Sumber:Mingguan Wanita

Cerita lelaki tua berkahwin dengan perempuan muda adalah cerita biasa. Ia kerap berlaku. Tetapi cerita lelaki muda berkahwin dengan wanita tua jarang berlaku. Namun ketahuilah, situasi ini juga dikatakan kerap berlaku akhir-akhir ini.

Amat malang berlaku kepada seorang wanita yang berusia 45 tahun apabila suaminya yang berumur 26 tahun mengugut mahu menetak isterinya dengan kapak.

 

Kereta Idaman Tidak Dibeli

Lebih memeranjatkan lagi, puncanya adalah kerana lelaki itu mengamuk apabila isterinya tidak membelikan kereta idaman hatinya.

Sumber:MyTawau.com

Lelaki itu juga bertindak menampar mangsa lalu mengambil kapak mengugut mahu menetak serta membakar rumah mereka.

Kerana ketakutan, wanita itu berpura-pura akan menunaikan permintaan suaminya sebelum melarikan diri ke rumah keluarga dan seterusnya membuat laporan polis.

Suaminya itu pula didapati positif dadah. Sepatutnya tanggungjawab lelaki untuk penuhi keperluan isteri ini pula sebaliknya.

 

Lelaki Tidak Matang

Rata-rata warganet bengang dengan kes ini, dan ada antara mereka berkata lelaki tersebut tidak matang lagi untuk menempuhi alam rumah tangga dan dia berkahwin pun atas sebab hendak kikis duit isterinya sahaja.

Nama pun penagih dadah, mestilah menggunakan isteri untuk tunaikan permintaannya dan ramai yang mahu isterinya itu tinggalkan suami begitu.

Adakah faktor umur punca keadaan ini berlaku? Tetapi ada juga individu kahwin dengan lelaki muda tetapi rumahtangga bahagia.

Pucuk pangkalnya adalah hati dan niat untuk berkahwin.

Umur Cuma Sekadar Angka?

Konsep untuk mengahwini seseorang yang lebih tua atau lebih muda selalu mencetuskan kontroversi di kalangan kita.

Sebenarnya, benda ini ada bagusnya juga. Pada zaman ‘middle-aged’, ada banyak kes di mana lelaki berusia boleh mengahwini perempuan yang masih muda.

Sumber:Tribunnews.com

Tapi bagaimana pula dengan kes lelaki berkahwin dengan wanita yang lebih tua? Contohnya seperti Presiden Perancis, Emmanuel Macron 39 tahun dan isterinya Brigitte Trogneux, 64 tahun.

Dalam kes suami lebih muda dari isteri ini, ramai yang mempertikai dan “bergosip” tentang jarak umur mereka yang sebanyak 25 tahun.

Ada yang mengatakan Macron sengaja mengahwini wanita yang lebih berusia kerana mereka lebih matang. Namun ada juga yang kata rumah tangga mereka ini tak akan berkekalan.

Di Malaysia pula, ramai artis yang memilih suami lebih muda seperti Rozita Che Wan, Fazura, Ella, A.Aida dan ramai lagi. 

Sumber:SentiasaPanas
Sumber:buzzkini.com
Sumber:MalaysiaGazette

Ia bukan hal yang pelik pun untuk diperkatakan. Bukan juga trend tetapi kalau dah jodoh tidak kemana.

Itu hanya persepsi masyarakat tentang perkahwinan lelaki muda dan wanita tua sahaja. Tak ada perkahwinan yang sempurna.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Hampir 3000 Bercerai Jarak Umur Lebih 5 tahun

Kajian yang dilakukan di Universiti Emory, Atlanta ini mendapati lebih besar jarak umur antara suami isteri, lebih tinggi risiko penceraian.

Sumber:Merdeka.com

Kajian ini telah menganalisa hampir 3,000 pasangan dan mereka mendedahkan suami isteri dengan jarak umur 5 tahun ke atas akan 18% cenderung untuk bercerai.

Ini ternyata lebih tinggi berbanding suami isteri dengan jarak umur yang tidak melebihi 2 tahun.

Sumber:Finansialku

Malah, pasangan yang berbeza umur sebanyak 10 tahun pula 39% cenderung untuk bercerai. Jika jarak bertambah kepada 20 tahun, semakin tinggi risiko penceraian 95%.

Terkejut bukan? Jadi berapa jarak umur yang paling selamat dan ideal? Menurut kajian ini, jarak yang paling selamat adalah sebanyak 1 tahun.

Ini hanya kajian semata-mata tetapi ada sahaja jarak umur lebih 10 tahun, hidup bahagia ke akhirnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah jarak umur menentukan kebahagian dalam perkahwinan?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN