Semalam, kerajaan bercadang untuk melaksana dasar bekerja pada waktu malam khusus bagi sektor pekerjaan yang kurang mendapat sambutan daripada rakyat tempatan.

Langkah itu bagi memudahkan pekerja tempatan terutama mereka yang terpaksa bekerja di tengah panas, bahaya dan berisiko tinggi.

Apa yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad itu bagaimanapun disambut baik masyarakat dengan ada yang bersetuju sekiranya ia dilakukan pada mereka yang bekerja di dalam sektor pembinaan khususnya.

Tidak kurang juga, ada yang mempertikai cadangan tersebut sebagai kurang sesuai memandangkan waktu malam adalah dikhususkan untuk beristirehat.

 

Kebimbangan Terhadap Pekerja Asing  

Tidak semua pekerjaan yang dimaksudkan Dr Mahathir itu perlu ditukar kerangka kerjanya daripada siang kepada malam.

Sumber: malaysiagazette.com

Pada ketika ini, pekerjaan yang mungkin dilihat sesuai untuk ditukar adalah pekerjaan yang melibatkan industri kotor, berbahaya dan sukar (3D) yang sering terdedah kepada panas justeru diambil alih oleh warga asing.

Mungkin, apabila sektor ini ditukar kepada malam, ia serba sedikit boleh menarik minat warga tempatan sendiri sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini dicatatkan sebanyak 1.73 juta orang yang mana majoritinya berasal dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.

Itu belum lagi dikira dengan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.

Nisbah hampir 10 peratus ini agak tinggi memandangkan nisbah penduduk Malaysia berketurunan India sahaja hanya sekitar lapan peratus berbanding jumlah keseluruhan penduduk.

Sumber: Berita Harian

Ternyata, apa yang dibimbangkan Dr Mahathir ketika ini adalah masalah lambakan pekerja asing yang mana semakin ramai pekerja asing, semakin tinggi penghantaran wang dibuat ke luar negara yang sama sekali merugikan.

Mana tidaknya, setiap tahun sebanyak RM60 bilion wang kita dihantar ke luar negara oleh pekerja asing yang mempunyai komitmen keluarga di negara asal mereka.

 

Bersediakah Warga Malaysia?

Apa yang disuarakan Dr Mahathir ini ada betulnya. Mengambil contoh negara China, pekerjaan yang dilakukan pada sebelah malam biasanya melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sektor perkilangan.

Sumber: Tribun Medan – Tribunnews.com

Mungkin selepas ini, andai kata cadangan ini dilaksana, ia serba sedikit boleh menarik warga tempatan untuk berkecimpung di dalam industri tersebut memandangkan sebelum ini mereka seringkali merungut tentang cuaca panas.

Sudahlah perlu berpanas, kemudian gaji yang diberi juga tidak setimpal dengan keringat serta kelayakan mereka sekaligus menyebabkan ramai menolak untuk bekerja dalam industri ini.

Memang ada baik dan buruknya cadangan ini memandangkan waktu malam lebih sesuai dikhususkan sebagai waktu berehat. 

Bukan itu sahaja, bekerja di malam hari juga berisiko tinggi kerana sekiranya tersilap langkah, kemalangan boleh berlaku disebabkan penglihatan yang terhad berbanding waktu siang.

Namun, sekiranya cadangan ini dilihat mampu memberi peluang kepada warga tempatan untuk mendapatkan pekerjaan, maka ia patut diteruskan tetapi perlu dikaji dengan lebih teliti lagi sebelum dilaksana. 

Sekiranya warga tempatan ingin menceburi sektor ini, soal gaji juga perlu dititikberatkan. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, mampukah cadangan perubahan waktu kerja malam ke atas sektor 3D, menarik minat warga tempatan untuk menceburinya?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN