Tahukah anda apa itu keputihan? Ia merupakan cecair semulajadi yang terhasil di bahagian peranakan wanita dan akan dikeluarkan melalui vagina.

Keputihan mempunyai warna dan tekstur yang berbeza dan ia boleh dijadikan rujukan oleh wanita dalam mengetahui kondisi bahagian intim mereka samada ia berada di dalam keadaan yang baik dan normal mahupun sebaliknya.

Bagi wanita, keputihan merupakan perkara yang merimaskan kerana ia memerlukan penjagaan ekstra dimana mereka perlu sentiasa mencuci kemaluan mereka dan perlu kerap menukar lampin wanita.

Dan lebih memalukan apabila sesetengah wanita akan melalui masalah keputihan yang kronik dimana ia akan mempunyai bau yang sangat teruk sehinggakan boleh dibau oleh orang di sebelah kita.

Keputihan Ada Kebaikkan

Tapi tahukah anda bahawa ada fungsi dan kelebihan keputihan yang kita tidak tahu yang boleh memberi manfaat kepada diri kita sendiri.

Menurut Siti Hawa, seorang ahli farmasi, keputihan berfungsi untuk memastikan keseimbangan Ph di bahagian intim kita.

Dan sebenarnya, keputihan boleh dijadikan indikator untuk mengetahui tahap dan waktu subur seorang wanita.

Cecair keputihan yang cair dan jernih merupakan tanda bahawa anda sedang sangat subur ketika itu dan ia merupakan waktu yang tepat untuk pasangan yang ingin cuba mendapatkan cahaya mata melakukan hubungan seksual.

Dan bagi yang ingin merancang mahupun mengelak kehamilan pula, ini adalah waktu yang sesuai untuk lebih berhati-hati mahupun mengunakan alat kawalan kehamilan bagi mengelakkan ‘accident’ daripada berlaku.

 

Keputihan Bantu Lindungi Janin Dalam Kandungan

Wanita yang hamil juga tidak mampu lari dari mengalami masalah keputihan. Malah ada wanita yang hanya mengalami keputihan ketika hamil sahaja.

Dan ini adalah normal dan tidak perlu dikhuatiri jika tahap keputihan mereka adalah biasa-biasa sahaja dan tidak sampai ke tahap berlakunya jangkitan kuman.

Ini kerana jangkitan kuman ketika hamil boleh menyebakan kematian bayi di dalam kandungan mahupun kelahiran pramatang.

Bagi wanita, keputihan tahap normal yang berlaku ketika hamil berfungsi sebagai perlindungan untuk bayi mereka.

Ia  dapat membantu mengelak jangkitan kuman daripada berlaku dan memberi kesan kepada perkembangan bayi di dalam kandungan.

Yang penting setiap ibu hamil jangan rasa malu nak meminta nasihat doktor yang merawat anda jika anda mengalami masalah keputihan kronik, ia adalah masalah normal bagi wanita hamil dan tiada apa yang perlu disorok-sorokkan.

Yang penting bayi anda selamat dari risiko yang tidak diingini.

 

Keputihan Punca Suami Menjauh

Apabila sudah berumahtangga, pastinya penjagaan bahagian intim wanita perlu dititikberakan kerana ia merupakan aset penting dalam memikat hati para suami.

Dan malangnya bukan semua lelaki sedar tentang masalah ini dan hanya pandai mengkritik sahaja apabila aset si isteri mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan sebagainya.

Malah masalah ini banyak kali menjadi punca suami mencari ‘makan’ di luar rumah dan menjauhkan diri dari berhubungan intim dengan si isteri.

Sebagai wanita, memang pelbagai benda perlu kita jaga demi kegembiraan si suami.

Jika betul anda mengalami masalah keputihan yang kronik, jangan malu untuk berjumpa doktor mahupun mendapat nasihat dari rakan-rakan wanita yang lain.

Pelbagai initiatif perubatan moden mahupun tradisional boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah anda itu.

Yang penting, belajar kenal pasti tahap keputihan anda dan dapatkan rawatan segera sebelum ia bertukar kronik dan menjadi punca hubungan intim anda dan suami terganggu.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Tahukah anda keputihan yang normal merupakan tanda kesuburan wanita?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN