Berdasarkan laporan Berita Harian, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Isham Ishak berkata, warisan budaya seharusnya difahami secara keseluruhan sebelum ia diharamkan.

Misalnya, seni budaya warisan Mak Yong mempunyai mesej tertentu pada setiap gerakan yang boleh dipelajari dan diteladani oleh masyarakat. Tarian tersebut diiringi muzik, mempunyai drama dan komedi yang dipentaskan secara teater keliling.

Sumber: Free Malaysia Today

Warisan Yang Perlu Dipertahankan

Isham menambah, Mak Yong merupakan warisan yang perlu dipertahankan kerana jika ada negara lain membeli dan membawanya ke negara mereka, mereka akan mendakwa itu hak mereka.

Pada 14 Mac yang lalu, Pelapor Khas Hak Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Karima Bennoune ketika menyampaikan ucaptama, menggesa kerajaan Malaysia memperbaiki hak berbudaya di negara ini berikutan masih wujud sekatan terhadap Mak Yong dan wayang kulit di Kelantan.

Unesco Gesa Tarik Balik Larangan

Gesaan ini bukan sesuatu yang baru memandangkan Pertubuhan Pendidikan, Sintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) pernah meminta kerajaan tempatan menarik balik larangan persembahan Mak Yong pada tahun 2017.

Berdasarkan blog soscili, kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Pas sudah mengharamkan tarian ini sejak 28 tahun yang lalu. Selain Mak Yong, terdapat kesenian lain yang turut diharamkan iaitu Menora, Main Puteri dan Wayang Kulit.

Kesenian ini diharamkan kerana mendakwa mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah seperti pemujaan.

Sumber: Eksentrika

Kenapa Wayang Kulit Boleh?

Walau bagaimanapun wayang kulit sudah dibenarkan pada tahun 2012 dengan pengubahsuaian kepada cerita-cerita realiti yang menambah ilmu, tetapi tidak pada Mak Yong.

Maka, perlu diwujudkan suatu dialog atau perbincangan secara serius dan menyeluruh antara kerajaan negeri dan pakar kesenian Mak Yong, Menora dan Main Puteri supaya sekatan terhadap kesenian ini dapat ditarik balik.

Sekiranya pengubahsuaian perlu dilakukan maka amat digalakkan bagi menggantikan unsur-unsur yang dianggap syirik dapat digantikan. Apa yang boleh dikatakan adalah, seni budaya Melayu telah lama wujud sejak sebelum kedatangan Islam. Selepas kedatangan Islam, unsur-unsur kepercayaan lama semakin berubah.

Seni Budaya Bersifat Dinamik

Harus diingat, seni budaya bersifat dinamik serta boleh disesuaikan mengikut masa dan persekitarannya. Tindakan mengharamkan secara terus-menerus seni budaya tempatan sangat memalukan dan secara tidak langsung melenyapkan seni budaya tersebut.

Sumber: Iwaliman.blogspot

Ketika ini, Thailand sudah mula menjadikan ‘Nora’ tarian rakyat di selatan negara tersebut sebagai warisan dunia Unesco. Tarian tersebut, telah menjadi budaya masyarakat di empat wilayah di selatan iaitu Trang, Songkhla, Phatthalung dan Nakhon Si Thammarat. Amat malang sekiranya seni budaya sesuatu bangsa dipandang serong oleh bangsanya sendiri.

Sumber: Harian Metro

Tidak Mustahil Thailand ‘Claim’

Justeru, Mak Yong dan pelbagai lagi seni budaya warisan tempatan wajar dimartabatkan. Sekiranya tidak, mungkin akan menyebabkan warisan tersebut menjadi milik negara lain. Perkara ini tidak mustahil  kerana seni budaya Mak Yong, Menora, Main Puteri dan Wayang Kulit turut berada di tiga wilayah di selatan Thailand. 

Adakah kita mahu melihat seni budaya Melayu diambil oleh Thailand? Itu persoalan yang perlu dijawab.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN