Mulai 1 Januari 2019, tiada lagi cas tol dikenakan terhadap penunggang motosikal yang melalui di tiga laluan di Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) dan Lebuhraya Laluan Kedua di Malaysia-Singapura (Linkedua) dengan implikasi kewangan kira-kira RM20 juta setahun memandangkan kadar tol tersebut telah dimansuhkan sepenuhnya.

Keputusan tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai satu langkah awal untuk menghapuskan tol secara sepenuhnya seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Walaupun tidak semua tol dimansuhkan sepenuhnya di negara ini, namun pemansuhan ini juga merupakan langkah permulaan ke arah pemansuhan tersebut sementara mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara ini terlebih dahulu.

Namun, apa yang dilakukan kerajaan ketika ini adalah untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya, masih ada individu dilihat terus mempolitikkan tindakan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang meniru kerajaan terdahulu.

 

Mansuh Kutipan Tol Motosikal Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup

Sumber: Free Malaysia Today

Pengumuman yang dibuat oleh Guan Eng itu pastinya merupakan satu berita baik buat penunggang motosikal yang terpaksa berulang alik dari Seberang Prai ke bahagian pulau, mahupun kepada mereka yang berulang alik ke tempat kerja dari Malaysia-Singapura.

Mana tidaknya, sebelum ini mereka perlu membayar tol sebanyak RM1.10 di Plaza Tol Tanjung Kupang dan RM1.20 (SGD0.40) di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Untuk pengetahuan umum, isu mengenai pemansuhan kutipan tol motosikal ini bukanlah satu usul baru yang mahu dilaksana oleh kerajaan.

Malah, sebelum ini, kerajaan terdahulu juga pernah mencadangkan perkara sama untuk memansuhkan tol bagi laluan motosikal di Jambatan Pulau Pinang sekiranya mereka berjaya merampas negeri itu pada PRU-14.

Pun begitu, walaupun bertukar kerajaan, kerajaan baru pada hari ini dilihat komited untuk memansuhkan kutipan tol motosikal sebagai permulaan awal untuk memansuhkan sepenuhnya tol di negara ini.

Sumber: The Malaysian Insight

Dalam perkara ini, mungkin ada yang mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya memansuhkan kutipan tol motosikal dan bukannya menghapuskan tol secara mengikut jenis kelas kenderaan yang mana sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional sudah menghapuskan sebanyak empat tol iaitu di Batu Tiga, Shah Alam; Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

Kesemua pemansuhan tol yang dibuat kerajaan terdahulu melibatkan semua kelas kenderaan dan bukannya pengguna jalan raya terpilih sahaja seperti yang dilakukan oleh kerajaan kini dengan memilih untuk menghapuskan tol untuk motosikal terlebih dahulu.

Walaupun kebanyakan netizen di media sosial dilihat terus mendesak kerajaan untuk memansuhkan kesemua kutipan tol di negara ini, namun pemansuhan tersebut pasti akan memberi banyak kesan terhadap negara sekiranya mereka tetap mahukan tol dihapuskan secara sepenuhnya.

 

Kesan Sekiranya Tol Seluruh Negara Dihapuskan

Sumber: roads.cmsb.com.my

Memang tidak dinafikan, apa yang dilakukan kerajaan kini adalah untuk menunaikan janji mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Namun, seandainya kutipan tol dihapuskan suatu hari nanti, akan timbul pula masalah lain yang perlu ditanggung kerajaan kepada setiap syarikat konsesi tol yang mana banyak pekerja syarikat akan kehilangan pekerjaan.

Sekaligus juga memerlukan syarikat tersebut untuk menanggung kos pampasan kepada setiap pekerja mereka yang mana kerajaan juga perlu mengambil alih tanggungan itu yang sekali gus menambah beban kewangan kerajaan.

Itu belum lagi dengan mengambil kira soal penyelenggaraan aspek penyelenggaraan lebuh raya bagi memastikan kualiti jalan serta keselamatan pengguna terjamin.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan kini, selepas tol di kawasan tersebut dimansuhkan, banyak kain rentang dilihat tidak dikutip di tepi jalan sehingga ke hari ini.

Itu belum lagi dengan mengambil kira keadaan jalan raya yang tidak rata dan banyak berlubang yang semenangnya perlu diselenggara.

Pun begitu, walaupun pemansuhan tol secara menyeluruh dilihat hanya sekadar mimpi untuk dilaksana, namun ia bergantung kepada kerajaan untuk membuat pertimbangan sewajarnya demi kesejahteraan rakyat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah apa yang dilakukan kerajaan dengan memansuhkan kutipan tol motosikal dilihat sebagai langkah awal untuk memansuhkan kutipan tol secara menyeluruh?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN