Sumber: Youtube

Amat memalukan bagi umat Islam hari ini apabila kawasan masjid sudah menjadi sarang penjenah. Fungsi masjid yang merupakan tempat suci umat Islam beribadat seperti tidak lagi dihormati apabila acap kali mendengar kes-kes kecurian dilaporkan di kawasan masjid. Si pelaku seolah-olah sudah tidak lagi memikirkan lagi soal halal dan haram sehingga berani bertindak sedemikian.

Sungguhpun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak masjid untuk mengurangkan jenayah seperti mengadakan kempen kesedaran jenayah kepada orang awam, membantu asnaf dan golongan yang memerlukan, namun kes-kes kecurian tetap dilaporkan.

Sangat Membimbangkan

Kadar jenayah yang semakin meningkat di kawasan masjid menjadi kebimbangan kepada orang ramai untuk beribadat.

Masjid menjadi tumpuan perlakuan jenayah terutama kes kecurian ketika jemaah sedang solat termasuk kejadian curi beg, tabung masjid dan sebagainya.

Sumber: Sinar Harian

Turut Berlaku Kes Penculikan

Bukan setakat kes kecurian sahaja, kes-kes melibatkan penculikan terhadap kanak-kanak turut dilaporkan berlaku. Kejadian ini pernah terjadi di Selayang pada Disember tahun lalu. Ini merupakan sesuatu yang memeranjatkan dan menganggap isu keselamatan masjid merupakan sesuatu yang serius.

Menyedari hal yang semakin meruncing, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, telah melancarkan Program 1 Masjid 1 Polis. Program ini akan melibatkan seluruh masjid yang terdapat di negeri Selangor bagi tujuan pengawasan.

Sumber: Malaysiakini

Perlu Kerjasama Seluruh Kariah Masjid Di Selangor

Beliau turut meminta pihak kariah masjid di seluruh Selangor bekerjasama dengan pihak polis bagi mengatasi masalah jenayah di sekitar masjid. Program ini turut mendapat sokongan padu daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kes kecurian di kawasan masjid dilaporkan pada paras yang agak membimbangkan. Pada tahun lalu dicatatkan kes kecurian di kawasan masjid adalah sebanyak 89 kes.

Buat masa sekarang, program ini hanya dilaksanakan di masjid-masjid sahaja, namun begitu rondaan berkala akan dilakukan di surau-surau dan rumah ibadat agama lain.

Mungkin Diperluas Ke Rumah Ibadat Agama Lain

Dalam masa yang sama, pihak polis akan meneliti keberkesanan program ini. Sekiranya mendapat permintaan ramai, program ini akan diperluas ke rumah-rumah ibadat agama lain di seluruh Selangor.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, idea ini bukan perkara baru memandangkan pernah dilaksanakan di Terengganu pada bulan Februari yang lalu. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superitendan Suffian Sulaiman, pegawai polis yang dilantik menjadi pengantara antara pihak masjid dan polis.

Namun pelaksanaan itu hanya tertumpu di masjid-masjid tertentu sahaja yang memiliki rekod jenayah yang tinggi khususnya kes melibatkan kecurian tabung masjid.

Hasilnya, program ini berjaya mengurangkan peratusan kadar jenayah di dalam dan kawasan sekitar masjid antara tiga hingga empat peratus sejak diwujudkan.

Pelaksanaan Program 1M1P turut dilakukan di Kelantan mulai awal Mac yang lalu. Berdasarkan laporan Harian Metro, seramai 562 pegawai polis telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Masjid (PPM) di seluruh masjid negeri Kelantan.

Selain Kelantan, Johor juga turut melaksanakan Program 1M1P namun bermula pada kadar minima sekitar daerah Johor Bahru Selatan yang melibatkan seramai 32 pegawai perhubungan masjid.

Sumber: Bhplus

Maka pelaksanaan Program 1M1P secara menyeluruh di seluruh negeri Selangor dijangka mampu mengurangkan kadar jenayah di masjid seperti mana yang dilakukan di Terengganu. Ia sekaligus dapat menjamin keselamatan bagi para jemaah yang ingin berehat dan beribadat seketika.

Perlu Diperluas Ke Negeri-Negeri Lain

Adalah diharapkan agar usaha ini dapat dipraktikkan di negeri-negeri lain sekiranya ternyata mampu mengurangkan kadar jenayah.

Dalam masa yang sama, langkah ini turut bergantung kepada kemampuan pihak polis dalam menyediakan anggota sekiranya mencukupi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah polis diletakkan di masjid?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN