Negara Jepun merupakan sebuah kepulauan yang terletak di timur benua Asia yang memiliki empat pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu dan empat ribu pulau-pulau kecil.

sumber: moddb.com

Sebelum negara Jepun bertukar menjadi sebuah negara maju, terdapat satu masyarakat primitif yang cukup unik dan merupakan masyarakat terawal mendiami negara itu.

 

Sebelum Kedatangan Jepun

Terdapat teori yang mengatakan orang Jepun yang terawal menduduki kepulauan Jepun adalah dari Selatan melalui Pulau Farmosa dan Ryukyu tetapi berbeza dengan bukti dari segi kajian purba yang menunjukkan orang Jepun mula sampai melalui Korea.

Tetapi penduduk pertama yang menduduki pulau-pulau di Jepun adalah masyarakat Ainu yang merupakan bangsa proto-Caucasoid.

Ahli-ahli antropologi telah menganggarkan bahawa orang Ainu ini telah hidup di Jepun lebih kurang 5000 tahun yang lalu. Kehidupan mereka hanya bergantung kepada kegiatan memburu dan juga memungut makanan. 

sumber: africa resource

Apabila semakin ramai orang Jepun, orang Ainu terpaksa berpindah ke bahagian utara (Hokkaido) dan kini mereka merupakan suatu bangsa yang sedang menghadapi kepupusan.

 

Mengalami Tekanan Akibat Didiskriminasi 

Mereka mempunyai ciri-ciri berbeza dengan penduduk Jepun yang lebih dominan di mana mereka mempuyai wajah yang lebar, berambut lebat, bermata coklat, bertubuh rendah dan kulit kelihatan pucat.

sumber: sinchi foundation

Namun orang Ainu ini telah menerima layanan yang tidak adil disebabkan perbezaan mereka dengan masyarakat Jepun dan akhirnya mereka ditolak lebih jauh ke bahagian utara sehingga ke pulau Hokkaido.

sumber: wikipedia

Pada tahun 1869, Jepun telah memasuki wilayah Ezo yang telah berubah nama menjadi Hokkaido ke dalam wilayah kekuasaannya.

Enam tahun kemudian, Jepun dan Rusia telah membuat rundingan dalam Perjanjian St. Peterburg di mana isi perjanjian tersebut adalah Rusia bakal menguasai kepulauan Sakhalin dan Jepun pula menuntut kepulauan Kuril. 

sumber: quora

Pada ketika ini, orang Ainu perlu memilih kewarganegaraan yang memaksa mereka untuk meninggalkan tanah kelahiran mereka.

Setelah itu, peraturan demi peraturan telah mengakibatkan orang Ainu ini disingkirkan dan pelan pembangunan yang dibangunan pada tahun 1869 hingga tahun 1882 langsung tidak menghiraukan tradisi dan budaya masyarakat Ainu sebagai suku asli negara tersebut.

Bukan itu sahaja, kerajaan Jepun pada ketika itu juga melarang kegiatan budaya Ainu dengan harapan masyarakat ini boleh menukar atau menyerap budaya Jepun moden.

 

Akhirnya Mereka Diiktiraf Jepun

Menurut laman minorityrights.org mengatakan survey yang terkini yang dilakukan mencatatkan populasi orang Ainu yang ada di Hokkaido sekurang-kurangnya seramai 19,786 orang.

sumber: kyodo news

Pada tahun 2008, kerajaan Jepun telah mengiktiraf kewujudan orang Ainu sebagai masyarakat pribumi secara rasmi walaupun berbeza bahasa, budaya dan agama  disebabkan Jepun mendukung Deklarasi PBB tentang Hak-Hak Penduduk Asli.

Orang Ainu kini telah mendapat perhatian daripada kerajaan Jepun untuk memastikan mereka ini tidak terpinggir dari arus pembangunan yang sedang berlaku di Jepun dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan budaya dan tradisi Oran Ainu di peringkat nasional dan juga antarabangsa.

Orang ainu telah lama mengalami tekanan dan ekplotasi sejak dari abad ke-19 sejak kerajaan Jepun melarang mereka menjalankan budaya dan menggunakan bahasa mereka sendiri.

 

Budaya Ainu dan Jepun Moden

Terdapat banyak perbezaan yang ketara antara budaya orang Ainu dan juga budaya Jepun seperti yang diketahui dan antara salah satunya ialah dari segi bahasa.

sumber: tattoodo.com

Berbeza dengan bahasa Jepun moden yang berasal dari bahasa Cina, bahasa Ainu memiliki keunikkannya tersendiri dan sehingga kini tidak ramai yang mengetahui bagaimana bentuk tulisan mereka.

Hal ini disebabkan hanya tinggal beberapa penutur asli sahaja dan semuanya telah tua. Disebabkan tidak mengetahui bagaimana bentuk penulisan yang sebenar, penggunaan bahasa Ainu sebahagian besar telah menggunakan tulisan Kana Jepun. 

Antara yang menarik lagi ialah wanita Ainu mempunyai tatu di mulut yang dilukis apabila mereka sudah dewasa dan lelaki pula akan berhenti mencukur janggut mereka pada usia yang tertentu.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda pernah mengetahui tentang masyarakat Ainu di Jepun sebelum ini?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN