Sumber: Kosmo

Apalah nak jadi agaknya dengan anak muda zaman sekarang ini? Bukan sahaja sudah hilang pertimbangan, tetapi nampaknya semakin kurang waras dalam meneliti perkara baik dan buruk.

Semalam, seorang remaja perempuan dipercayai bersubahat bersama teman lelakinya untuk membunuh abang kandungnya sendiri.

Menurut kejadian, mangsa yang berusia 16 tahun itu dikatakan telah dikelar dan kepalanya turut diserkup oleh adik perempuannya yang berusia 14 tahun manakala teman lelakinya pula berusia 15 tahun.

Kejadian tersebut berlaku di dalam rumah sebelum mayat mangsa dibuang di belakang rumah jirannya di Taman Greenview, Kamunting, Taiping, Perak dalam keadaan tubuh yang dibalut dengan plastik.

 

Gaduh Gara-Gara Telefon Bimbit

Gambar sekadar hiasan

Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada pergaduhan mangsa dengan teman lelaki adiknya selepas telefon bimbit milik suspek tertinggal di rumah mereka.

Ia bermula setelah mangsa pulang ke rumah pada Jumaat lalu dan dipercayai telah menangkap adik perempuannya yang membawa masuk rakan ke dalam rumah termasuklah teman lelakinya.

Ketika kejadian, telefon bimbit teman lelaki adiknya itu tertinggal, menyebabkan mangsa bertindak menghubungi suspek lalu mencabarnya untuk datang mengambil telefon bimbit itu di rumahnya sebelum berlaku bergaduhan di antara mangsa dan kedua-dua suspek yang membawa kepada kematian.

 

Pasangan Kekasih Mengaku Bunuh Abang

Difahamkan, mayat pelajar tingkatan empat itu dijumpai bapanya setelah dua hari dia dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas ke sekolah Jumaat lalu.

Sumber: China Press

Siasatan polis kemudiannya telah membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek di mana seorang daripadanya adalah adik perempuan mangsa serta teman lelaki yang mengaku telah membunuh mangsa.

Kedua-dua suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa kini sudah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk dibedah siasat yang mana kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Undang Pelbagai Reaksi

Kejadian yang menimpa mangsa bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan remaja ini.

Mana tidaknya, baru berusia 14 tahun sudah berani melakukan jenayah seumpama ini gara-gara terlalu ikutkan teman lelakinya.

Remaja masa kini jelas sekali menakutkan dan semakin berani bergaduh di antara adik-beradik sehingga sanggup berbunuhan. Jadi, di manakah silap kita sebagai ibu ayah dalam mendidik anak-anak?

 

Ibu Bapa Perlu Main Peranan

Dalam kes ini, ibu bapa sewajarnya memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak dengan mengambil tahu mengenai setiap perkembangan anak dari semasa ke semasa.

Sekiranya anak-anak mempunyai masalah, ibu bapa tidak seharusnya memekakkan telinga dan membutakan mata kerana setiap perbuatan negatif yang dilakukan mereka sama sekali boleh menjatuhkan maruah keluarga.

Jangan disebabkan terlalu sibuk dengan kerja, terlepas pandang terhadap perubahan sikap anak yang bergaul secara bebas dengan rakan sebaya sehingga mendorong mereka terjebak dalam masalah sosial sebegini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN