Setiap kali merantau atau berkunjung ke negara lain, kita bukan sahaja perlu membawa keperluan asas seperti pakaian dan wang tetapi juga otak. Apabila di tempat orang perlulah untuk menghormati adat di situ bukannya sesuka hati untuk melakukan apa sahaja seperti negara sendiri.

Ini yang berlaku baru-baru ini apabila sepasang kekasih Sabina Dolezalova dan Zdenek Slouka yang didakwa telah mencemarkan kesucian salah sebuah kuil di kawasan Monkey Forest, Ubud, Bali.

Ia berlaku apabila pasangan warga Rusia itu dilihat mencuci punggung menggunakan ‘air suci’ yang mengalir dari tiang kuil itu. Perkara itu dikesan selepas sebuah video tular yang dipercayai telah dimuatnaik sendiri wanita tersebut ke laman sosial Instagrammnya.

 Tindakan mereka itu secara jelas biadab dan tidak menghormati budaya di sana dan mencetuskan kemarahan terutama rakyat setempat.

 

Monkey Forest Tempat Suci

Berdasarkan kompas.com Monkey Forest Ubud adalah destinasi pelancongan terkemuka di Ubud, Bali dengan luas hutan seluas 12.5 hektar. Monkey Forest dianggap suci oleh penduduk setempat, dengan penanda hutan dikelilingi oleh kuil lama.

Terdapat tiga kuil di kawasan Monkey Forest. Pertama adalah Pura Dalem Agung sebagai candi utama yang terletak di barat daya hutan. Candi ini adalah tempat penyembahan Hyang Widhi (Tuhan) dalam manifestasi Lord Shiva, Smelter.

Candi kedua adalah Kuil Beji yang terletak di barat laut Forest Monkey, tempat ibadah Hyang Widhi (Tuhan) dalam manifestasi Dewi Ganga. Di dalam kuil ini terdapat sumber air suci semula jadi yang digunakan oleh orang Hindu Bali untuk melukis atau membersihkan diri mereka secara rohani.

Kuil ketiga adalah Kuil Prajapati, yang merupakan timur laut Forest Monkey.

Sebagai kawasan suci, penanda di kawasan Monkey Forest Ubud sangat jelas. Sekiranya anda melawat tempat ini terdapat banyak papan tanda yang meminta agar para pengunjung menjaga kedamaian dan tingkah laku, tidak memasuki kawasan kuil, dan tidak mengganggu ibadat Hindu Bali.

 

Perlu Mohon Maaf

Disebabkan tindakan pelancong itu mencemarkan kawasan berkenaan senator dari Bali, Dr. Arya Wedakarna memohon agar pasangan itu memohon maaf kepada orang ramai terutamanya kepada penduduk sekitar.

Menurut Mata Indonesia News, beberapa penduduk di situ juga dikatakan telah meminta Agensi Imigresen Bali untuk menghalang kedua-dua warga asing dari meninggalkan Bali sehingga mereka bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Selepas gesaan yang diterima, kedua-dua warga Rusia itu tampil memohon maaf menerusi sebuah muat naik video Story dimana mereka mengakui kesilapan mereka.

Permohonan Maaf Tidak Ikhlas

Walaubagaimanapun, ramai beranggapan permohonan maaf mereka tidak ikhlas.

Ada yang mengatakan bahawa terlalu mudah hanya dengan minta maaf segalanya telah selesai. Malah ada yang berasa patut ada denda atau tindakan sewajarnya.

Sebagai pelancong seharusnya anda perlu membuat kajian mengenai tempat yang ingin dilawati supaya kejadian seperti ini tidak berlaku.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda mengenai isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN