terkesan sekali dengan isu 1MDB yang dilihat banyak menyusahkan pelbagai pihak terutama kerajaan yang perlu menanggung pembayaran hutang 1MDB sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017.

Isu 1MDB itu juga dipercayai menjadi antara punca utama akan kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Malah, sehingga ke hari ini, isu tersebut masih lagi menjadi persoalan kerana banyak lagi isu yang perlu dirungkai oleh kerajaan untuk mengetahui dalang sebenar di sebalik skandal tersebut.

Ada yang mengatakan isu tersebut didakwa didalangi oleh Jho Low yang berpakat dengan pengurus atasan International Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi serta Goldman Sachs Group (Goldman).

Namun, hingga ke hari ini, siasatan terhadap kes tersebut masih lagi dibicarakan di mahkamah yang mana ia mungkin akan mengambil masa selama bertahun-tahun lagi untuk diselesaikan.

Persoalannya timbul di sini, adakah isu berat yang sedang melanda negara perlu dipelajari oleh pelajar sekolah?

Dan adakah guru juga sudah bersedia untuk mengajar subjek tersebut kepada pelajar-pelajar mereka?

Jika apa yang disampaikan di dalam sukatan tersebut terlalu berbaur politik untuk mendedahkan kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu, ianya mungkin boleh mencetuskan ketegangan di dalam kelas yang dikhuatiri boleh menjejaskan pengajian serta hubungan sesama mereka.

Sumber: Berita Harian

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong juga dilihat berkata, isu 1MDB tidak mempunyai kepentingan sekiranya dimasukkan sebagai sukatan pelajaran tersebut.

Sekiranya 1MDB dimasukkan di dalam sukatan, ia bukan sahaja boleh mencetuskan ketegangan malah ia dikhuatiri mengajar pelajar sekolah untuk membenci dan tidak mengenang jasa pemimpin negara.

Hal itu berikutan, walaupun pemimpin terdahulu ada melakukan kesilapan, namun apa yang dilakukan mereka sepanjang menjadi kerajaan terdahulu, ada juga jasa dan kebaikan yang disumbang kepada negara.

Namun dalam hal ini, apa yang diperkatakan oleh Maszlee di Dewan Negara semalam bukan dimaksudkan mahu memasukkan isu 1MDB tersebut di dalam sukatan pelajaran Sejarah tetapi mahu memasukkannya di dalam Sejarah negara sendiri.

Semenjak 6 bulan menjadi menteri, banyak kenyataan yang dikeluarkan Maszlee dilihat tidak cerdik dan hanya tertumpu kepada isu kecil berbanding isu pokok yang perlu diselesaikan

Antara Pengumuman Penting Yang Dilakukan Kementerian Pendidikan:

  • Pemakaian Kasut Sekolah dan Stoking Hitam Mulai 2021
  • Guru tidak lagi dibebani tugas perkeranian
  • Cadangan kokurikulum berenang mulai 2019
  • Cadangan buka cawangan parti politik di Universiti Awam
  • Peperiksaan Tahap 1 dimansuhkan
  • Elemen rasuah diselit dalam sukatan sivik
  • Kenakan syarat kepada pembangkang untuk masuk kawasan sekolah
  • Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang
  • Isu 1MDB masuk dalam Sejarah Malaysia

KATA ORANG

KATA ANDA

Relevan atau tidak skandal 1MDB dimasukkan ke dalam sejarah Malaysia?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN