Kecoh di media massa apabila seorang majikan warga emas terlepas daripada hukuman gantung sampai mati berhubung kes penderaan pembantu rumah yang didera sehingga menyebabkan kematian.
Ketidakadilan ini mendapat perhatian semua pihak termasuk Konsulat Indonesia yang menuntut penjelasan Timbalan Pendakwa Raya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang baru-baru ini yang mengugurkan kes seorang majikan yang mendera pembantu rumah rakyatnya, Adelina Lisao, sehingga meninggal dunia tahun lepas.
Majikan, Ambika MA Shan, 61 tahun, dilapor dibebaskan daripada tuduhan bunuh Adelina susulan permintaan Timbalan Pendakwa Raya supaya dia dilepaskan tanpa dibebaskan.
Kronologi Kematian Adelina
Pada 10 Februari 2018, Adelina, 21 tahun, diselamatkan daripada majikannya susulan gambar yang tular menunjukkan dia tidur di luar rumah bersama anjing peliharaan majikannya.
Namun sehari selepas diselamatkan, dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.
Adelina ditemui dengan kesan lebam di kepala serta pelbagai kecederaan lain di tangan dan kedua-dua kakinya.
Ramai Pihak Mahu Peguam Negara Kaji Semula Kes Ini
Nampaknya pengguguran kes ini tidak menyenangkan ramai pihak, ia termasuk Kumpulan hak asasi wanita, Tenaganita dan Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) dan juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.
Malah, pengguguran kes tersebut, bukan sahaja mengejutkan rakyat Indonesia, malah rakyat Malaysia juga berkongsi reaksi yang sama.
Menurut Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A Das berkata keputusan mahkamah itu adalah mengejutkan dan Jabatan Peguam Negara mesti jawab mengapa tiada keadilan untuk Adelina, walaupun terdapat bukti jelas.
Mangsa, Adelina dikatakan dipaksa bekerja selama 2 tahun tanpa gaji. Tubuh wanita itu diganasi. Kematiannya bermakna sesuatu.
Tenaganita menyifatkan kejadian itu sebagai “kemelesetan yang meluas dan berakar umbi” dalam masyarakat tentang layanan terhadap pekerja asing.
Bagaimanapun, Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang Iwanshah Wibisono, yang menghadiri prosiding mahkamah itu berkata, keluarga Adelina menerima gaji tertunggak sebanyak RM69,300 daripada bekas majikan.
Peguam Negara Ambil Inisiatif Akan Siasat kes Amah Dibunuh
Peguam Negara Tommy Thomas akan menyiasat tindakan mahkamah membebaskan tertuduh dalam kes kematian amah berkenaan.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim. Beliau menghubungi Tommy dan reaksi diberikan peguam negara itu akan menyiasat perkara ini untuk melihat apa langkah yang akan diambil.
Ramai pihak mengharapkan kes ini akan dibicarakan semula dan pelaku dikenakan hukuman yang setimpal setanding kematian Adelina.
Bayangkan apa perasaan keluarga mangsa terutama ibunya itu. Anak yang diamanahkan untuk mencari rezeki untuk bantu keluarga, akhirnya menerima berita kematian dan si pelaku pula dibebaskan begitu sahaja.
Ini kes yang melibatkan nyawa dan ia perlu dituntut keadilan diatas kematian amah berkenaan. Tidak kira pembunuh warga emas atau orang kelainan upaya (OKU) sekalipun, jika salah perlu di hukuman.
Malaysia Perlu Kuatkuasakan Undang-Undang Jaga Kebajikan Pekerja Asing
Dalam pada itu, Steven berpandangan bahawa Malaysia memerlukan undang-undang baharu bagi menjaga kebajikan pekerja asing di negara ini dan menggesa agar hak asasi manusia dilindungi tanpa mengira kewarganegaraan.
Katanya, eksploitasi pekerja asing bukan sahaja isu melanggar hak asasi manusia, tetapi juga masalah sosio-ekonomi.
Jika dibiarkan, masalah ini boleh memberi impak negatif kepada pasaran pekerjaan tempatan.
Masyarakat luar pastinya akan memandang serong terhadap Malaysia berhubung kes sebegini.
Malaysia Akan Isytihar Perang Terhadap Pemerdagangan Manusia
Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, berkata Malaysia bersedia untuk ‘mengisytiharkan perang’ terhadap pemerdagangan manusia dan sindiket buruh paksa, sambil menambah bahawa kajian semula undang-undang buruh sedang dijalankan.
Kematian Adelina merupakan antara siri kes penderaan warga asing di Malaysia, yang banyak bergantung pada pekerja asing dalam sektor perkilangan, perladangan dan kerja-kerja domestik.
Malaysia merupakan tuan rumah kepada hampir 2 juta pekerja asing, walaupun terdapat anggaran yang berkata bahawa ada lagi berjuta pekerja asing haram dalam negara yang ditipu dengan janji-janji gaji lumayan.
Indonesia dan Kemboja pernah melarang warga negara masing-masing untuk bekerja di Malaysia selepas timbulnya kes-kes penderaan pembantu rumah warga asing.
Antara Kes Penderaan Pembantu Rumah
Kes penderaan amah atau pembantu rumah dari Indonesia ini buka pertama kali berlaku di neara ini. Malah, pelbagai bentuk penderaan dilakukan, ada yang dirogol, penyeksaan sebegini tidak wajar berlaku dan diperlakukan begitu.
1) Payudara Ditekup Strerika Panas
Pada tahun 2004, Nirmala Bonat didera oleh majikannya di Yim Pek Ha di Kondominium Villa Putera, di Kuala Lumpur.
Mangsa ditekap dengan strerika panas di kedua-dua belah payudaranya dan belakangnya. Dia juga kerap diketuk dengan cawan besi di dahinya, selain penderaan emosi dan fizikal.
Bekas majikannya itu akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan perlu membayar gantirugi sebanyak RM129,147.20.
2) Dicucuk Kaki Dengan Gunting , Diberi Makan Babi
Pada tahun 2009, Siti Hajar dicurah air panas, diketuk dengan tukul besi, dicucuk dengan gunting di bahagian kaki malah diberikan makan nasi kosong dan berlauk daging babi.
Mukanya penuh kesan melecur akibatnya kulitnya berkudis dan bernanah. Dan tidak dibayar gaji RM500 selama tiga tahun.
3) Dibotakkan Kepala, Ditendang dan Ditumbuk
Pada tahun 2008, Mantik Hani pula ditendang di seluruh badan dan ditumbuk di bahagian muka serta kepalanya dibotakkan oleh majikannya yang kejam seorang lelaki berbangsa India, Mugan.
Mangsa ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika dikurung di dalam tandas dan meninggal dunia selepas sehari menerima rawatan di hospital.
Kecederaan teruk yang dialaminya sehingga menampakkan tulang di kakinya.
Majikannya itu juga sudah dijatuhi hukum gantung sampai mati.
4) Dipukul Dengan Pisau Dapur Dan Mop Keluli
Pada tahun 2018, Suyanti Sutrinso didera dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.
Majikan itu dikenakan penjara selama 8 tahun namun selama 29 hari dilokap, akhirnya majikan itu dilepaskan tanpa dibebaskan dan mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun ke atas Rozita, dan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.
Banyak lagi kes majikan yang mendera amah ini, namun ada mangsa yang mendapat keadilan dan ada juga yang tidak mendapat keadilan sewajarnya.
Apakah undang-undang di Malaysia terlalu longgar sehingga melepaskan pelaku sebegini? Diharap kes-kes yang melibatkan penderaan sehingga menyebabkan kematian perlu diadili dengan seadil-adilnya.
KATA ORANG
Syaitan menyerupai manusia. Keadilan untuk Adelina!
— Hafizan Mazuki (@hafizanmazuki) February 12, 2018
Amah mati didera https://t.co/5R2kPpQy2N
Adakah Hukuman Undang2 hanya Untuk golongan bawahan sahaja
— AzlanErick (@AzlanErick) April 21, 2019
Klau golongan berjawatan & berduit pasti terlepas dari Undang2#Kesian mangsa dera jadi mati katak..#Sama juga klu isu kes penderaan Kanak2
-Penjenayah pasti NFA. @ hukuman ringan lagi dpt rayuanhttps://t.co/Kvk8lKw74q
Teringat kes Nirmala Bonat yang juga didera oleh majikan.
— Amir Hafyan (@amirpiye) March 16, 2018
Kita sudah hilang perikemanusiaan. https://t.co/NnfnNxSfRt
Amah didera sehingga sebabkan kematian dia. Majikan dia memang jenis syaitan, celaka!
— Rahman Ariffin 🇲🇾 (@ManPin) February 12, 2018
Berita oleh Mohd Firdaus Ismail @UMonline ms8 12/2 pic.twitter.com/KnahXqJiQv