Baru-baru ini, Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan untuk memansuhkan Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu disebabkan kurang mendapat sambutan.

Sumber: New Straits Times

Perkara tersebut diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Dr Zeti Aziz yang mengatakan bahawa program ADAM50 itu akan dihenti pada 31 Disember ini memandangkan hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada 2018 mendaftar bagi program tersebut.

Tambah beliau, dana RM10 juta yang diperuntukkan kerajaan bagi memenuhi inisiatif tersebut juga telah digunakan sepenuhnya memandangkan kedudukan kewangan kerajaan semasa perlu diperkukuhkan.

Bagaimanapun, pengumuman tersebut terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial yang rata-ratanya mempersoalkan pembatalan tersebut sebagai alasan yang tidak boleh diterima.

 

Apa Itu ADAM50?

Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Program ADAM50 yang diwujudkan oleh kerajaaan terdahulu dengan kerjasama PNB merupakan satu program baru yang membantu golongan muda untuk membina keluarga disamping menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan daripada usia seawal baru lahir.

Sumber: Sirap Limau

Melalui program ini, setiap bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan diberi pemberian unit insentif percuma sebanyak RM200 sebagai modal pelaburan permulaan melalui unit amanah saham PNB.

Sumber: Permohonan.my

Program ADAM50 yang diperkenalkan kerajaan terdahulu menerusi manifesto mereka yang memanfaatkan lebih 2.8 juta bayi di Malaysia.

Malah, dua tabung iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi bayi bukan Bumiputera juga disediakan menerusi program ini bagi memudahkan ibu bapa menyimpan wang dan pelaburan demi masa depan anak mereka.

Mana tidaknya, 200 unit insentif dan semua dividen yang diperolehi bagi jumlah permulaan itu hanya boleh dikeluarkan setelah anak mereka mencapai usia 18 tahun.

Bukan itu sahaja, kepada bayi Bumiputera, pihak PNB bercadang untuk meningkatkan had pelaburan Akaun Remaja ASB daripada 50,000 unit kepada 200,000 unit.

Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga boleh membuat pelaburan tambahan ke dalam akaun AS1M bagi bayi bukan Bumiputera sehingga had maksimum 50,000 unit.

 

Patutkah Program ADAM50 Dimansuhkan?

Sumber: mysumber.com

Sehingga ke hari ini, isu tersebut bukan sahaja mendapat perhatian netizen di media sosial bahkan beberapa ahli politik termasuk Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat turut sama mempersoalkan tindakan tersebut.

Malah, beliau mengesyorkan supaya kerajaan tidak memansuhkan sepenuhnya pemberian ADAM50 ini, tetapi mengehadkan pemberiannya kepada bayi dari keluarga kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus sederhana (M40).

Sumber: Astro Awani

Tambah beliau, program ADAM50 adalah aspirasi di bawah TN50 sebagai langkah memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan membuat simpanan masa depan.

Namun, program tersebut tidak dipromosi atau dihebahkan seperti yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun mereka telah menguasai media.

Namun persoalannya di sini, mengapa program ini masih tidak mendapat sambutan ramai walaupun ia memberi banyak keistimewaannya dari segi tabungan masa hadapan?

Adakah disebabkan tidak banyak promosi dilakukan atau kepentingan budaya menabung dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi berada pada tahap rendah?

 

Budaya Menabung Rakyat Malaysia Masih Rendah

Sumber: thevocket.com

Walaupun program ADAM50 ditamatkan hujung tahun ini, ibu bapa perlu mempunyai kesedaran awal memupuk budaya menabung kepada setiap seorang anak demi masa depan mereka.

Jika dilihat kini, pelbagai jenis platform simpanan untuk masa depan telah banyak disediakan oleh bank bagi memudahkan ibu bapa membuka akaun simpanan anaknya.

Namun, dengan zaman perbankan di hujung jari juga, rata-rata ibu bapa dilihat berbelanja melebihi kemampuan sekali gus mengabaikan simpanan untuk masa depan anak mereka.

Dengan alasan sebegitu, anak-anak yang terpaksa membuat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah kerajaan mengkaji semula pelaksanaan program ADAM50 yang jelas sekali membawa banyak kelebihan kepada rakyat Malaysia?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN