Budaya diskriminasi ditempat kerja bukan sesuatu perkara yang baharu. Hal ini telah lama berlaku namun belum ada kesungguhan yang serius daripada pihak kerajaan dan juga majikan di Malaysia untuk menangani isu ini secara holistik.

Sumber:Republika

Diskriminasi pekerjaan di Malaysia secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu gender, kaum dan juga agama.

Tetapi dalam Kajian Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) mendapati wanita yang tidak bertudung lebih mudah mendapat panggilan temu duga kerja, berbanding mereka yang memakai tudung.

 

Peratus Tidak Bertudung Lebih Tinggi Dapat Kerja

Menerusi kajian bertajuk ‘Rasisme Dalam Pengambilan Pekerjaan: Kajian Berat Sebelah Berasaskan Kaum Untuk Kerjaya Permulaan Di Malaysia’, Pengarah Cent-GPS Zaidel Baharuddin berkata pihaknya menghantar resume wanita Melayu bertudung dan tidak bertudung kepada 547 tawaran peluang pekerjaan.

Hasil kajian mendapati wanita Melayu tanpa tudung mendapat kadar panggilan temu duga lebih tinggi, berbanding graduan Melayu bertudung.

Sumber: Malaysiakini

Menurut kajian tersebut, wanita tidak bertudung menerima 12.7 peratus atau 70 panggilan temu duga, manakala wanita berhijab hanya menerima 9.14 peratus atau 50 panggilan temu duga.

Kedua-dua graduan ini mempunyai kelayakan yang sama, hanya dibezakan melalui gambar, iaitu berhijab dan tidak berhijab.

 

Undang-undang Anti Diskriminasi di Alam Pekerjaan Perlu Dikuatkuasakan

Diskriminasi ini semakin menjadi-jadi di negara kita. Oleh itu, perlu diwujudkan satu akta khusus bagi tangani masalah diskriminasi yang berlaku di tempat kerja dann perlu dilihat secara positif serta mendapat sokongan semua pihak dalam negara kita.

Sumber: KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

Memetik kenyataan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow, berkata, akta tersebut sebagai satu keperluan untuk dilaksanakan dalam negara kita bagi membendung sebarang perkara berbangkit berkaitan dengan diskriminasi yang boleh berlaku di tempat kerja.

Walaupun negara kita sudah memiliki pelbagai jenis peruntukan undang-undang berkaitan dengan pekerjaan seperti Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] namun ia dilihat tidak memadai bagi memberi perlindungan yang secukupnya terhadap isu yang berkaitan dengan masalah diskriminasi dalam negara kita.

Sejajar dengan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan, diskriminasi ini tidak patut berlaku.

 

Antara Negara Yang Melaksanakan Akta Anti Diskriminasi

  • Australia (Sex Discrimination Act 1984)
  • Finland (Act on Equality between Women and Men, 1995)
  • Guyana (Prevention of Discrimination Act, 1997)
  • Honduras (Law on Equal Opportunities for Women
  • Ireland (Employment Equality Act, 1998)
  • Jepun (Equal Employment Opportunity Act)
  • Korea Selatan (Equal Employment Act)
  • Uruguay (Decree No. 37/997 regulating Law No. 16045 on the need for effective implementation of equality of treatment and opportunities at work)
  • Venezuela (Organic Law on the Rights of Women to Fairness and Equality).

Banyak lagi negara-negara lain yang sudah kuatkuasakan akta-akta diskriminasi ini ditempat kerja.

 

Peranan Kementerian Sumber Manusia 

Sudah sampai masanya untuk Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Sumber Manusia mewujudkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada pakar tempatan, wakil industri dan wakil pekerja bagi mengkaji cadangan akta ini dengan lebih dekat.

Sumber:sebenarnya.my

Pihak kementerian berkenaan boleh pantau jika terdapat majikan yang berbuat demikian melalaui aduan yang dikemukakan nanti oleh pihak yang terlibat.

Jangan tunggu perkara ini semakin berleluasa di negara ini, ia boleh mencetuskan sentimen yang tidak baik untuk masyarakat di negara ini.

Dengan adanya penguatkuasaan yang tegas ini ia akan memberi isyarat yang jelas kepada semua pihak dalam negara kita khususnya kepada para majikan di semua sektor pekerjaan bahawa masalah diskriminasi di tempat kerja tidak boleh dipandang ringan serta perlu diatasi dengan serius.

 

Kes Diskriminasi Pemakaian Tudung

Sumber:Says.com

Pada tahun 2017, ada kes operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan di meja hadapan.

Isu ini mendapat perhatian ramai pihak yang mendakwa tindakan tersebut diskriminasi terhadap orang Islam.

Bagaimanapun, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menegaskan ia sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

Sumber:kzso – Blogger.com

Pada tahun 2014, ada kes guru Muslim Cina yang dipaksa membuka tudung oleh ahli jemaah pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat.

Pernah ada kes juga anak kepada pelakon Datuk Rosyam Nor didakwa tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung bekerja di kedai permainan Hamleys yang terlatak di One Utama.

Bagaimanapun, Hamleys telah mengeluarkan satu kenyataan maaf di laman Facebook rasminya berkenaan isu yang telah diutarakan oleh Rosyam.

Itulah yang berlaku dan rasanya perkara ini masih lagi berlaku hari ini. Cuma tiada pihak yang tampil dengan tegas berhubung perkara ini.

Kesian mereka yang perlukan pekerjaan dan layak tetapi tidak dapat kerja kerana alasannya adalah bertudung. Perlu dihapuskan apa-apa pun bentuk diskriminasi di negara ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah wujud diskriminasi dalam alam pekerjaan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN