Semalam, negara kita digembarkan dengan satu video tular yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dijadikan sebagai tebusan selama lebih empat jam di sebuah pangsapuri Taman Telipok Ria, Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam video tular berdurasi 23 saat itu, jelas sekali menunjukkan suasana di kawasan pangsapuri berkenaan menjadi kecoh apabila penduduk sekitar digemparkan dengan kejadian berkenaan.

Sumber: Youtube

Apa yang membimbangkan, suspek dikatakan menangkap kanak-kanak tersebut sebelum membawanya masuk ke dalam sebuah rumah sambil mengacukan pisau pada leher kanak-kanak itu.

Malah, pihak polis juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dengan menyediakan tilam di tingkat bawah selepas usaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak itu tidak berjaya.

Walaupun pelbagai usaha telah dibuat, pihak polis akhirnya terpaksa menembak mati suspek selepas dia dikatakan mengacah-acah untuk mencampakkan kanak-kanak terbabit dari bahagian dapur rumah di aras empat.

 

Suspek Alami Masalah Mental

Melihat kepada apa yang dilakukan oleh suspek terhadap kanak-kanak terbabit, tindakan yang dilakukan suspek boleh diklasifikasikan sebagai satu tindakan di luar kawalan sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa.

Mana tidaknya, sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan yang waras, mereka pasti akan sedar bahawa tindakan jenayah yang dilakukan itu adalah salah di sisi undang-undang dan bakal didakwa sekiranya masih ingkar.

Namun, dalam hal ini, walaupun pihak polis sudah memujuk suspek, dia masih kelihatan tidak mengendahkan arahan berkenaan malah mulai bertindak agresif terhadap kanak-kanak itu sehingga pihak polis mengatakan suspek berkemungkinan mempunyai masalah mental selepas melihat kepada tingkat laku yang dilakukan suspek.

 

Faktor Masalah Mental 

Sumber: Borneo Today

Dalam hal ini, individu yang mempunyai masalah mental jelas sekali mempunyai gangguan pada fungsi otak mereka yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan pada proses pemikiran dan tingkah lakunya.

Banyak faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mental lebih-lebih lagi jika mereka mengalami masalah kemurungan yang terlalu tinggi disebabkan masalah peribadi, keluarga, kerja dan sebagainya sehingga boleh menyebabkan mereka mendapat penyakit tersebut tanpa disedari.

Disebabkan itu, individu sebegini sanggup bertindak di luar jangkaan kerana kebiasaannya mereka ini sering mendengar perkara yang tidak wujud dan sering berhalusinasi.

Selain itu, cara mereka bergaul dengan masyarakat juga sedikit berbeza di mana tingkat laku mereka sememangnya bertentangan dengan nilai masyarakat yang biasa diikuti.

Jika perkara tersebut dibiarkan berlanjutan lama, individu ini berkemungkinan besar sama ada memberi ancaman pada dirinya sendiri atau mengancam nyawa orang lain yang tidak bersalah akibat tekanan emosi yang sedang dihadapi mereka.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah apa yang dilakukan PDRM ke atas suspek, satu tindakan yang wajar?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN