Kita semua pasti sering mendengar pertandingan Asia’s Got Talent bukan?

Yang menariknya, pertandingan ini sedikit berbeza dengan pertandingan lain yang mana mereka mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta di rantau Asia.

Rakyat di negara kita juga tidak terkecuali untuk menyertai pertandingan ini yang mana sebelum ini, kumpulan ‘Nama’ telah memukau penonton serta juri dengan nyanyian lagu acapella berkumpulan.

Sumber: Rojak Daily

Kali ini, giliran remaja ini pula membuatkan juri ‘pening kepala’ dengan keupayaannya membuat pengiraan matematik secara pantas tanpa menggunakan kalkulator.

Walaupun remaja ini dilihat hanya memakai suit tanpa sebarang kostum, namun bakat yang ada di dalam dirinya itu sememangnya memukau penonton yang berada di situ sekaligus menyebabkan nama Malaysia menjadi sebutan buat masyarakat dunia.

 

Siapakah Remaja Lelaki Itu?

Jika sebelum ini, Malaysia pernah dikejutkan dengan genius matematik dari Bagan Serai iaitu Adi Putra Abdul Ghani.

Kini, Yaashwin Sarawanan, 15 tahun pula dikatakan pelapis genius negara selepas Adi Putra.

Sekiranya bakat seperti ini tidak ditonjolkan, mungkin rakyat Malaysia tidak tahu bahawa sebenarnya wujud seorang lagi genius matematik!

Ketika persembahan itu, Yaashwin berjaya mengejutkan kesemua penonton yang berada di situ dengan kehebatannya dalam mengira angka tanpa menggunakan sebarang peralatan elektronik atau kalkulator.

Apa yang lebih membanggakan, Yaashwin berjaya menjawab kesemua soalan matematik yang diberi oleh juri dengan cepat dan pantas.

Sumber: OhBulan

Malah, yang lebih memeranjatkan, dia pula yang memberikan jawapan terlebih dahulu sebelum juri menyiapkan kiraan tersebut.

Walau jawapan itu mempunyai nilai digit yang banyak sekaligus, jawapan yang disebut oleh Yasshwin ini tepat tanpa sebarang kesalahan.

Tidak hairanlah Yaashwin mendapat tanda bagus dari semua juri sekaligus membolehkannya untuk mara ke peringkat seterusnya dalam program pencarian bakat itu.

 

Galak Orang Ramai Meminati Matematik

Tidak semua orang mempunyai bakar luar biasa untuk menghitung serta mencongak soalan matematik dengan pantas.  

Sumber: Brilio

Kalau kita pun, apabila ada orang menyoal soalan matematik, kita mungkin perlu mengambil masa beberapa minit untuk mencongak.

Tetapi tidak bagi Yaashwin ini.

Bakat yang ditonjolkan olehnya ketika berada di atas pentas itu adalah untuk membuktikan bahawa mata pelajaran matematik adalah suatu yang menyeronokkan.

Bayangkan, mencongak dalam beberapa saat pun dia boleh lakukan inikan pula untuk menjawab soalan peperikaan yang memerlukan calon menjawab hampir 2 jam itu.

 

Jangan Sia-Siakan Bakat Sedia Ada

Dalam hal ini, pasti ramai lagi rakyat Malaysia yang mempunyai bakat luar biasa tetapi tidak ditonjolkan di khalayak umum.

Sehinggalah bakat seperti ini terbongkar di dalam pertandingan Asia’s Got Talent.

Sumber: Rakan Media Network

Rugi sekiranya mereka yang berbakat besar seperti ini tidak ditonjolkan kepada umum kerana bakat sedia ada yang mereka miliki inilah yang akan mengangkat nama negara hingga ke mata dunia.

Lihat sahaja Hana Aishah Mustafa Kamal, 7, atau lebih dikenali sebagai ‘Aishah London’ berjaya mencuit hati rakyat Malaysia kerana kepetahannya berbahasa Inggeris.

Sebagai kesimpulannya, walaupun setakat ini difahamkan terdapat antara 700 ke 800 kanak-kanak pintar dan berbakat sepertimana yang diperkatakan oleh Pusat Permata Pintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Namun, sistem pendidikan negara kita juga perlu bergerak lebih kondusif agar kepintaran mereka ini dapat diketengahkan ke tahap tinggi di masa akan datang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah kerajaan mewujudkan lebih banyak sekolah pendidikan khas untuk pelajar genius seperti ini di Malaysia?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN