Masih menjadi tanda tanya, apakah yang bakal terjadi kepada syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAS) yang sedang menghadapi masalah? Adakah bakal dijual ataupun akan terus dibantu kerajaan?

sumber: telegraph.co.uk

Cukuplah dengan kisah MH350 dan MH17 yang meruntun hati seluruh rakyat Malaysia di mana kesnya masih belum lagi terungkai dan terus menyepi seperti tiada apa yang berlaku.

 

Urus Tadbir Yang Kurang Cekap Menjadi Punca

Jika dilihat dari segi urusan perniagaan, punca kejatuhan syarikat ini lebih bersifat kepada dalaman syarikat MAS itu sendiri walaupun sudah beberapa kali bertukar pengarahnya.

sumber: mstar

MAS dilihat lemah dan tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain terutama dari segi pengurusannya, perubahan kesatuan serta berlaku campur tangan politik yang menjadi punca mengapa 6,000 orang pekerja diberhentikan.

Manakala dari segi urus tadbir kewangan pula, MAS telah mengalami kerugian tahun demi tahun, bermula dari MAS diswastakan pada tahun 1994 sehinggalah berlakunya tragedi dua buah kapal terbang (MH350 dan MH17).

Usaha penstrukturan semula syarikat dengan menukar nama syarikat daripada Malaysia Airlines System kepada Malaysia Airlines Berhad, menukar pengarahnya dan mengecilkan skop pekerjaan dilihat tidak memberi kesan yang memuaskan sebaliknya semakin menekan syarikat ini hari demi hari.

 

MAS Perlu Terus Kekal Dalam Fasa Pemulihan

Syarikat MAS telah diambil alih oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) sebagai sebahagian daripada program pemulihan lima tahun yang telah bermula dari tahun 2014 yang lalu.

MAS dikatakan akan terus mengalami kerugian akibat daripada persaingan sengit dan dilihat Pelan Pemulihan MAS (MRP) gagal kerana tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang telah mereka warisi.

Namun begitu, mereka sendiri mengakui bahawa tahun lepas amat mencabar kerana syarikat penerbangan itu terjejas akibat persaingan sengit apabila penawaran melebihi permintaan dan masalah yang dihadapi mereka itu amat besar dan tidak mampu untuk di atasi dalam masa yang singkat. 

sumber: utusan

MAS kini mempunyai 81 buah pesawat yang mampu menyediakan perkhidmatan ke 58 destinasi.Malah kini mereka mempunyai peningkatan untuk terus memperbaiki perkhidmatannya terutama baru-baru ini MAS telah memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Penerbangan Terbaik di Asia.

 

Wajarkah MAS Dijual?

Mudahnya untuk membuat keputusan, apabila syarikat yang sudah menjadi ikonik negara ini mengalami masalah, terus ambil jalan mudah iaitu dengan menjualnya.

sumber: the malaysiantimes

Pandangan oleh wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin iaitu mengatakan bahawa Malaysia Airlines Bhd perlu ‘berkahwin’ dengan syarikat penerbangan AirAsia mungkin ada baiknya.

Walapun kerajaan dan pembayar cukai tidak mampu lagi untuk terus kehilangan wang ke atas Malaysia Airline, masih ada cara lain yang boleh diambil selain untuk terus menutupnya.

sumber: astro awani

Jika kerajaan mengambil keputusan untuk menjual syarikat tersebut, apa lagi yang kita boleh banggakan? Cukuplah dengan kisah penjualan Proton sebelum ini yang telah merentap jiwa seluruh rakyat Malaysia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajar atau tidak syarikat MAS yang menjadi ikon negara kita dijual?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN