Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkongsi keluhan rentetan peniaga yang sukar menjual keperluan hari raya terutama baju raya.

Sumber: Twitter NajibRazak

Keluhan peniaga itu dipetik dari portal The Malaysia Insight, bahawa kenaikan kos jualan baju raya membebankan mereka tahun ini.

Salah seorang peniaga yang dipetik dari portal berkenaan menyatakan kos dia menjual baju melayu pada tahun ini naik sehingga 40 peratus.

 

 

Nilai Ringgit Jatuh 

Sumber:InfoPelajar2u

Berhubung perkongsian itu, Najib mendakwa keadaan itu berlaku disebabkan oleh nilai matawang Malaysia yang semakin menjunam dibawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Beliau menyalahkan kerajaan hari ini gagal menstabilkan nilai ringgit dan menyebabkan ramai peniaga terbeban.

Faktor Cukai SST

Selain itu, Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) juga antara faktor kenaikan kos peniaga ini semakin meningkat.

Sumber:hmetro.com.my

Katanya, ini luahan daripada peniaga-peniaga dan beliau sebagai ahli parlimen Pekan hanya mengenengahkan isu kenaikan ini.

Umat Islam di negara ini bakal menyambut perayaan hari raya pada bulan hadapan dan pastinya keperluan hari raya perlu dibuat.

Zaman BN Pun Barang Tak Turun

Perkongsian Najib itu nampaknya mendapat kecaman daripada rakyat. Mereka menyatakan Najib sepatutnya malu akan kenyataannya itu, dimana ketika kerajaan BN diperintah dibawah kepimpinannya, harga barang juga tidak pernah menunjukkan penurunan.

Malah, rakyat semakin terbeban dengan pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Kos ini bukan sahaja peniaga yang tanggung malah pembeli juga tidak terkecuali.

Orang Miskin Pun Dicukai

Lebih malang lagi, rakyat miskin tegar juga dicukai ketika pmerintahannya. Jadi, apa yang Najib cuba ketengahkan soal kos yang terpaksa ditanggung rakyat ini patut diteliti zaman pemerintahan beliau.

Rakyat melihat tindakan Najib hari ini cuba menyalahkan kerajaan baharu, sedangkan permasalahan ini wujud kerana ketirisan yang pernah berlaku di zamannya.

Ringgit Tercorot Sejak Najib Jadi PM

Sejak tahun 2008, nilai ringgit telah menyusut 27.7 peratus sedangkan nilai matawang naik 6.8 peratus.

Lebih teruk lagi, kejatuhan nilai ringgit sebenarnya jauh lebih cepat berbanding matawang lain sejak berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib dilaporkan oleh Wall Street Journal.

Sumber:Free Malaysia Today

Kejatuhan ringgit berbanding tahun 2015, adalah sebanyak 12.3 peratus iaitu tertinggi berbanding matawang lain di rantau ini.

Sebab itu, kemerosotan nilai ringgit membawa kesan langsung kepada rakyat akibat kenaikan harga barang dan inflasi.

Bukan sahaja kepimpinan beliau sebagai menteri kewangan telah menyebabkan nilai ringgit menjadi lemah, skandal 1MDB jelas ada kesan besar kepada nilai ringgit dari analisa yang menunjukkan kadar kejatuhan nilai ringgit adalah lebih tinggi berbanding matawang lain.

Harga Petrol Juga Tertinggi Zaman Najib

Pada 8 November 2017, RON95 naik sebanyak tujuh sen kepada RM2.31 seliter manakala RON97 naik sebanyak enam sen kepada RM2.60 seliter.

Sumber:Free Malaysia Today

Harga petrol kali terakhir mencecah paras tertinggi di bawah sistem baru pada 20 April 2017 apabila RON95 berharga RM2.27 seliter manakala RON97 RM2.54 seliter.

Harga diesel tertinggi dicatatkan pada 20 April 2017 iaitu RM2.21 seliter.

Harga terbaru itu merupakan kenaikan kali keempat berturut-turut sejak 11 Oktober tahun sebelumnya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah salah Najib membela nasi rakyat dibawah pemerintahan kerajaan PH?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN