Sangat jarang rasanya budaya rewang diamalkan di kawasan-kawasan bandar, malah mungkin ia semakin dilupakan terutama anak-anak muda pada masa kini.

Sumber:UsTaZaH AiN.CoM

Kebiasaannya majlis rewang ini hanya diadakan di kampung-kampung sahaja, itu pun apabila ada majlis keraian dan perkahwinan. Semasa majlis rewang, semua kerja akan dilakukan secara bergotong royong dan berkumpulan.

Tugas dibahagi mengikut kumpulan. Ada yang masak, ada yang mencuci pinggan mangkuk, ada yang mengupas bawang dan sebagainya. Suasananya cukup meriah sekali dengan karenah masing-masing yang berlainan. 

Amalan atau aktiviti rewang memang semakin dilupakan dan bukan hanya berlaku di kampung ini sahaja tetapi di seluruh negara disebabkan tuntutan gaya hidup masa kini dan tiada usaha dilakukan untuk menghidupkan kembali. Akhirnya ia semakin dilupakan.

MP Wangsa Maju ‘Hidupkan’ Budaya Rewang

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bersama-sama dengan penduduk Kampung Warisan Wangsa Maju telah bergotong-royong memasak juadah bagi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2019 Parlimen Wangsa Maju.

Sumber: FB Dr Tan Yee Kew

Kerja ‘merewang’ ini telah dipikul bersama oleh penduduk Wangsa Maju tanpa mengira umur, jantina mahupun status sosial seseorang itu bagi menjayakan majlis yang julung kalinya diadakan.

Sumber: FB Dr Tan Yee Kew

Kerjasama yang dipupuk melalui aktiviti bersama ini secara tidak langsung berlakunya interaksi sosial yang mewujudkan semangat ambil tahu dalam hidup bermasyarakat.

Sumber: FB Dr Tan Yee Kew

Walaupun berlainan kaum dan budaya, Dr Tan mahu menghidupkan majlis rewang ini dalam kalangan masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar. Bukan alasan untuk tidak bersama-sama dalam budaya merewang ini.

Lebih Senang Katering

Akibat perubahan zaman dan cara hidup masyarakat hari ini, lebih ramai yang memilih khidmat katering.

Sumber:zine.my

Bukan sahaja untuk majlis perkahwinan dan keraian, khidmat ini juga menjadi pilihan utama bagi juadah untuk Hari Raya pertama dan juga rumah terbuka.

Bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, proses untuk menyediakan lauk pauk terutamanya ketika pagi raya ataupun ketika mengadakan rumah terbuka sememangnya rumit.

Biasanya juadah yang wajib disediakan meliputi rendang, lodeh, serunding, sambal goreng dan sebagainya. Dalam kesibukkan warga kota dengan kerja dan kehidupan di bandar, mana sempat untuk mereka menyediakan sendiri semua lauk pauk berikut untuk tetamu yang bakal hadir. 

Mungkin itu jugalah sebabnya semakin ramai keluarga kini memilih untuk menempah juadah daripada memasak sendiri. Alasannya memang pelbagai.

‘Rewang’ Leceh, Banyak Kerja Perlu Dilakukan

Ada yang beranggapan aktiviti rewang ini leceh dan menyusahkan kerana banyak perkara perlu dilakukan sendiri. Semua bahan perlu disediakan oleh tuan rumah untuk membuat sesuatu majlis dan perlu ada tukang masak, tukang potong sayur, tukang basuh periuk dan segala-galanya.

Mereka merasakan khidmat katering lebih mudah kerana masakan akan dihidang oleh pihak katering dan tuan rumah tidak perlu bersusah payah menyediakan semua masakan itu. Dapur pun bersih dan tidak berselerak.

Sumber: SMK PENGHULU SAAT

Kalau mereka yang tinggal di kediaman seperti PPR, apartment mahupun kondominium memang tidak dibenarkan merewang, nanti habis semua blok bau masakan dan asap sana sini.

Sebab itu, ramai yang pilih katering zaman sekarang ini, badan pun tidak penat, tuan rumah hanya siap layan tetamu yang datang sahaja.

Rewang Vs Katering, Mana Lebih Baik?

Ada sesetengah orang yang beranggapan merewang ini dapat menjimatkan kos dari segi makanan. Ini bermakna mereka yang mahu mengadakan sesebuah majlis dapat menganggarkan kos untuk berapa orang tetamu.

Tetapi rewang ini juga ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikanya adalah ia dapat memupuk hubungan baru dan mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan jiran tetangga. Keluarga yang jauh datang dapat gelak tawa bersama, buat kerja sama-sama. Seronokkan begitu.

Keburukannya pula, ada yang berpendapat kos dan masa juga akan lebih banyak dihabiskan. Dan perlu ada sagu hati untuk yang datang rewang tu. Orang berbudi kita berbahasa.

Jika mengambil khidmat katering, tak perlu masak, masa pun tidak terbuang. Tuan rumah hanya terima ketibaan makanan dan jelaskan bayaran baki sahaja. Tidak perlu ‘topup’ lauk sebab ada pramusaji uruskan.

Sebenarnya ada kebaikan dan keburukan sama ada kita mahu merewang ataupun gunakan khidmat katering.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa budaya rewang perlu dihidupkan di kawasan bandar?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN