Penjara merupakan tempat di mana mereka yang melakukan kesalahan disabitkan hukuman oleh pihak mahkamah.

Pengalaman dimasukkan ke dalam penjara mungkin satu mimpi ngeri bagi pesalah-pesalah tetapi menjadi lebih ngeri lagi apabila rakan sebilik yang sanggup melakukan perbuatan keji iaitu liwat terhadap mereka.

Terbaru, dilaporkan seorang bekas banduan , telah dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara dan 4 sebatan oleh mahkamah sesyen Kuala Terennganu kerana meliwat rakan sebiliknya semasa menjalani hukuman penjara di Dungun.

sumber: sinar

Tertuduh, Mohd Abdillah Mat Nasin. yang berusia 34 tahun mengaku bersalah mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Tertuduh melakukan perbuatan liwat terhadap mangsa yang umur 25 tahun dan ketika kejadian, mereka berada di sebuah penjara di Dungun, pada jam 3 pagi , 31 Ogos 2017.

Tak Tercapai Dek Akal

Perbuatan jijik ini bukanlah kali pertama berlaku di dalam penjara, malah sudah banyak kes serupa telah berlaku.

Bagi kes ini, pegawai penjara yang bertugas di pusat berkenaan menerima aduan kira-kira jam 7.45 pagi pada 28 September 2017 memaklumkan mangsa dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii tersebut.

Mangsa turut mengaku diliwat oleh tertuduh dan ketika kejadian, mangsa ditahan di penjara berkenaan atas kesalahan dadah manakala tertuduh pula dipenjara selama 5 tahun atas kesalahan memiliki senjata berjadual.

Tertuduh yang dibebaskan pada 13 Mac 2018 lalu ditahan semula untuk perbicaraan kes berkenanaan.

Perlu Pandang Serius

Untuk menjamin keselamatan banduan-banduan yang menjalani hukuman di penjara, pihak penjara perlu memikirkan kaedah terbaik dalam membendung banduan dari melakukan salah laku di dalam penjara seperti liwat ini.

Jika di dalam penjara pun boleh melakukan jenayah, ternyata sistem kawalan dan pemantauan dalam penjara perlu diperbaiki.

Mereka (banduan) yang menjalani hukuman sepatutnya bergerak dengan tenang dan menginsafi diri atas kesalahan yang dilakukannya dahulu.

Sudah pasti yang diliwat itu akan mengalami trauma dengan apa yang telah berlaku dan seterusnya akan menjejaskan kesihatan mental pesalah berkenaan.

Perubahan yang diakukan oleh pihak penjara sudah banyak mengubah persepsi masyarakat di mana dahulunya jika sebut sahaja perkataan “penjara” pasti ramai yang akan membayangkan kesengsaraan yang dilalui oleh pesalah yang menjalani hukuman dan menggangap penjara adalah tempat berakhirnya masa hadapan banduan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apakah langkah yang wajar diambil oleh pihak penjara untuk mengelakkan kes ini berulang kembali?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN