Baru-baru ini, kisah seorang bapa yang membawa semula jenazah anak lelakinya yang lahir tidak cukup bulan kembali ke hospital semula apabila disuruh oleh pihak pengurusan jenazah masjid kerana tidak mampu untuk membayar kos pengebumian anaknya.

Sumber : Facebook ( Mohd Zulhairi Zainol)

Kos sebanyak RM300 yang diperlukan untuk menguruskan mana-mana jenazah diikuti bulat-bulat tanpa ada rasa tolak ansur mahupun ihsan terhadap si bapa yang tidak mampu menyediakan wang untuk jenazah anaknya itu.

Tindakan pihak masjid berkenaan menunjukkan tahap ihsan sesetengah individu apatah lagi yang beragama Islam tidak ada. Sedangkan kita dituntut untuk sentiasa menyegerakan proses pengebumian mana-mana jenazah agar tidak menyiksa arwah.

Secara logiknya, tidak bolehkah diutamakan dahulu pengebumian jenazah kanak-kanak tersebut dan soal dana diusahakan kemudian.

Hati ibu bapa mana yang tidak sedih, sudahlah kehilangan anak yang dinanti-nanti, diberatkan lagi dengan pengebumiaan anaknya yang terpaksa ditangguh-tangguh.

Sumber : Facebook ( Mohd Zulhairi Zainol

Namun begitu, setelah dibantu oleh pihak forensik hospital berkenaan, seorang individu berhati mulia datang dan secara sukerela ingin membantu menguruskan jenazah bayi berkenaan sehingga selamat dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, Bangi. Lelaki tersebut dikenali sebagai Mohd Zulhairi Zainol, 34 merupakan seorang aktivis Gerakan Amal Team.

 

Masyarakat Semakin Kurang Waras

Makin hari bermacam cerita kita dengar mahupun saksikan berlaku disekeliling kita. Sebelum ini, seorang remaja lelaki dipukul dengan besi di kepala kerana disangka ingin mencuri di masjid. Tanpa usul periksa dan siasat dengan terperinci, orang ramai bertindak membuat kesimpulan sendiri dan menghukum individu yang tidak bersalah sehingga mengakibatkan kecederaan yang agak parah.

Sedangkan masjid merupakan tempat beribadah yang seharusnya dijaga kesuciannya namun dicalar dengan sikap terburu-buru sesetengah jemaah dan memburukkan imej Islam sendiri dimata masyarakat  yang beragama lain.

Mengapakah ini terjadi? Apakah yang membuatkan masyarakat Islam di Malaysia seolah-olah semakin hilang nilai sebagai Islam dalam diri? Sedangkan Malaysia dikenali sebagai negara Islam yang patutnya mampu mempamerkan sikap-sikap dan jati diri sebagai muslim yang sebenar.

Dan kini, isu jenazah seorang bayi yang  ditolak daripada dikebumikan hanya kerana wang sungguh menyedihkan dan cukup menjadi tanda bahawa kita perlu lakukan perubahan agar dapat membela nasib-nasib golongan masyarakat yang kurang berkemampuan.

 

Mintak Tolong Gereja Lagi Senang

Gambar Hiasan

Sebelum ini juga pernah tular isu dimana seorang lelaki beragama Islam yang mengambil duit sumbangan di sebuah gereja sebanyak RM50 untuk membeli susu anaknya yang sudah habis tanpa perlu mengisi berbagai-bagai jenis borang dan melalui proses soal siasatan yang tidak kesudahan.

Bukan satu dua malah ramai golongan yang betul-betul susah dan daif yang akhirnya terpaksa mencuri dan melakukan aktiviti kurang bermoral demi mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga.

Jangan ditanya mengapa tak mohon bantuan kerajaan dan jabatan-jabatan agama mahupun masjid. Ada yang dihalau dan diperlekehkan, malah ada yang dicaci seperti tidak mempunyai harga diri.

Sedangkan tabung masjid hasil kutipan wang sedekah orang ramai melebihi dari cukup untuk membantu orang-orang yang memerlukan di kawasan sekitarnya, namun perancangan untuk memastikan masjid kelihatan cantik dan gah lebih penting daripada mengambil tahu tentang penduduk sekitar yang memerlukan bantuan.

Harapnya, selepas ini tidak ada lagilah kes-kes jenazah ditolak dari dikebumi dan disemadikan. Semoga selepas ini lebih ramai individu yang sanggup tampil dan membantu orang-orang yang betul-betul memerlukan bantuan tanpa mengira agama dan bangsa.

Jangan terlalu berat memikirkan apa yang kita hendak dimasa hadapan, namun perbaikilah apa yang kita ada sekarang supaya sama-sama beroleh kesejahteraan.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patutkah pihak masjid menolak untuk mengebumikan jenazah bayi tersebut?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN